Tuesday, May 17, 2011

kenangan manis sekolah menengah

aku menunggu mesej daripada seseorang..penat aku tunggu..pergaduhan memang biasa antara kami tapi kali ini entah kenapa berlarutan lama..aku anggap ini pergaduhan besar..sudah lama henponku tidak kejang kerana menerima mesej2 cinta daripadanya..


satu-satunya cara aku nak menghilangkan rindu ialah dengan berangan apa yang nak buat kat pangkor nanti. Aku masih belum rancang nak buat apa tapi yang pasti aku nak mencandat sotong for the first time sebab sumur hidupku ini masih belum pernah pegang candat apatah lagi mencandat..(mungkin pernah tapi sebab tak tahu macamana rupa candat yang sebenarnya so aku anggap tak pernah pegang tapi yang pasti mencandat aku belum pernah)..apa yang aku tau ialah sotong tertarik dengan cahaya lampu yang besar kecerahannya maka aku kena bawak toslaik nanti..aku pon mula berangan membeli toslaik di pangkor walaupun x ada banyak duit..heh..

berdoalah kalian agar aku tak dapat sotong ini nanti

before that pesanan kepada arep nati kita pi mencandat sotong noh..depa kata musim yang sesuai ialah antara may-september..tak payah usya kalendar pon tau 6jun nati berada diantara may dan disember..lucky! :)

sedang aku berangan, tetiba henpon aku kejang..brrr, brrr..

'ahh..si dia !!' getus hati kecilku...ayat aku karang khas macam dalam novel cinta.

lepas aku bukak inbox mesej tu, hati aku berasa sungguh sakit dan pedih ibarat dikorek2 lubang sampaikan aku rasa kalau iman aku kurang sikit daripada time kejadian memang aku nak pergi hamun Howard Webb kenapa bagi penalti masa game Liverpool vs Spurs aritu padahal jelas-jelas kaki beliau jatuh dari luar kotak penalti bodoh punya botak. Berbalik pada cerita utama aku..

bukanlah mesej yang aku tunggu-tunggu yang masuk..tapi sebaliknya ialah mesej..

'..anda bosan? ingin melihat gambar hangat saya berbikini dalam bilik? hantarkan ON bla bla bla aku pon dah lupa'

the point is, ketika mendapat mesej tu aku langsung tak terasa ghairah nak balas ON BETIK atau ON PUTING kemana-mana nombor sebaliknya aku teringat satu peristiwa, fenomena yang ada kaitan dengan benda mesej ni..kenangan manis kat middle-school aku dulu..haha

ceritanya bermula cenggini...jeng jeng jeng

sebelum ni aku bersekolah menengah kat MRSM Pendang, kedah. Kedah kat mana toksah dok tanya sebab ''u haven't seen MRSM till you've seen Pendang''


berbalik kepada kenangan aku.... pada ketika aku tingkatan 5, time dah mencapai fasa ultimate-powerfull-super senior suruh junior panggil aku Fernando Torres pon depa akur haha..time tu aku berada sebilik dengan rumet aku yang bernama Meor, ferum 2 oxide dan ba sumanya ialah nama panggilan dan aku dah linkkan untuk sapa2 yang berminat untuk berkenalan dengan mereka maka kliklah pada nama manja masing-masing. berkenalan dengan mereka ini amat menarik namun kepada yang bawah umur sila berjaga-jaga dan pastikan diawasi oleh penjaga masing-masing ketika berchatting dengan mereka kerana kebolehan mereka berubah menjadi penjenayah saiber amatlah pantas.

sebelum tu, sapa yang dah klik pada nama mereka angkat tangan! nampak apa?kahkah..oke aku saja paham lawak ni

berbalik kepada ceritera aku...

pada ketika itu, gejala indiket menghantar mesej-mesej gairah gatal konon aku perempuan yang tak boleh pakai baju dalam tapi sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menyesatkan golongan kurang iman semata-mata amatlah berleluasa. sehinggakan abang kacak meor seringkali geram kerana tidak boleh konsentret main game ular dalam henphone N3310-nya itu (yang rekod kali terakhir aku tahu ialah 3000++ kot) kerana gangguan mesej2 itu..

baidewei, skarang dah berapa high-skor hang meor?

aku harap aku selesai menyatakan intro kenangan aku kerana intro ini amatlah diperlukan untuk menceritakan kenaangan bermakna ini.

peristiwa berlaku ketika aku sedang berehat-rehat di kantor ku sambil melukis periodic table of element di dinding bilik bagi tujuan pengayaan ilmu..tetiba henset aku kejang kerana menerima mesej daripada sapa aku tak tahu..kerana hari itu ialah sabtu petang pukul 3.30 maka mustahil mesej daripada mata air kerana selalunya sekarang mamanya datang membawa laksa kegemaran mana ada masa nak hantar mesej kat aku..

'anda gersang? inginkan keseronokan? ingin melihat video Ilyas(bukan nama sebenar) berbikini di tengah gurun? jika ya sila balas YES ke nombor ini' this is shid!

hahaha..sumpah aku gelak kuat time ni..ilyas(bukan nama sebenar) for your information ialah seorang member aku yang digelar penari padang pasir atau pornstar arab kerana saat-saat manis ketika beliau mandi telah dirakam oleh pranker yang amat bernafsu tak baik. itu belum cerita hal ketika beliau didenda kantoi prep petang dengan hanya sehelai tuala menutupi kerandut beliau kahkah minta maaf ilyas(bukan nama sebenar).


namun begitu, walaupun ditimpa malang berganda tentang kehidupan seksualnya, ilyas(bukan nama sebenar) ialah seorang pemuda kacak yang metroseksual rambut cacak macam albert enstein dan spek bergaya jenama crocodile kalau nak berkenalan pergilah ke fesbuknya..dagunya pula amat mancung sehingga kami secara berjemaah mengesyaki beliau berdarah kacukan Mesir Purba if you know what i mean..

notice the 'dagu-mancung' gene


untuk tujuan prank, menganjing, melepas boring, meng'apply' penumbuk manja dari si mangsa ilyas habibi(bukan nama sebenar), si abang kacak meor mengambil henpon aku tanpa aku perasan, menukar namanya dalam phonebook aku dengan nama '08334' iaitu nombor penghantar mesej kurang senonoh tadi. ini untuk menimbulkan suasana 'real' seperti aku betul-betul mendapat mesej ghairah Mohd Ilyas(bukan nama sebenar) itu daripada syarikat-syarikat berdaftar.

kalau tak buat macamni nanti timbul perkataan 'you have received a text message from meorjongos' pulak.. aku mengaku pada awalnya aku memang rasa macam dapat mesej yang suci murni tanpa niat mengenakan sahabat handai kerana nombor 08334 itu tapi selepas melihat meor yang melepak tepi katil aku ketawa shishishishihsihsishi maka aku tahulah ini kerja beliau. musnah harapan aku nak lihat video kuning sahabat aku haha.


selepas itu, prank jenis ini mula tersebar dan meriah dengan pelbagai inovasi nakal sahabat-sahabat bermangsakan mangsa yang lain pula seperti tupai, kondom, pisang dan bawang namun semuanya masih berkonsepkan tema yang sama. prank gosipped-gay bersenggama pon ada nauzubillahiminzalik. istilah gosipped-gay tu betul tak?

apapun, itulah kenangan aku tentang mesej ghairah yang berkonsepkan surat layang ini. kekurangan sendiket ini ialah mereka tak tahu henpon aku ni jenis petak-petak kelabu-hitam-kalau-save-blue-pon-nampak-nombor-69-sahaja..tunggulah aku beli henphone lebih canggih baru hantar tapi kalau aku dah kawin time tu konsider ja dah terlambat hahhah :)












1 comment:

Followers