Tuesday, February 7, 2012

pasar malam story


aritu depa ajak aku pergi tengok wayang dan bergumbira..sempena wang saraan kerajaan dah masuk ni..hui masyuk gak 3k masuk sekaligus dalam bank. maka tumbuhla gejet-gejet mahal dari member sekeliling. aku pon ada.. O yeahaha!

tapi sebab aku ada tu lah, yang buat aku berwaspada dengan dompet aku. so aku menolak ajakan mereka menengok wayang dan bergumbira.


aku pergi pasar malam instead.



kat sana memang aku dah aim, aku nak beli multi-boxer. bukan sekadar boxer biasa. boxer yang cukup sifat utk dipakai untuk main futsal. maknanya tutup aurat jugakla semasa aku menerajang bola. orang lain cakap short, atau 3 quarter tapi aku ckap multi boxer. at least dalam dunia aku seniri.

selain tu, aku jugak nak beli stokin ngan seluar slek untuk menutup telur tatkala pergi kuliah. And dalam perkataan seluar slek lah cerita ini bermula.


bagi aku sebarang jenis seluar slek pon oke asalkan kaler hitam dan xmenarik minat pegawai polis dan HEP yang bertugas. murah lagi bagus. pasar malam murah. so pasar malam punya lagi bagus.


masa memilih tu aku terserempak dengan seluar yang punyai ciri macam aku 'imagine'kan so aku pon nak trylah.tapi memandangkan aku pada ketika itu memakai suar half jean maka agak tak relevan jugakla nak try.

then aku try cara ni..




menurut petua orang tua kalau kita nak tau semada suar tu seswai ngan kita ke tak, maka kita kena amik dari hujung pnggang ke hujung pinggan then belit kat leher..kalau padan maka padanla.


kaannn?

berdasarkan pengalaman, orang tua-tua ni kengkadang takleh caya jugak so aku pon mintak la pertolongan pekedai tu. memandangkan dia ada pegang tali ukur tu. pita ukur kot.

dialog dia lbeh kurang cmni ahh

aku: brader ni agak2 padan x ngn saya?
brader tu: ko saiz brapa
aku: (ingat-ingat lupa) saiz 30

brader tu ukur then cakap accent johor

'padan ni.muat muat je shial'


shite! padahal aku saiz 29. aku baru teringat. sumpah lupa. pinggang atlet memang slalu berubah saiz. then aku pon cakap

'tak padan ni brader saya saiz 29 bukan 30.silap tadi.sori'



'29 pon padan jugak..29, 30, 31 suma masuk ja shial' brader tu cakap kat aku.

'oo oke takpelah camtu..saya amik selai'.



samting yang bes kat pasar malam ni kita bleh mintak murah. mana ada orang mintak kurang kat adidas stor. so aku pon try la ejas,tapi..


pehh buatan itali..ingat aku percaya.aku pandai kot.harhar
apapun aku beli jugak suar tu.



dehm aku rasa memang aku bijak time tu. pengguna bestari. udahla jimat malam tu.makan nasik ayam murah. berjaya mengelakkan diri dari tiket wayang yang sia-sia dan dapat beli suar murah.setokin murah.dem..orang cakap kebijakan pengguna tu dinilai dari kadar duit yang dia hilang vs bilangan item yang dia dapat...mungkin penghujung sem ni aku dah bleh beli banglo kot.ngiahaha




then kat bilik, time aku try seluar tu
.....

'29, 30, 31 suma masuk ja shial'


aku tak patut percaya kata-kata abang tu




Followers