Thursday, August 25, 2011

tragedi cuti raya 2011

yeahh bebeh esok raya.bukan.maksud aku esok cuti. untuk mnyambut raya yang akan datang xlama lagi.mungkin approximately dlm msa bbrapa puluh jam lagi. sabtu ni kot if i not misteken.

semangat raya jelas menguasai iman aku. assignment pon hntar hanya dgn 90% siap shja. apa jenis arca yang tiada tapak? ah tibai jelah.

masa mempacking barang, aku cuma buh laptop dan alat-alat berkenaan sahaja dalam beg. skang baru pukul 11 pagi.awal lgi nih. bas malam ni. pukul 9 kot. entah, mungkin aku patut tngok tiket aku. kalau terlewat mmpus aku kena beraya kat johor. jom cari tiket bas aku yang dibeli sebulan yang lepas.

.
.
.
.
.
..
.
babi. TIKET BAS HILANG

Monday, August 22, 2011

week2: liverpool vs arsenal

EMIRATES
AUGUST 20
2011

LIVERPOOL
THE REDS

Reina, Kelly, Enrique, Agger, Carragher, Lucas, Adam, Henderson, Downing, Carroll, Kuyt. Subs: Doni, Flanagan, Skrtel, Meireles, Spearing, Suarez, Maxi.
ARSENAL
THE GUNNERS
i have nothing else :(

line up
lupa

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kelainan bagi line-up malam ni memang dah dijangka oleh aku tapi Hendo yang masih bau kedai tu stil ada dalam senarai so tak seperti yang dijangka jugaklah. aku jangkakan flano dan hendo keluar ganti la dengan sapa-sapa yang nak main bola. walaupun Hendo masih selamat daripada menjadi mangsa jangkaan negatif aku, pergantian Flano ngan Kelly telah berjaya menyelamatkan semua serangan. pergh ayat macam Kelly ni power tapi memang power pon. lepas daripada kejadian ini manager England Capello pulak mengatakan dia berminat nak try Kelly kat skuad Tiga Singa. berita gembira untuk peminat England tapi agak sadis untuk aku sebab Kelly ni selain daripada kumpul setem hobi dia yang lain ialah suka injured. kalau main ngan England, Kapten Fantastik pon bleh terguris groin apatah lagi Kelly. Grr..

apapun game semalam aku tak lepas dari mengetap bibir dan gigi sebab tengok najis berbentuk zirafah tapi orang panggil manusia bernama Carroll main bola. tahi betul dia lepas touch bola skali trus stay kat tempat dia touch tu tanpa membuat sebarang gerakan dan larian mengelirukan ataupun at least, menggiurkan. kekuatannya di bahagian tandukan digunakan sepenuhnya sampai dia lupa dia pernah ada kaki. selain itu, dia juga suka menjatuhkan diri dan orang di sekelilingnya denganamat konsisten. 70minit melihat dia main camtu bukanlah satu benda yang best so sambil aku tengok game, sambil aku mencarut ringan. terasa nak pi lempang Kenny sebab stil bagi masa kat zirafah ni padahai Arsenal ni is kompletely terluka, Cesc dah berambus p Barca plus Nasri nak p ManC lepas maghrib satgi. Boleh makan punya.

dirk kuyt dan Carrol


apapun thanks to Frimpong lebih kurang nama dia macam tu, rambut macam Bolatelli perangai pon dalam kandang yang sama. dia kena kad kuning dua kali. Dan mengikut peraturan warna asas bola sepak, kuning+kuning jadi merah. Merah tu dalam sistem trafik dalam padang maknanya 'pergi duduk tepi padang'.

sejurus lepas Frimpongpong melangkah keluar, pokemon simpanan Dalglish yang dinanti masuk.

luis 'hare' suarez


sambil menjerit 'i chose you!', Kenny menyuruh the 4th official mewarna nombor 9 dengan warna merah dan menghijaukan nombor 7 kat papan tulis dia. Suarez permata baru Anfield masuk beriringan dengan ultraman penjaja Meireles. makanya... the story changed.

dengan kudrat dua ekor tu berjaya membuat Aaron Ramsey tersilap alamat dan sekaligus ter-mengutus bola ke dalam gawang sendiri. tak lama kendian lokasi pintu gol arsenal yang gagal dicari oleh Carroll kantoi jugak dalam masa hanya 20minit oleh Suarez dan kekasihnya Meireles. kali ini juga sama macam kali pertama tadi, cuma yang mengutus bola masuk ialah Suarez dan ia terhasil dari gerakan Lucas-Meireles.

ultra-supertatoo Meireles

dan the rest is history. Arsenal ialah the sinking ship yang sempurna menggantikan liverpool pada musim lepas. memang klise bila kapal dah nak karam maka orang pun nak lari tanpa memikirkan maruah kapal itu. tapi selalunya yang lari meninggalkan Liverpool akan berubah kerjaya menjadi badut di depan gawang gol. macam orang itu. so kepada Fabregas dan Clichy ataupun lepas maghrib satgi, Nasri, diharapkan anda ambil insurans kerjaya takut-takut nanti jadi badut samada di depan gawang gol atau di belakang tempat duduk jurulatih. mana satu nak pilih?

sebenarnya aku kesian kat Arsenal...

Full time
ARSENAL 0-2 LIVERPOOL

Saturday, August 13, 2011

liverpool vs sunderland

ANFIELD
AUGUST 13
2011


LIVERPOOL

THE REDS
Startings
Reina, Flanagan, Enrique, Agger, Carragher, Lucas, Adam, Downing, Henderson, Suarez, Carroll.

Subs
Doni, Meireles, Kuyt, Spearing, Ngog, Kelly, Robinson



SUNDERLAND
THE BLACK CATS
Startings
Mignolet, Bardsley, Richardson, Brown, Ferdinand, Larsson, Elmohamady, Cattermole (C), Colback, Sessegnon, Gyan.


Subs
Gardner, Wickham, Vaughan, Dong-won, Bramble, Westwood, Laing.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Overview

perlawanan pertama liga perdana ingris sesi 2011-2012 menyaksikan Suarez seperti biasa amat garang. sekor gol pertama liga lagi tu. walaupun miss penalti dengan gaya yang paling teruk seseorang player boleh miss penalti, tapi secara overall persembahan Suarez memang amat besh. dia ni kalau dimetaforakan dalam bidang hiburan tanah air, boleh di anggap sbagai memey yang mampu menghuru-harakan rumahtangga orang tanpa perlu menutup muka seperti Suarez menghuru-harakan pertahanan lawan dengan cemerlang.metafora ni senang nak paham sikit.

dimana sahaja di dalam padang, si arnab suarez ni ada. aku jugak terkejut. dia even ada kat belakang lucas dan depan reina. the shell seorang striker boleh ada kat kawasan sendiri? rajin, overload-rajin atau missplace? mebi pasni dia patut jaga kesihatan diri sebab gaya permainan cmni dah buat dia kepenatan, sehingga berubah menjadi rumput pada 2nd half. nak harap kat karrot..cheese!

tukar dengan meireles! though aku rsa patut carroll yang kena pecat malam ni. sghh..

bercakap tentang player baru, aku puas hati dengan Downing dan Charlie adam serta Jose Enrique' el Toro'. Henderson main mcm Lucas time zaman jahiliah dulu. passing terabur. campur lucas yang men teruk jugak malam ni memang buburlah bahagian tengah liverpool. sib bek ada adam ndan downing yang cover balik. Carroll walaupun tak baru sangat tpi still kena kata jugak permainan dia cam najis. elok skit dri ngog. Flano memang memegang watak sebagai orang salah untuk gol Larsson tu. tapi shiad gak powerfull gila sepakan gunting larsson tuh. lazat.




Persoalan

1. mana aqualani yang ajar spain macamana nak skor gol tanpa perlu ihsan penalti sebelum ni?
2. mana hatrik-hero maxi?
3. kenapa Meireles muncul lewat? mentang2 rambut baru mcm otromen takkan gaya kemunculan pon nak tiru otromen?
I come late in order to save the situation! but I am no ultraman.
I am meireles! I must be punctual !



4. kenapa tak tukar je Carrot tu dengan Kuyt? letak maxi or meireles kat tengah. Kuyt tu striker kot dulu2.
5. napa tak perasan henderson tu najis malam ni?
6. apasai guna flano instead of kelly? kelly juga ialah akademi player apa. pengalaman lagi tu.
7. kenapa letak downing kat kanan?
8. ohh demm taktik jenis apakah ini??

bagaimanapun, kuiz ni cuma Kenny yang tau jawapannya.



Inferens

1. Kenny Dalglish nak test muka baru yang beliau beli (henderson, Adam,Downing, enrique). nak test atau nak perkenalkan aku taktau tapi sort of like that.

2. Kenny terlalu sayang kat carroll sebab...a)dia englishmen (kenny memang suka englishman)..b)nak tunjukkan dia tak salah beli player...c)Carroll nampak comel dari jauh.

3.Kenny memang legend. in Kenny we trust!



alhamdulillah..habis juga laporan perlawanan pertama dari aku. minggu depan lawan senel..diharap tak ada mood yang suram macam ni lagi.wuuu

apapun, the gunners is the wounded one minggu ni.
gervinho kena kad merah sambil ramai player nak berambus.
tragis!


Sekian, terimakasih...




Keputusan
Liverpool 1-1 Sunderland
suarez - larsson

Sudden reaction
kenapa jadi macam ni? shiad !

Man of the Match penulis
Jose Enrique Sanchez








Thursday, August 11, 2011

operation P.H.O.T.O.S.H.O.P.E

oh dehem sudah 4 hari aku hidup tanpa printer. dan bagi aku, bila tanpa printer, tanpalah scanner dan fotokopi. ohh tiada fotokopi masih boleh dibenarkan lagi tapi tiada scanner bagi aku macam berjalan tanpa menggunakan tangan. boleh sampai ke tempat yang dituju tapi dalam perjalanan tu mengalami kepayahan dan ketidakseimbangan yang amat perit.

printer tiadak jugak membuatkan syahwat menurun untuk mengapdet blog dan sebagai seorang pemuda yang selalu berangan ramai follower, tak apdet blog ni seperti tak makan nasik dengan tangan. masih boleh makan dengan sudu tapi xfeel sangatlah. tak boleh nak cubit atah patahkan tulang-tulang ayam untuk hirup darah beku dalam tulang dia. pendek kata hidup aku tak bahagia lagi.

untungnya aku belajar ilmu grafik komputer sem ni so takpayahla aku nak ubah hasil tangan aku menjadi digital lagi. alternatif yang baik. searching punya searching aku terjumpak sebijik aktiviti seni berkaitan fotoshope. aktiviti ni amat menarik kerana bertajuk vector image. aku pun taktau nak terang camna lagi sebab lutut dah krem buat esaimen. so, disebab dah malas nak menulis di tengah malam cenggini apakata kita layan vector image yang aku buat ini. art mission start...! follow~



perkara berkaitan dengan seni ni saja aku gedik-gedik akan buat satu akronim bagi memenarikkan entri dan menimbulkan seni-seni yang biasa agar menjadi luarbiasa. aku tau vector image ni biasa sahaja bagi yang dah biasa, tapi sebab aku ni rookie yang baru kenal konsep layer dalam fotoshope, aku amat gairah akan seni vector ini dan buktinya dapat dilihat kalau skrol mouse ke bawah, nampak pikture-pikture yang berwarna-warni. banyak dan setiap satu memakan masa lebih lama daripada menunggu Centya and co. datang ke kelas. uhh? mustahil aku meluangkn msa yang paling kurang pon 30minit untuk setiap satu gambar di bawah kalau aku tak ghairah.

operasi P.H.O.T.O.S.H.O.P.E ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu jenis yang paling banyak; lakaran muka, karikatur dan yang paling baru aku buat tadi, parodi poster. paling banyak ialah lakaran muka kerana jenis inilah yang aku belajar mula2 dengan tutorial asal. so selain tengok hasil karya mari kita berkenalan dengan mangsa-mangsa seni photoshope. they said photoshope can do anything right?



ini ialah nurul nabihah berasal dari kota Jeniang, Kedah. jenuh dia menegaskan kepada daku kemajuan Jeniang; bagaimana jeniang kini sudah mempunyai menara berkembar shell dan stesen LRT di dalam Kota Jeniang. sebab Jeniang tu is way to hulu and aku jarang sampai kat sana so aku percaya. after all aku ni kekasih yang baik.pergh jiwang nabil kott kott!



memperkenalkan syed superlate. beliau ialah salah satu watak dalam journey to the east of anfield aritu dan beliau sukakan kelewatan. hemmm...mebi tak cintakan kelwatan tapi amat berbakat dalam bidang itu. sepatutnya aku letak gambar dia kat bawah sekali sebab honestly ini ialah gambar yang paling last dilukis selepas poster parody tapi aku is way too malas untuk kopi paste gambar ni kat bawah. wuu...



hamirul bin othman ialah pelajar sekolah yang sedang belajar membaca dan mengira di kuala lumpur. dengar macam lekeh tapi itulah kenyataannya. dia akan keluar negara nanti dan fuuta-fuuta diluar sana mana paham bahasa melayu so dia sedang gigih memahamkan dirinya dalam bahasa asing. dulu masa dalam journey to the east of anfield aku ada lepak kat kondonya yang menyediakan kolam dan pelampung yang amat friendly. dengan adanya hasil kerja aku dalam bentuk mukanya ini diharap beliau dapat menjual psp yang beliau jumpak kepadaku dengan harga lelong.



ini awek aku nombor dua. ia digelar 'nurul nabihah yang membuat isyarat peace'. itu ja caption dia.



syahir bin apatah lupa tapi dia ne dulu bekas penghulu batch aku. digelar superman kerana tubuh sasanya dan digelar juga bawang kerana iras macam muka orang yang sama macam bawang. jauh kerelevannya tapi still masih boleh diterima.



ini ialah member rapat aku yang sering membatalkan perancangan kami bersama kerana ingin bertapa di dalam longkang. dulu dia eksiden jatuh longkang dan hensetnya hilang. tapi itu ialah yang dia cerita tapi kami sekawan sepakat mengesyaki dia menyembunyikan hakikat bahawa dia sedang meneruskan pengajian batinnya dengan bertapa di tempat yang tidak ramai orang ingin pergi. harap-harap dia tahu dia telah kantoi dan bersifat lebih ikhlas lepas ni.



ini pula ialah karya yang memparodikan rumet aku. ofkosla terdapat rahsia yang takleh aku tulis kt sini tapi aku yakin, aku yang dimasa hadapan bila belek-belek balik entri lamai cmni akan tau ceria sebenar disebalik image ni.

sebenarnya aku tak mau cerita tapi rasanya elok juga kalau aku..hemm...dah dah jom ke image seterusnya..



ini nabil kott kott. semangatnya sentiasa ditonjolkan dalam setiap status jiwang di pesbuk. kami syak dia keracunan jagung di UPM but who know? right?


ini ialah aidilfitri namanya sempena lahir di bulan mulia syawal dan dia pernah terbabit dalam ekspedisi pangkor yang lepas. lepas image ni siap dia duk asyik buat perangai anak kucing suh aku tmbah taik lalat kat pipinya yang agak jelas tapi aku tertinggal.lupa nak lukeh. sebab rasa tak berbaloi nak letak titik hitam di kanvas so aku hentam saja tak mahu buat.



seorang ahli sihir telah terlepas dari negara Pasir Mas Berdengung..beliau mengaktifkan sihir pada para gadis di facebook dan sekarang ialah menjadi tugas Hairy Potter (potter berbulu) untuk menyelamatkan gadis-gadis itu. keadaan bertambah gering bila ahli sihir yang terlepas itu mempunyai rahsia besar di dalam seluarnya..apakah rahasia terbesar itu? nantikan kisah ini di pawagam 32 ogos ini !

yayaya mungkin image ni macam bahan dari blog pakrodi.blogspot tapi aku amat puas hati dengan hasilnya. 'cemerlang!' bak kata omputih.


dan ini...ini...

ginab ketika kajian tentang apa yang ada di otak ginab dilakukan.banyak lagi sampel eksperimen kajian kami tapi biarlah ginab sahaja yang jadi wakil.



*ohh kawan-kawan ampunkan dosaku cuma aku bangga kamu disisiku. hehe jiwang nabil kott kott.


-mission accomplished-

Followers