Sunday, May 22, 2011

destinasi Perak

sebenarnya peristiwa ini telah lama berlaku hampir 5bulan yang lepas namun bagi mengelakkan memori hilang dalam otak sengaja dipos sebagai entri. lagipun memori ini menarik apa untuk dketengahkan sebagai alat mencucuk punggung hati member-member yang tak pergi.


kam a.k.a kambing sedang memeriksa zakar selepas membaham
bertan2 nasik lemak mentaloon (zakar kucing maksud aku)

Selepas puas mengajak, hanya 6 orang sahaja yang sanggup berkorban masa peribadi berzina dengan dinding jamban rumah lantas berjanji sehidup semati untuk menyambut jemputan bekas guru Matematik kesayangan semua pelajar Miss Hasrina Bt. Masaud (sekarang puan/madam). perjalanan dimulakan dengan pemandu pelancong pada hari ini iaitu Leman sahaja nama diberi. Ringkas dan mudah namun bulu janggut beliau amat semak seperti bulu rambut albert einstein.

nama dia leman. dia suka makan sotong.dia pemalu

perjalanan dirancang dalam kepalotak ialah pukul 9pagi waktu tempatan namun kerana masing2 memegang teguh pada janji melayu maka perjalanan menjadi lambat selama beberapa tahun sebagai haiperbolanya. kelambatan ditambah lagi dengan proses tersilap rumah tatkala mencari rumah seorang member yang dipanggil Kilang sebagai nama am dan cacing sebagai nama pornstar. untuk menambah elemen kata nama khas dalam gelaran itu, maka wajarlah dieja sebagai Ca-ching seperti bunyi syiling jatuh ke lantai. perlukah aku beritahu sebab dia digelar ca-ching ialah kerana gaya rambutnya ialah bermotifkan haiwan itu? ahh..tak perlulah. teruskan bercerita.

perjalanan mengambil masa selama beberapa jam tanpa dokumen rasmi maka aku bedal dalam 4jam dengan dibantu kepakaran Leman mendrift Chevroletenya sehingga berasap tayar. luckily, Leman ialah si sotong yang mampu mengenali jalanraya di Perak dengan baik kerana beliau rajin belajar di UiTM Lumut kalau xsalah penulis. For your information Lumut dengan Pangkor hubungannya sama dengan hubungan sulit antara Kuala Kedah dan Langkawi. berseberangan sahaja.

berdasarkan rancangan, kami perlu sampai awal di majlis kenduri cikgu kerana memang kami ialah sejenis pelajar yang selalu awal dalam kelas. bagi menunjukkan nilai murni ini sedikitpun tidak terjejas di hadapan cikgu Has yang dah lama bersara sebagai cikgu itu, maka kami amat eager untuk sampai awal. namun demikian, perjalanan terhenti seketika kerana seluruh isi kereta muntah terbau aroma punggung Tam si perut yang khabarnya telah mengemut punggungnya sejak dari awal perjalanan lagi bangsat sungguh. Perut yang tak payah dijelaskan kenapa dia dipanggil Perut diberik keistimewaan duduk didepan kerana saiznya tidak mampu bertoleransi dengan kami dan kelebaran Cevrolet demit. nikmat itu nyata tidak mampu disyukuri oleh the perut from Gelam kerana mengazab penumpang lain dengan bau tahinya.

jajaja~

oke, aku mengaku kami tak berhenti kerana bahan kimia daripada perut mamat dalam gambar diatas tapi kami ada jugak berhenti untuk bertanya where the hell is rumah cikgu Has sampai skang pon xjumpak. GPS kami hanya berupa peta kenduri kahwin dan tau2lah peta kenduri kawen mana ada irregular shape semuanya berbentuk kepetakan buat dengan perisian Paint takpun Windows Powerpoint sahaja.

namun, akhirnya kami sampai pada kira-kira pukul 2petang di rumah teacher Has. ada diberitau tak teacher Has ni ialah guru matematik kami semua 6orang dan sekarang bekerja Putrajaya kot.

dimajlis itu, kami sempat berjumpa dengan golongan guru yang pernah terjalin hubungan guru-pelajar dengan kami seperti
teacher Shafiza Shaharom; member pengantin dulu2

cikgu Ariffin Mohammad; pen. pengetua dulu2

khabarnya ada seorang lagi member pengantin dulu-dulu yang malangnya baru ja balik sejurus kami sampai iaitu Cikgu Midah otai Add Math. cikgu lain tak pula dicerata'in kerana masing-masing sibuk mengepau gula-gula kahwin beraneka bentuk daripada budak-budak pelayan.
bergambar bersama pengantin. yang pempuan tu Teacher Has la..hehe

guestbook pon kami conteng dengan
formula matematik

selepas menebas berpoket2 gula-gula, kami meneruskan perjalanan ke Lumut untuk ke Pulau Pangkor berdasarkan arahan dan nasihat cikgu Ariffin. nasib baiklah beliau sudi menyaran kerana sebelum ini kami takut tidak mampu mencium tanah pangkor kerana pukul 3.30 petang masih menjilat gula-gula kahwin lagi. Leman perangai macam tahi dah tau jalan saja buat2 taktau.

akhirnya, kami sampai ke Pangkor dengan clueless seperti rusa masuk kampung. persekitaran jeti Lumut amat cantik dan meriah langsung tak ada Lumut seperti yang dimengakui oleh namanya itu.

Bewak a.k.a teletabis dengan pemandu kereta Leman

kami terjumpa booth untuk pelancong menempah hotel disatu sudut mana tah dan berdasarkan mulut abang itu, hotel dan sebarang rumah yang ada katil sudah penuh dan memang mustahil untuk pergi sana dengan perasaan yakin ada tempat tidur. Namun. berdasarkan semangat "allz is well" yang dipelajari daripada cerita 3 idiots, kami redah juga dengan plan B iaitu berkhemah secara imaginasi di tepi pantai.

maka dengan tiket RM10 kami pon menyerahkan jiwa dan raga kami kepada kapten feri terbabit. konsep perkhidmatan feri disana ialah penuh-saja-jalan. nasib baiklah sekarang waktu cuti maka sekejap saja feri dah penuh. meriah sungguh suasana hari itu.

Ca-ching dan bewak dalam versi kamera berkualiti najis

sesampai sahaja disana, kami berenam amat terkejut dengan keindahan Pulau Pangkor ini. maka dengan itu lahirlah carutan dan kata-kata kotor seperti 'nak haram sungguh lawa!' atau 'babi keparat cantik sial tempat ni!' bagi menggambarkan kekagetan masing-masing. cuma penulis sahaja yang masih selamat daripada tempias arus pemodenan dan mengucapkan syukur keatas nikmat yang dikurniakanNya kepada Malaysia tanah airku ini haha ni blog aku ofkosla aku puji diri sendiri. apapun, tempat ini memang cantik dan sesuai untuk dibuat destinasi bulan madu yang bajet untuk pasangan yang merancang untuk kahwin lari. kalau buat grand-grand nanti sengkek ekonomi isteri pertama perasan pulak kan?

sesampai sahaja di sana, masing-masing menetapkan impian untuk mencari hotel-hotel yang kosong untuk mengadakan parti liar pada malam nanti. mana boleh parti liar tepi pantai. pagi-pagi buta kabarnya air pasang nanti kalau parti tepi pantai bangun-bangun nampak dolphin pulak.
pinked van; antara pengangkutan disini
selain motor dan gerek sewa

selepas puas menghina van berwarna pink macam pondan ini, kami pon pergi menuju ke Pantai Teluk Nipah. destinasi ini sebenarnya dicadangkan oleh abang teksi progesterone ini kerana pada hematnya, pantai Teluk Nipah ialah yang paling feymes untuk backpackers macam kami. selain itu, dia sempat jugak menyelitkan humor kami akan tidur tepi pantai dengan khemah imagenari malam ini. hina sungguh pendapatnya bertambah-tambah hina lagi bila dia ialah penyokong Man United team syaiton yang direjam haha.

rombongan kami sekali lagi mengucapkan kata-kata kotor sebaik turun daripada van apabila melihat spesies burung yang dipercayai enggang sedang rilek baik punya dekat dahan pokok paling rendah sambil disuapkan roti oleh para pelancong. kali ini penulis turut terungkapkan kata-kata kotor (nauzubillahiminzalik!) kerana seumur hidupku tak pernah sekali aku lihat burung sejinak ini.
comel,manja dan langsung tak risau dirogol oleh manusia :)

selepas puas melihat gelagat burung itu, kami pon lantas pergi meneruskan pencarian hotel. terima kasih atas pengalaman Ca-ching yang sering mencandat janda di Pendang tanpa jemu, beliau dapat menemui satu bilik kosong dengan harga murah lagi tu daripada seorang perempuan yang disyaki bakal menjadi janda Ca-ching jugak lepas ni. demit pempuan tu sebenarnya aku tanya dah ada bilik kosong ke tak dia kata takda. apasal jawapannya lain pulak bila Ca-ching yang tanya. apa makan budak ni.

apapun, dengan harga RM95 semalam (sorry nama chalet aku lupa) kami bergegas naik ke bilik untuk menyalin boxer demi mandi di pantai. pehh sungguh tidak sabar rasa dihati untuk mencuba ombak Pangkor. sebelum ni asyik ombak Langkawi ja. bagi penduduk tegar Alor Setar seperti Kambing, Bewak, Leman, Perut dan Ca-ching lagi malang sebab Pantai Merdeka ombaknya tak bernafsu. kengkadang tu rasa macam perempuan kehabisan syahwat pulak.

pukul 6 tepat kami turun pantai dan one word; SUPERB. ombaknya amat besar dan bergulung namun masih selamat bagi manusia macam penulis yang tidak tahu berenang ini. kenangan yang tak mungkin aku lupakan ialah bila ombak itu melambung aku dan menghempaskan aku ke lantai pantai. serta merta rasa macam kena hawin ngan Stone Cold tapi dalam versi manja. langsung tak sakit bahkan ketagih pula. agaknya aktiviti persetubuhan buat pertama kali rasanya macam ni tak? oh ya soalan ini ditujukan untuk Ca-ching.

gambar ombak dan pantai ofkosla tak ada sapa nak ingat kat kamera lagi bila tengah asyik bersenggama dengan ombak yang best cenggini. petang tu kami mandi sampai puas dengan ombak yang agak ganas dan kadang-kadang terlebih ganas pulak.

selepas puas mandi, kami balik ke bilik, semayang maghrib bagi yang mampu dan turun semula untuk menjamah makanan di kedai makan. Omagod harga makanan disini agak mahal dan lari bajet jugaklah tentang makanan. dahla lambat siap namun kami disejukkan dengan bayu laut yang bertiup dari Selat Melaka.

selepas makan tanpa kenyang, kami berjalan disepanjang pantai. pantai ini dihiasi dengan gerai-gerai cenderahati dan cenderamata ala pasar malam namun makanan ringan amat kurang. yang banyak cuma baju dan key-chain sumpah aku xbeli. kemudian kami melepak di pantai sambil melompat-lompat seperti kera kena belacan walaupun bewak kononnya hendak memancing. semangat bawak joran turun ke pantai tapi last-last dia jugakla yang paling semangat melompat haha.
pose manja sambil memegang batang _______(isikan
tempat kosong mengikut hawa nafsu masing-masing)

aktiviti kera kena belacan

selepas penat melompat, kami melepak di gerai burger sebelum balik ke chalet untuk tidur. sayang dengan malam yang masih muda, penulis bermain bola dengan Ca-ching dan Perut.

kemudian, selepas menyedari entri kali ini amat panjang macam negro, penulis mengambil keputusan untuk berhenti. bagi sesiapa yang berminat untuk ke Pangkor maka pergilah apa tunggu lagi. Boracay island, Hawaii, Acheh mungkin terkenal di mata dunia namun Malaysia ini juga begitu indah, pergilah keluar melancong. semart tak ayat promote aku? :)

2 comments:

  1. ohhh...kutuk peta kad kawin saya ye..pastu korang la yg amek gula-gula banyak2 ye..sibbaik sy google nama sendiri n jumpe blog ini..kalo x sampai la ni xtau onar yg korg lakukan..hahaha.. bdw tqvm sggup dtg jejauh g kenduri sy..terharu sgt nih..baca n3 ni terus rase mcm nak kawin lg (dengan suami yg sama la opcozzz)..hehe..nanti dtg umah sy blanje mkn cucur adabi ye..heh

    ReplyDelete
  2. Ehh cikgu..haha..gugel nama sniri tu xtahan tu.hehe..okay..cucur adabi bg sedap tau..haha

    ReplyDelete

Followers