Sunday, September 25, 2011

we've been better...but we are stil ordinary

beberapa malam yang lepas, aku sedang menonton game antara Liverpool-Waloverhampton kat tibi d asrama. masuk game terbabit, sudah 4 game aku tak ulas atau letak sebagai entri. ada orang kata kalau liverpool kalah maka blog takkan diupdate. mebi betul jugak.sapa nak cerita benda sedih kat tempat membangga diri macam blogspot ni? perff..mustahil!

tapi, sebagai seorang udangmerah yang sejati, aku mengumpul kekuatan yang aku dapat dari kemenangan tipis dari kelab sederhana Wolverhampton atau nama pendeknya Wolve untuk bercerita serba sedikit tentang kelab bolasepak termegah di England dan dunia ini. ia juga digelar The Reds for your informasion.

first game yang aku tertinggalkan ialah ketika melawan Bolton. huii game tu memang tersemat dalam ingatan apatah lagi time tu aku balik kampung. apakah yang lebih indah dalam aktibiti menengok bola selain daripada kedai mamak Yasmeen dan sahabat handai dari serata negeri kedah bersama? malam tu aku menengok bola bersama zikr dan syed. tapi syed macam biasalah dengan bakat superlate beliau time henderson buh gol baru nak mai. nasib bek pas tu dia belanja KFC. ahaai

selepas game yang gilang-gemilang itu kerana liverpool menang 3-1 (1 gol sebab si tua carra terlupa dirinya sudah tua) maka pada esoknya terdengarlah berita Liverpool bangkit dari jaman kejatuhan. totallay bangkit. pujian dari pundit-pundit bolasepak mula kedengaran. aku juga tidak ketinggalan untuk mendakwa bahawa King Kenny betul telah mengembalikan jaman gemilang Liverpool. rasa macam dunia aku yang punya.

seminggu kendian, ketika aku dalam fasa berkhidmat untuk negara, liverpool telah tewas 1-0 di atas setok atau nama betuinya Stoke. Setok ni kelab biasa-biasa sahaja, memang boleh makan punya tapi ntah knapa luck tak berapa nak ada. sambil angkat nombor, aku memesej member meminta ulasan setiap babak perlawanan dan dari ulasan dia yang serba carut tu aku dapat agak suarez memang lemah bila one on one ngan keeper. macam yang dia tnjuk kat Bolton aritu. kalau dak dah 4 gol kot. dan satu lagi ialah Liverpool kurang penyerang yang bernas. eniwei liverpool ditakdirkan kalah 0-1 gol pun penalti sebab sekali lagi Carra tak berapa nak ingat dia dah tua. menarik seluar pihak lawan pula.

selepas game terbabit, ada satu lagi game iaitu melawan totenhem.
bunuh! bunuh!

bullshit. kat situ Liverpool kalah 4-0, mungkin bleh di anggap kena rogol jugaklah. adam ngan sktrel masing2 ditunjuk jalan keluar oleh ref sebab asyik nak menyapu kaki pihak lawan dan sebab bilangan player macam cukup2 untuk main futsal ja..maka kputusan pun macam men futsal jugaklah. 4-0 ambik hang.

perlawanan selingan carling cup menentang brighton yang menampilkan Bellamy, free-transfered player yang lebih bernas dari Andy Carroll pun macam biasa2 ja lepas carragher menghadiahkan penalti sekali lagi kepada pihak lawan. dia ni mungkin dah tak lama kot. perlawanan itu biasa2 tapi Bellamy memukau dengan jaringannya hasil gandingan beliau sendiri dan suarez. ini menunjukkan beliau lebih baik berganding dengan Suarez berbanding suarez-Carroll.

tapi no one can predik what the King predik. game akhir sekali (melawan wolve) tetap menunjukkan Carroll dalam kesebelasan utama. lepas tau line up tu terus ramai aku dan member berdosa kerana mencarut. Bellamy masih kena simpan dan las 20 minutes kot gerrard masuk...menggantikan Suarez! bukan Carrol.. apa kebabinya kata aku dalam hati. walaupun Carrol main agak baik malam tu, tapi sebagai striker kelab terkemuka dunia, dia perlu menjaringkan gol. main bagus x penting. disaat Man U ada Rooney dan Chelsea ada Torres, Man C ada Aguero dan Arsenal ada Persie, Denmark ada Peter Gade dan Malaysia ada Lee chong Wei, liverpool tak bleh harap kat Suarez sahaja kerana dia tu keja nak gentel bola saja. ada masa jadi dan ada masa tak. dahla cepat penat.

nngghh..

akhirnya aku menyimpulkan kita (liverpool dan kop) adalah kelab yang walaupun dah banyak meningkat tapi masih biasa. apatah lagi lepas usya game Man U vs Chelsea. ads sikit berbeza. walaupun kehadiran Sir Henry dan Kenny ada membawa perubahan tapi still masih tak boleh nak cabar kejuaraan lagi. setakat rebut tempat p champions league balik bolehla. kebenaran memang perit nak telan tapi sedap jugak kadang-kadang.

apapun aku masih merah di d hati. selagi lagu you'll never walk alone mampu membuat aku sebak di dada dan bangga di hati, aku akan tetap menyokong ini kelab. yeahh bebeh!

jalan!

No comments:

Post a Comment

Followers