Saturday, September 24, 2011

second from disaster

sebelum aku sampai di Johor dari cuti aritu, si Ginab telah mengalami sebuah kemalangan yang aneh hasil daripada menaiki motor bersama seorang lagi member dia. aneh kerana pada esoknya bila aku sampai di bilik dia..aku tanya dia

aku: woi gemuk hang eksiden ka?teruk tak? mana lukanya?

ginab: ada tu..(smbil mnunjukkan kakinya)


hairan aku tang mana pulak luka yang dia dapat. haram tak ada luka mahupun sedikit goresan. yang ada cumalah kelibat lemak dan kolestrol yang biasa saja kalau dinampak kat tubuh beliau. aku memang hairan gila tapi sebab kemalangan yang tidak melukakan itu beliau mendapat 1 MC berharga yang kalau aku, aku guna dengan baik dan berhemah.

seperti tidak pergi putrajaya....atau tidak pergi menyambut kemerdekaan di putrajaya atau lain2 yang berkaitan dengan putrajayalah...ahai...

oleh sebab DNA detektif konan masih ada sikit dalam diri aku, maka bila dengar kemalangan yang aneh, misterius dan mistik ni mestilah aku rasa tak puas hati sebab tak tahu apasebab kemalangan dia nih.

atas inisiatif dan pengaruh rancangan telibisien Second From Disaster yang slalu aku tngok kat Nat Geo, maka aku rasa patut jugak misteri kemalangan itu dikupas dan dibentangkan untuk tatapan umum. seperti siri telibisien itu jugak. ahai

tapi sebab aku rasa macam lukisan lebih bersifat universal dan mudah dipahami oleh rakyat berbilang loghat dan laras bahasa, maka aku nak melukis teori2 yang mungkin benar di sebalik mitik kemalangan ini.


Misteri kemalangan 1
hubungan cinta antara penunggang dan pembonceng sudah tidak asing lagi bagi aku dan gosip antara mereka sering kedengaran tak kira masa makan, masa tidur atau masa main gitar. maka ini ialah teori konkrit penyebab kemalangan kedua sahabat yang mungkin secara rahsia; intim ini.

jika gosip itu bukan semata mata kabar angin maka adakah teori Ginab melafazkan cinta kepada penunggang motosikel itu benar?


atau mungkin kita perlukan teori yang lebih berani, berpendirian dan lebih kontroversi lagi seperti...



ergghh...grossnya! aku berpendapat walaupun ini cuma hanya teori sahaja tpi agak2lah kan..

2 comments:

Followers