Thursday, July 21, 2011

journey to the east of anfield

ohh haii~

hari ni aku bersemangat nak cerita tentang perjalanan aku ke Bukit Jalil selama 4hari 3malam kot kalau tak salah. Bermula malam khamis aku sampai KL ibukota negara sehinggalah malam hari Ahad selepasnya. so, berapa hari? tak kisahlah berapa haripun tapi yang penting hari-hari dalam tempoh itu memang sesuatu yang tak akan aku lupakan sebagai seorang fans Liverpool. sebab tulah aku menaip entri ini sambil mendengar lagu dendangan Samsons; 'Kenangan Terindah'.

Sebenarnya aku memaksa diri menaip dalam keadaan gembira kerana baru tadi aku mndapat berita tak gembira. bukan satu tapi dua. Padan muka aku sebab malas nak tulis benda gembira on the spot walaupun cerita journey to the east of anfield ni dah berlaku lama dah. 5 hari lepas. But, who care(s)?



Khamis 14 Julai 2011

Pertama skali aku sampai di Terminal Bersepadu Selatan, TBS aku amat gembira kerana berjaya sampai ofkosla. tiket bas Batu Pahat-Kuala Lumpur di stesen bas batu pahat pon dah habis. nasib baik sempat sebat sekeping. secondly aku terkujat juga lantaran melihat sistem jalan yang kompleks dan omaigod hebatnya design ini. Juga aku terkejut terminal hentian basnya sama dengan apa yang aku lakarkan untuk Jeti Kuah Langkawi di Langkawi selepas aku geram kena marah dengan guard jeti sebab diri tengah jalan time aku budak-budak dulu. badewei aku ni jenis yang suka mereka infrastruktur yang best. design paling best secara peribadinya ialah pulau tema di Langkawi tapi tu nantilah aku akan ceritakan. kalau aku cerita sekarang nanti takut akan menimbulkan riak pula.haha. Tapi tema perenggan ini ialah design TBS sama cam design aku yok. Menyesal tak patenkan dulu. Pehh

part yang aku kagum dekat TBS

Apapun, selepas melahirkan rasa terkujat disitu, aku bergegas ke terminal KTM kalau tak salah aku untuk pergi ke KL Sentral. Di sana Faiz Aizat atau nama feymesnya tahi, najis, apple, chiap atau zaid; pilihla mana satu yang anda suka, menunggu dengan honda dashnya yang macho dan khabarnya baru apgred. Aku juga selalu berasa takut dihati perut bukan kerana dia suka tunggang dalam kelajuan cahaya tapi sebab abang polis suka usya motornya. dengan topi snow cap aku, muka aku macam penyamun jugak sikit2. penyamun yang bergaya dan kacak.

tapi sebelum tu biarlah aku selitkan perenggan bertemakan Liverpool sikit. di TBS aku bersembang dengan sepasang pelancong lelaki dan perempuan yang khabarnya dari Yogyakarta, Indonesia, baru balik dari Stadium Bukit Jalil selepas melihat Liverpool training. Aku dalam hati amat geram sebab aku tak dapat join atas alasan kelas. Diseberang terminal jugak kelihatan lelaki berpakaian Liverpool sedang duduk di bangku. Tak penting apa yang dia buat tapi dia sedang memakai baju liverpool jadi aku highlightkan kehadirannya didalam kamus hidup aku. pehh ayat jiwang. Bagaimanapun, perbualan antara aku dengan pasangan indonesia yang aku jumpa tu tergendala sebab aku tercakap 'Indon' instead of 'Indo' atau 'Indonesia'. literal mistakes. aku tengok muka dia berubah so aku diam. nasib baik tema baju aku sama dengan dia kalau tak rasanya aku kena humban atas rel ketapi dah.

abang Liverpool disyaki baru balik dari stadium BJ(


Dan damn aku baru saja search gambar pasangan indonesia tu dalam folder aku tapi aku dapati gmbar tu dah rosak terima kasih kepada aku yang merosakkannya dengan photoshope. puihh punya aku!

meneruskan catatan.

Kami (aku dengan apple) sudah merancang untuk berjumpa di KL dengan member kami yang datang dari utara (Kedah), yakni Hamidy atau nama fesbuknya Kam Stranger dan Leman dari entri pangkor yang masih tak ada fesbuk lagi. bila study di Perak lagila xada harapan nak buat satu akaun fesbuk pon.

selepas melalui beberapa kesesatan dan kekeliruan jalanraya, kami berjaya jumpa di depan wad kecemasan hospital mana tah. tempat itu dipilih kerana tiba-tiba Leman sudah putuih asa mencari tempat perjumpaan asal iaitu UM. nasib baiklah Apple atau nama samaran tahi tahu serba sedikit tentang KL maka dapatlah kami berjumpa.

sesi soal-jawab dengan abang polis
mengenai arah tuju hidup


Sementara duduk melepaskan penat dan lelah, Sopi pula datang. Beliau ialah pelajar kursus kulineri dari UniKL terkemuka dunia. tapi stakat ni masih tak dapat aku rasa masakannya lagi. bagi tidak memanjangkan entri kerana aku dah rasa penat menaip, kami pun bergegas ke rumah Hamirul atau Yon yang tinggal dibelakang Mid Veley yang masih sedang belajar mengeja di Universitas apatah. sebagai persediaan ke Jepun tahun depan. Nasib baiklah bukan malam ni kalau tak mampus kami nak mandi kolam kat mana nanti. Apartmen apple tiada kolam. Perpustakaan Kuala Lumpur adalah.

Sampai-sampai saja di apartmen mewah Yon, kami terus tidur. Tapi 'kami' pada ketika ini hanya merujuk kepada aku, Kam dan Leman. Apple dan Sopi pula singgah bermain pool didepan apartmen ini juga. Tarikan utama bagi rancangna 'Percutian ke Rumah Yon'. Yon ada kelas esok so dia tak mampu nak tidur lewat.



Jumaat 15 Julai 2011

Pagi ini ialah pagi yang paling najis sebab semua bangun lebih daripada pukul sebelas. Apapun Apple paling legend sebab berjaya bangun pukul 2. Aku dan Leman turun mandi kolam tanpa was-was sejurus selepas mandi dan seperti biasa, mandi kolam memang bes. Apatah lagi kalau pree.

Rancangan utama aku jumaat ni nak pergi Pavilion sebab khabarnya ada Shankly gate terpacak disana dan juga sesi perjumpaan dengan player. Tapi Sopi mengutarakan pendapatnya mengenai kesesakan parking dan diakui oleh Leman dan Kam. Selepas disaluti oleh persaan malas membara, kami bukan saja tak pergi Pavilion malah semayang Jumaat pon hangus. nasib baik aku musafir :)

Sedar-sedar dah pukul 4. terima kasih kepada laman web pelik-pelik yang dicadangkan oleh Leman. Oleh kerana dah pukul 4 maka kami pon bermalas-malas sebab tau dah tak sempat keluar. Yon akan balik 5.30 dengan kunci masih dalam tangan kami. Macamana dia nak masuk kalau kami takdak kat rumah hah? Sementara menunggu Yon, Zik datang.


Memperkenalkan Zikry dari Kolej MARA Banting.

malam itu kami barulah setat keluar. line up pada malam ini ialah semua member iaitu Aku, Apple, Leman, Kam, Zik dan tuan rumah; Yon kecuali Sopi yang ada kelas esok hari. Rancangan first; ambil Syed di Terminal Salak Selatan dan sambil-sambil singgah di rumah Apple. Rumah baru kot.

apple; rumah baru, moto baru, awek baru

Memperkenalkan muka baru pada perjalanan kali ini iaitu Syed Al-Daroni nama fesbuknya. Beliau terkemuka dengan gelaran spirited dan lambat. Super late. Tengoklah siapa yang paling lambat muncul dalam entri ni. Dia jugak. Selain itu jugak, berkat kebolehan beliau, beliau telah terlepas Liverpool training session semalam. Rugi training pass beliau. Begitulah serba sedikit tentang beliau.


Selepas makan, seseorang telah mengutarakan idea gilavavi. Makan sate Kajang di Kajang. Area-area rumah Kam Stranger. Then, Kajang we'll go!

ondewei nak pi Kajang, aku ngan Apple telah menerai terowong SMART yang khusus untuk bukan motorsikal. Bukan benak, cuma nak try terowong yang pernah masuk dalam National Geograpik ni. Bangga sebagai anak Malaysia, motor Apple meluncur laju masuk ke dalam terowong terbabit.

tengok bekground tu..siling terowong SMART tuuu...

Bagi sesiapa yang belum pernah masuk dalam terowong itu bersama motor anda, biar aku ceritakan disini keputusan eksperimen kami

Panas gila. Patutlah motor diharamkan. Sila jangan masuk.


Sebagai penunggang dan pembonceng motor, ofkosla kami sampai lebih lewat dari penghuni kereta. So, bagi melewatkan lagi keadaan, kami singgah di Bandar Tasik Permaisuri something like that untuk menjemput seorang lagi member iaitu Iman atau Shrek. (Sila abaikan ranking kemunculan watak-watak bagi mengelakkan Syed riak kerana lebih awal muncul dari Iman).

Kemudian kami pergi ke Kajang, sesat dan patah balik ke UKM kalau tak salah aku just to know that kedai sate tu dah tutup. Tidak lagi beroperasi untuk hari ini. Ofkosla tutup jam dah menunjukkan pukul 4 pagi. Kedai makan untuk roh pon dah nak tutup apatah lagi untuk manusia.

So, selepas minum teh 0 panas di kedai mamak, kami balik dengan hati terbuka. balik rumah Apple untuk tidur kerana housemet Yon ada ajak member dia tidur sana. Kalau kami juga pergi kesana, tikus di rumah terbabit terpaksa keluar mencari ruang. Sebelum balik, aku dan Apple singgah di Dataran Merdeka. By 'singgah' aku mean,, tersesat. haha

Apapun, terima kasih kepada Tuhan kerana menyesatkan kami pada malam itu. Aku terjumpa Dataran Merdeka dan dapat merasa berada di tempat bersejarah ini. Bangunan disini menyala dengan lampu berwarna warni. Ohh cantiknya idea.

satu daripada pilihan warna yang ada, banyak lagi
kaler tapi dengan kualiti gambar camni,
sekeping pon dah cukup malu



Sabtu 16 Julai 2011

Inilah harinya. Hari yang dinanti oleh ramai peminat bolasepak. glory hunter atau passionater. Sumanya akan berkumpul di Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antara Malaysia XI menentang Liverpool. Selepas Arsenal,Malaysia XI turun melayan Liverpool pula yang hanya datang melihat peminat tercinta. Yes, we love you too Liverpool

Sebelum tu mehla aku bercerita tentang detik-detik sebelum masuk stadium. Sebelum bertolak ke stadium, entah dari mana muncul mesej dari sahabat Kam Stranger yang menyuruh Kam beli tiket kat Mid. Huii ada lagi ka tiket lagi 3jam game nak setat? Aku lantas berasa amat teruja nak pergi tengok tempat menjual tiket di Midvalley yang masih berjaya menjual tiket Liverpool yang hangat ini.

Dikedai itu, aku terjumpa seorang mat salleh dan keluarganya yang sedang berusaha mendapatkan sisa-sisa tiket di the Rock Corner, the Garden Kuala Lumpur. Ketika mat salleh itu sedang mengejas tiket daripada abang kaunter bermuka unik, aku sempat memberi kata dua kepada anaknya. Menurut anaknya, mereka datang dari Netherland dan baru ja dapat berita Liverpool mai Malaysia. So, mereka juga tidak ingin melepaskan peluang bergembira bersama The Kops Malaysia melihat hero pujaan, terutamanya the dutchman Kuyt. Begitulah apa yang aku paham daripada kata-kata anak perempuan mat salleh yang bernama Laura itu. (suara dia pekat cam taik tapi aku rasa dia sebut nama dia Laura, Saura atau Kaura..something like that)


ni bukan Laura ofkos, tapi ialah abang Rock Corner yang juai tiket
mukanya unik


Sesampai sahaja di sana, kulihat seketumbukan manusia berpakaian merah-merah melintas jalan. barulah aku sedar aku semakin hampir dengan Stadium BJ. OMG hero aku berada berdekatan aku. macam tak percaya kan? perasaan aku ialah macam perasaan Nurul Nabihah disaat SEBELUM nak menonton cita Karak aritu. perasaan SELEPAS menonton Karak pulak ialah vice versa.

Selepas menunggu Apple selesai mengunci segala sendi motor, aku dan dia bergegas ke booth Astro and guess who i saw?



Him!


John Barnes.


Memula memanglah aku tak cam muka dia macam Tongkat Ali lama tak main bola, Kam pulak semangat kata beliau ni ialah samada Mike Tyson atau Muhammad Ali aku dah lupa tapi lepas aku tengok kad namanya, dialah yang digelar DIGGER oleh Kops masa jaman kegemilangannya dulu di Anfield. Sumpah tak tipu, baru google tadi.

Ini legend Liverpool ni. Mulai saat itu, aku terus minat John Barnes. nngnnhhhh!!

Selepas itu, kami meronda di sekitar stadium. Apple semangat kata game start pukul 8.30 malam tapi aku rasa 5.30. manakan tidak, baru pukul 4 orang dah ramai nak mampus.




Selepas membeli baju dan skarf Liverpool idaman, kami bergegas masuk. habis RM50 sekelip mata. Sebelum masuk ada jugakla ketegangan berlaku dengan geng yang naik keta dah masuk stadium tapi masih pegang tiket kami kat luar ni. Tapi atas dasar iman suma setel dengan baik.

Suasana dalam stadium rupanya macam ni. Aku bertuah kerana ketika saat dara aku masuk stadium, kehadiran ialah paling ramai dari Arsenal dan khabarnya lebih ramai dari kehadiran penonton tatkala final Piala Dunia 2010 aritu.

OMG Bukit Jalil aritu memang dah berubah menjadi Anfield. The east of Anfield.





line up LIVERPOOL


Tiket yang aku beli cuma RM58 sahaja. tu pon senak perut dah nak bayar. apapun, aku percaya katmanapun bahagian stadium yang kita duduk kepuasannya tetap sama, sebab diamana sahaja ada the Reds yang sporting dan happening. Macam abang ni.



family of LIVERPOOL




para-para reserve tengah warm-up




game dah nak setart.


Selepas mengambil gambar-gambar ini, bateri henset aku habis. Henset aku mati. Serta merta aku menyatakan cacian keras dalam hati dan mula memasang azam nak beli kamera baru. Kamera kamera, bukan kamera henset lagi. Menyusahkan.

Sebelum perlawanan, kami menyanyikan lagu keramat 'You'll Never Walk Alone'. Aku amat sebak ketika itu. Hampir orgasme di mata kerana terharu. Cita-cita aku untuk menyanyi lagu YNWA bersama rakan-rakan peminat sambil menyaksikan Liverpool beraksi di stadium secara live tanpa melibatkan kamera sudah tercapai.

Keputusan perlawanan tak payah nak ceritalah lagi memang semua tahu Liverpool menang 6-3. gol-gol dijaringkan oleh Charlie Adam(1), NGOG (2) , MAXI RODRIGUEZ (2), KUYT(1). Jangan tanya dimanakah Andy Caroll dalam score sheet ini sebab dia main cam taik. Berat, lembab dan lebat. Semoga dia berusaha lagi. Apapun player yang tak-skor-tapi-kena-puji bagi aku ialah Aqualani. Hantarannya memang mahal dan bergaya.

Gol Malaysia pula dijaringkan oleh SAFIQ RAHIM(1) dan SAPI SALI(2). Gol Safiq rahim memang legend sebab one-shot yang world klas tapi gol-gol SAPI SALI macam sapi tenat, ditambah lagi dengan kenyataan dia nak hadiahkan gol-gol itu kepada MAN U musuh ketat Liverpool. Waddewad??

Kalau Rajagopal bertanya dimanakah kepatriotikan peminat yang hadir(termasuk aku) pada hari itu, mari bertanya pada penjaring gol itu dimanakah yang dia punya? kalau Rajagopal nak judge kepatriotikan berdasarkan baju yang dipakai mari bertanya kepada Sapi Tenat dimanakah belia punya kepatriotikan dalam baju Harimau Malayanya? Kalau Rajagopal bertanya terlalu banyakkah yang diminta untuk melihat penonton memakai baju kebangsaan ketika LVERPOOL ASIAN TOUR, mari menjawab 'kami menjerit kegembiraan pada setiap gol yang dijaringkan SAPI Sali, tapi setiap gol yang kami gembirakan itu sebenarnya bukan untuk Malaysia kami, tapi untuk Man U musuh ketat kami. Yes..that is too much.'


-------------------emo-------------------

Selepas bergembira di stadium, kami singgah di booth astro yang sama pada petang tadi kami jumpa John Barnes untuk bermain fossball kegemaran. Bes gila merogol team Kam dan Leman 10-4.

Sesudah bermain, kami bercadang untuk ke Kajang sekali lagi untuk makan sate Kajang. Oleh kerana jam masih awal di malam hari, maka masing-masing yakin sempat sampai ke Kajang.
Tapi, trafik amat jem dengan peminat Liverpool masih bergembira di perkarangan stadium. Bergambar dan menjerit-jerit kegembiraan. Pesta.

Seperti biasa, kerana sesat jalan, kami gagal pergi ke Kajang. Seperti biasa. Dem jalan KL amat rumit. Looks like we'll never make it to Kajang sebab malam ni ialah malam last untuk aku, kam dan leman di Kuala Lumpur. Zikry baidewei dah balik untuk menyetel esaimennya.

Rancangan untuk bermalam di rumah member sorang lagi yang juga lepak di KL iaitu Afiq atau Ferum 2 okside juga gagal lantaran kepenatan tak terhingga. Maka kami pun pulang ke rumah Yon dengan hampa. Main pool sedas dua dan tidur.




Ahad 17 Julai 2011

Hari last di Kuala Lumpur. Seperti biasa masing-masing bangun lewat. tapi perlawanan bangun lewat still dimenangi oleh Apple yang kekal merekodkan bangun pukul 2petang.

kami bangun untuk sarapan+ lunch semata-mata. Oleh kerana boring, tuan rumah, Yon menyuruh aku gunting rambut beliau. Ohh rilekla yang ni pon nak cerita dalam blog. Ketika gairah menggunting bulu beliau, muncul idea nakal untuk melawat Nabil KOtt Kott (nama fesbuk) di UPM dekat-dekat Serdang.

Memperkenalkan watak terakhir Nabil. Beliau penuntut Universitas Putra Malaysia yang kabarnya nak menyertai kami dari hari kamis lagi tapi terpaksa kensel kerana ada exam jumaat malam baru-baru ni. Malang.

Selepas aku mengujatkan Yon, Leman dan Kam dengan skill memasukkan double ball dalam satu pukulan, kami bergegas ke UPM. You notice that? double ball in one-shot tuuu... Nadir ni nadir.

Sesampai sahaja di UPM jam dah menunjukkan pukul 5petang. Terimakasih kepada Nabil atau tam nama manjanya yang sudi menyuruh kami mengambilnya di Mines yang sesak itu, dapat jugak kami merasa jalanraya Serdang macamana.

Kami meronda di UPM yang amat luas, khabarnya universiti paling luas di Asia Tenggara. Peh rekod tu rekod. Aku cuma dapat bangga dengan jalanraya ke-3 paling bahaya di Malaysia. Dalam rondaan itu kami melihat biawak yang disangka mamerang, kambing dan tupai dan mengutip bola golf di padang golf UPM. Kendian bergegas kami pergi minum sebab dahaga. apa yang aku nak ceritakan dalam perenggan ini ialah air jus buah yang kami minum memang besar nak arwah, macam jar tapi berbentuk gelas. Tapi disebabkan kamera henset aku dah mati semalam, maka tak dapatlah aku bergambar dengan gelas terbabit. Harganya RM3.00 shj untuk segelas, berpatutan dan waiternya juga comel. Mee goreng pula R2.50 so kira okelah.

Leman menghantar aku ke TBS kembali untuk aku ambik bas lalu balik ke Batu Pahat. Perjalanan aku pada kali ini is in the brink of the end. Kecanggihan TBS meng'orgasme'kan member-member aku kecuali aku. Kerana aku dah orgasme Khamis aritu. Lagipun aku bukan mati pucuk nak orgasme banyak-banyak kali terhadap rangsangan yang sama.

Begitulah serba sedikit tentang perjalanan hidup aku hujung minggu bersejarah dalam lipatan kenangan para-para the Kops. semoga yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk dijadikan sempadan dalam karya aku ini. sekian, terima kasih.

yang benar,
udangmerah



-------------------------------------------------------------------
*
apasal macam ending surat tak rasmi???

No comments:

Post a Comment

Followers