Wednesday, July 6, 2011








semasa dalam kelas memanah, aku terlepak di bawah sebuah pohon ceri. pohon ceri atau nama saintipiknya 'the cherry tree' ialah pokok yang amat berkait rapat dengan memori budak-budak aku.

semasa zaman pendudukan aku di Langkawi, terdapat sepohon pokok ceri di depan rumah aku dan sepohon lagi di depan rumah jiran aku. maknanya dua pohon di kawasan kejiranan aku. selepas perasan perkataan 'pohon' agak janggal, marilah berubah kepada penggunaan perkataan 'pokok' pula. kedua pokok ini selalu menjadi mangsa aku, adik aku serta seorang member sebaya adik aku (kerana time tu member sekolah berada di taman yang berjauhan dengan aku)...dan selepas habeh mengaji di surau, di bawah pokok inilah kami melepak.

adat kanak2 bila imaginasi menguasai minda apapun mampu dibuat.

ketika di bawah pokok ini, timbul idea membina sebuah 'treehouse' untuk menampilkan imej budak-budak. tatkala itu, siri telibesen 'Codename: Kids Next Door' memang menjadi kegilaan aku.


so, treehouse we'll built !

aku ingat lagi ketika treehouse kami underconstruction..akulah yang tolong uruskan soal rekaletak lata dan bahan yang kami kutip dari kawasan berdekatan sebab aku paling senior dalam kalangan kami. bahan utama ialah papan dan payung lusuh sapa tah (warna merah).

Setelah mengenal erti paku, treehouse kami lebih upgred lagi. begitu leka memaku sehingga ada makcik berasa perlu marah kerana kerapkali fail menidurkan anaknya. sumpah aku langsung tak perasan bunyi tok tok tok itu akan mengganggu jiran kerana sungguh asyik bekerja.

selepas siap, kami menjadikan treehouse itu sebagai tempat lepak kami yang utama. zaman budak-budak lagi ketika itu mana nak kenal erti karaoke box, wayang dan food court. bahkan, government Langkawi tidak menerapkan budaya seperti itu. so, treehouse dipandang mulia sebagai aktiviti memuas nafsu kanak-kanak.



salah satu memori yang paling diingati ialah ketika bulan ramadhan. sebagai ahli dalam komuniti kejiranan yang mementingkan budaya sosial yang erat, aku selalu menjadi peserta yang gigih menghadiri majlis makan malam selepas solat tarawih, omputih mebi menggelarnya sebagai supper atau lebih dikenali sebagai 'morrey' ohh macamana nak eja. time tulah treehouse di apgred lagi. kali ini dilengkapi dengan alat mengangkut bahan. kali ini raga mak aku menjadi mangsa. alat ini memudahkan makanan diangkut keatas. mudah kerana ketika memanjat pokok ini, tiada risiko kuah tertumpah ke baju yang kalau itu terjadi, sah-sah akan busted dengan mak. ilmu tentang takal diaplikasikan dengan baik bagi membuat alat ini.



jasa pokok ceri bukan itu saja. ia juga terlibat dengan iktiviti perang yang bukan sahaja melibatkan kami bertiga, tapi melibatkan semua kanak-kanak inocent dalam kawasan kejiranan kami. aktiviti perang. yeah!! sebagai manusia aku bangga mempunyai pengalaman perang ketika zaman kanak-kanak.

bahan utama untuk membuat senapang jenis ini ialah sepuntung kayu, beberapa gelang getah dan 1/2 pengepit baju. usually aku share pengepit baju tu dengan adik aku bagi mengelakkan mak aku perasan kehilangannya.


selepas siap senapang ini, mulalah aktiviti mengutip ceri. ceri yang masak tak boleh digunakan kerana hubungan buah itu dengan batang buah tidak kuat seperti yang masih hijau. macamana nak kenal buah ceri yang dah masak? warnanya merah dan apabila dipicit mengeluarkan cecair seperti semen tapi jernih.

selalunya bila ada aktiviti camni geng kamilah yang memegang status kuasa besar kerana pengkalan kami ialah diatas pokok ceri. pendek kata, dia ibarat berkampung di gudang senjata api dan ubat bedil.
ubat bedil

saat paling heaven ialah ketika pihak lawan kehabisan peluru. tapi ikut waktu jugak kengkadang bila dah habis peluru mulalah nak ubah main permainan bosan macam tingting atau pondok-pondok. grr..

tapi sekarang itu semua tinggal kenangan sebab pokok itu dah ditebang bagi memberi ruang kepada pembangunan ummah dan selepas pokok itu ditebang, keluarga aku juga berpindah ke Alor Setar yang pastinya menjanjikan budaya baru seperti karaoke box, food court dan wayang.

1 comment:

Followers