Monday, July 25, 2011

Bon Voyage Rifdi !

Bandung ialah negeri ketiga terbesar di Indonesia. Negeri ini berkeluasan beberapa kilometer dengan kepadatan beberapa ribu penduduk. Bagaimanapun ayat yang aku perolehi daripada Wikipedia berbunyi macam ni.

'Kota Bandung merupakan kota metropolitan terbesar di Jawa Barat sekaligus menjadi ibu kota provinsi tersebut. Kota ini terletak 140 km sebelah tenggara Jakarta, dan merupakan kota terbesar ketiga di Indonesia setelah Jakarta dan Surabaya. Sedangkan wilayah Bandung Raya merupakan metropolitan terbesar kedua di Indonesia setelah Jabotabek. Di kota yang bersejarah ini, berdiri sebuah perguruan tinggi teknik pertama di Indonesia (Technische Hoogeschool, sekarang ITB), menjadi ajang pertempuran di masa kemerdekaan, serta pernah menjadi tempat berlangsungnya Konferasi Asia-Afrika 1955,suatu pertemuan yang menyuarakan semangat anti-kolonialisme, bahkan Perdana Menteri India Jawaharlal Nehru dalam pidatonya mengatakan bahwa Bandung adalah ibu kotanya Asia-Afrika.'

and what the heal aku tetiba menulis tentang kota bandung dalam bahasa bandung ini? Jawapannya ialah mamat ni. Memperkenalkan,



atau secara realisnya
......



Namanya dalam pengkalan data Kerajaan Malaysia ialah Mohd Rifdi Bin. Fudzi. Ayahnya seorang farmasis dan ibunya seorang suri-rumah terer masak nasik ayam. Kakaknya seorang perempuan dan adiknya dua orang perempuan dan seorang lelaki.

Begitulah yang aku syak daripada adik-beradiknya berdasarkan lawatan secara kerap aku kerumahnya. Mengajaknya menjalankan aktiviti-aktiviti sihat samada bermain futsal atau pergi mandi air terjun Bukit Perak atau bermain pool bersama-sama. Adalah tidak dapat dipastikan bila aku betul-betul berkenalan dengannya dan sampai sekarang aku masih mencari titik permulaan perkenalan kami. mungkin pada ketika peristiwa perlawanan rugby antara fans All Black dan England (note that dia ni minat rugby) atau mungkin pada ketika aku tumpang rumah dia untuk tuisyen di Alor Setar dulu-dulu time aku masih muda. Tapi yang pasti, disepanjang perjalanan persahabatan kami terdapat banyak suka duka dan kalau kena berpisah dengannya memang aku berat hati jugak.

Tiada siapa yang aku boleh raba atau buat fake seksual heresment lagi bila balik Kedah. Kalau kat Johor takper aku dah ada mangsa baru iaitu 'Loserhead' Ginab so tak ada masalah kat sini.hah.



Benda bernama Rifdi ni memang pelik kalau tak ada nama manja sebab itulah kami menggelarnya 'Teddy' untuk paten muka beruangnya dan 'Sean Kingston' sempena penyanyi pelik dari seberang nun. Apatah lagi beliau ni peminat tegar lagu 'beautiful girl' dendangan mamat pelik itu lagila matched gelarannya itu. Tapi gelaran yang paling gemilang dan berjaya membuatkan siapa-siapa yang masih memanggilnya dengan nama Rifdi itu kelihatan gay ialah 'Bard'...suku kata depan dari perkataan...



ohh haha kejamnya sapa yang reka tu.

Bard secara lahiriahnya ialah seorang member yang paling sesuai berbicara dari hati kehati kerana nada percakapannya yang sedih dan dia ni jenis pendengar yang setia so katalah apapun dia akan dengar dan takkan mengigit lidah sambil mengusya kita melalui ekor mata seperti Jems Bon lapar sate manusia. Itulah Bard yang aku kenal.

Bercerita tentang Bard selepas SPM aku hampir mustahil untuk tidak menyelitkan peristiwa hitam yang berlaku selepas beberapa hari result keluar. Pada ketika itu kami saudara-mara mengadakan aktiviti mandi manda di Bukit Perak, Sungai Tiang Kedah dan selepas itu merancang untuk pergi ke sekolah lama kami untuk bermain bola bersama guru-guru. Bekas guru kami. Namun demikian oleh kerana terbelenggu dengan masalah berak tak lawas, Bard dan Apple mengambil keputusan untuk tidak menyertai kami mandi di Bukit Perak tapi akan menunggu kami di padang bola sana.


line up pada hari itu
-syed,arep,acap,afiq,dome,kam,pdot,sapa tu xjelas,rudy-


OTW ke Bukit Perak Kedah. Acap dan
Arep 'si pertapa longkang' ..haha


kam dan afiq 2 oxide


Yang memakai baju tu 'Jin/Aladdin' Asyraf Safie
dan yang bajuless tu ketua BWP kami



pesta pra-bogel

Namun demikian, tatkala ondewei pergi sana kami terdapat panggilan dari Apple mengatakan Bard tersalah buat lap dan telah jatuh mencium papan tanda. Pengsan. Aku dan member-member yang pon terkujat lantas bergegas ke tempat kejadian. Disana, apa yang kami lihat cuma Apple tapi Bard sudah sampai di klinik kesihatan Pendang. Dari cerita Apple, Bard jatuh tergelincir kerana tayar motornya bersaiz kecik tak padan dengan tuan dan akibat dari jatuhan itu beliau telah pengsan.

Pengsan??! oh pengsan! Kami mula takut. Apatah lagi apabila melihat Apple menayang-nayangkan darah yang terlekat di seluarnya. OMG ~!

tempat kejadian+ mangsa cium.


Tatkala masuk ke dalam wad kecemasan, aku lihat Bard terbaring di atas katil. Tak ramai yang dibenarkan masuk tapi luckily aku boleh masuk. Tapi untuk melihat member berdarah penuh di muka taklah berapa lucky sangat but at least aku tau dia oke. Aku time tu jugak berasa bersalah sebab yang ajak dia sertai event ni. Kalau aku tau aku ajak dia main pingpong.

Selepas melepak di klinik kesihatan Pendang, beliau dipindahkan ke Hospital Besar Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut. Maka kami bersama-sama bekas guru yang masih care pasal kami (ohh terharunya) pon berangkat ke Alor Setar untuk mengikuti perkembangan teddy bear kami.

Selepas masing-masing bergiliran melawat, kami pon bergambar.

aku speechless tengok gambar ni..huu


kontinjen pelawat bergambar. Pakpin ada di
hujung belah kanan gambar.

Akhirnya, dia selamat dan tiada apa yang rugi kecuali skuternya tu kena baiki dan henponnya ditukar kepada yang lebih canggih. Skuter itu jugak aku dah tak nampak sekarang mebi dah dicampak jauh-jauh. Namun, sejauh manapun memori itu dicampak tetap masih ada parut di hidungnya yang akan selalu jadi tanda peringatan 'berhati-hati dijalan raya' atau 'jangan sesekali cuba mencium papan tanda jalan lagi'.

Walaupun cerita ini ialah cerita lama tapi aku masih ingat lagi. Bila aku entrikan memori ni lagila aku akan ingat nanti bila besar-besar aku berjanji akan usya balik entri ni.

Ohkey apakah motifnya aku tuliskan pasal Bard bukan pasal member-member lain?

Jawapannya ada kaitan dengan isi pendahuluan iaitu mamat ni akan berpaling ke Indonesia meneruskan studinya. Aku baru dapat maklumat ni beberapa malam yang lepas dan dalam terkujat aku menahan diri dari terus membuat entri pasal ini sebab takut nanti dari blog peribadi menjadi blog jiwang Fairy Tail pulak. Bard dah kol aku malam tersebut menyuarakan sendiri kejadian mengejut ini. Dia juga terkejut kerana kalau ikut rancangan aku akan balik hujung minggu ni membaham buah-buahan bersama rakan-rakan yang setia dan mengikut perancangan dia pon akan ada bersama nanti tapi bila benda ni berlaku, dia takleh join. Pendaftaran ialah pada 28 Julai khamis tu tapi aku sampai pagi Jumaat 29Julai. Shiad beza sehari ja. Demmit.

Sebelum entri ini berakhir, maka marilah kita dengar kata dua daripada rakan-rakan kita :)

Zikry Razak
bad.jaga diri.jgn lupa kami.main ftsal ngn luna maya ka, agnes monica ka, julia perez, amek la gambaq.buat la kami jeles.xpa xkesah asaikan kawan kami ni berjaya.jgn lagha2.kalau ada jeans lawa beli kt aku satu, ak bank in,jgn lupa kami weh.kami sayang hang.kalau buleh nk peluk tiap2 mlm.tp apakan daya Amirul Faiz KOtt booking awai.last from us,taka care my fren, we'll be missing you.jgn nakal2.jgn lupa diri.jgn duk gaduh ngn mat indon lak.kita serumpun.fokus stdy.busy mana pon bukak2 la fb tegoq kawan2 kt malaysia ni.kalau cuti ajak la kami p sana.bawa jalan2.kami janji kumpol duit x susahkan hang.last word btoi2.i love you bad! :')


YNWA BAD.HUTANG MINTA DIHALALKAN


Syahmi A Rah
weyh bad..d0k sna jgn lupa dri..tk0t blek ganyang m'sia plak..ang ttap cute walau p0wn ja0h diInD0n..wuahahahaa...!!!b​ lajaq lek lok..jgn qeja d0k usha teddy bear betina ja..=P..(lastly, Indon mantap,so,mantapkan diri ang dgn ilmu akhirat..w0ot..!!w0ot..!!>​.<


minta halal semua..


Nabil Kott Kott
kehadapan badak comey...kesempatan ney aq nk ucap selamat jalan dan berbuka puasa...ang duk sana duk leklok na...jgn duk bli novel jiwang sgt..simpan det sama...pastu bakso indon jgn duk mkn sgt,yang ada kerepek merah2...beracun...belajag​ leklok na..comey2 gak..mintak halal mkn minum rti cnai 5kping,ksut didas,bju carisbrok merah,barbeque set yg tersadai kt dpan umah aq..last but not least,once a KOTT u never be a KOTTE!!!


Shazuan Kott
selamat berangkat la Rift Deey yg sgt comey..ak love u jgk,jga diri,dok sana jgn bg org2 indon sedeh pulak tgok ang.mntain kan kecomelan tuh..dah blik wat parti liar ajak ak jgk.ang blajaq leklok tau bad,jd mcm ak..lovu u very gud...


Amirul Faiz KOtt

hari rabu 27julai ni ialah hari Rift Deey berangkat ke indonesia..jaga dirimu baik2 beruang kesayangan kami..jangan duk ingat nak cri tape luna maya pulak..belajaq leklok..kaya nanti balik buat parti liar ngan kami..i lebiu beri most :'(


dehemit aku nak teyak gak..bad igt mmber2 ni igt hang..duk indon pon igtlah you'll never walk alone..wuu


tiket kungpu panda y hang beli kt aku tu tpi aku takpi sbb motor rosak tu buat2 lupa la noh..haha


Rudy KOtt
jgn jd buruan kt sana ya teddy


Lutfi KOtt
wahhh bard p indon plak...selamat merantau bard...jd mcm merantau warrior...hehe



Ahmad Firdaus
jd teddy indon pak....


Sopi Salleh
babai my teddy.....hehe


Ahmad Syahir
klau jmpa acha septigarasa kim slm syg aku kt dia weh...ckp kt dia blan 10 ni aku antaq rombongn meminang...

you will never walk alone bad!!haha



ohh ucapan ahmad syahir memang ucapan selamat berjaya yang paling aneh. Dimana dia ambil perkataan Acha Septigarasa tu pon aku taktau. Apapun, aku percaya dia ikhlas pada baris ayat yang last tu. haha.

Apapun, pesanan untuk Bard, sebelum hang berangkat ke Indonesia..ataupun hang sudah berada di Indonesia Raya, tataplah gambar ini dan teriaklah puas-puas.haha. Ingatlah bahawa kami sentiasa ingat kat hang. We lebiu beri much..


ingat ekspedisi memancing?


brekfes dekat Tandop?


kenduri rumah Yon? Lumba kereta?


??


YOU'LL NEVER WALK ALONE BARD...
..YOU'LL NEVER WALK ALONE..


BON VOYAGE !















*Pasni get ready untuk giliran 'teletubby' Zikry, Syed 'Superlate', Acap the Aladdin dan 'home-owner' Yon berpaling ke luar negara pulak.

ohh tidak !

2 comments:

Followers