Saturday, July 2, 2011

Liverpool Asian's Tour: kenapa aku perlu pergi?

Apabila saja terdengar berita bahawa Liverpool FC akan melawat Malaysia, aku terus gembira bukan kepailang. banyak perasaan bermain di minda aku time tu..shid aku amat hepi. air mata kegembiraan merembes keluar dri mata kiri dan kanan. ketika itu baru aku sedar, aku akan mendapatkan tiket itu walau dengan apa jua cara sekalipun. jika ada kelas; ponteng.

akhirnya, aku dah dapat tiket itu thanks kepada bro Takiya Genji y aku kenal dari fesbuk; page padang anfield kegemaran. sebelum aku mintak dia tolong, aku amat perasan dia amat rajin bertanya kat wall tu sapa y nak tiket dia boleh tolong belikan. gilavarvie baik. memula aku agak xpercaya kot2la ada sindiket MLM y cuba mngambil ksempatan tapi aku gagahkan diri utk percaya jugak.

dan akhirnya...look at her..soooo beautifuuuull~


bukan saja sudi pergi Ampang belikan kat aku bahkan bro Takiya juga sanggup poskan ke Kedah. you just dont have any idea how good liverpool supporters can be. Inilah keluarga peminat yang aku selalu cakapkn. kat badan adik Adams pon ada tertulis,'not just a badge, its family crest'. puji aku kepada Takiya. haha lantaklah aku dikatakan bodek ka hapa tapi dia mmg layak dibodek tengoklah helaian kertas di atas tu.

walaupun aku tak dapat training pass sebab khamis tu aku ada kelas..ini pon dah bagus.

Ramai yang berkata kat aku 'celaka keparat sial kenapa hang tegedik nak pi bukan bes pon' ataupun ' cis, buat habeh duit ja, baik aku buat belanja janda aku'. Malangnya, depa taktau keseronokan melempias nafsu pada benda yang kita suka. seperti chef yang akan buat apa saja untuk dapatkan periuk paling berkualiti ataupun pemain futsal yang sanggup beli kasut mahal nak arwah tapi last-last kena rogol 9-0 tanpa balas. takper asalkan kasut gue cantik dan mahal.

Untuk menjawab soalan kenapa aku perlu pergi ini, marilah kita sama-sama membaca lagi. bajet ramai follower nih.haha

1.Melihat hero secara terus ke kornea mata tanpa penglibatan media

Kanak-kanak mana yang xmahu berjumpa dengan Power Rangers kalau diberi kesempatan. walaupun kita tau ia cumalah lelaki berpakaian kostum yang ditempah, tapi kita tetap akan bawak anak kita untuk pergi sebab kalau kita tak ikut cakap mereka kelak mereka akan buat kerja tak senonoh seperti membongkar skandal kita dengan cikgu mereka kepada isteri kita kan naya ja camtu. seperti itulah jugak aku. Aku selalu goosebumps bila tengok perlwanan Liverpool. So, idea aku ialah pada 16Julai nanti aku nak saksikan sendiri Superman2 aku beraksi. mungkin arnab Suarez dan Lukes tak hadir kerana berkhidmat untuk negara tapi hero lain masih ada. Persoalannya sapa yang aku nak sokong? negara aku sendiri atau pekan orang lain. mestilah pekan orang lain. pekan yang aku cakapkan ni pekan Liverpool lah bukan Pekan Rabu.

2.Tour pertama Liverpool FC ke Malaysia
Asian Tour memang menjadi hobi kelab-kelab bolasepak besar England terutama Liverpool bagi mengisi masa lapang pemain-pemain yang tak terpilih untuk negara ataupun sebagai strategi perniagaan. Asia ni paling ramai penduduk di dunia dan bila ada penduduk, ada duit. malangnya sejak dulu lagi Liverpool asyik melawat China dan Singapore. Malaysia yang selalu kena rogol ni memang tak dipandang langsung tapi sekarang kan zaman Malaysia dah semakin stabil dalam bolasepak. kalau ajak lawan barulah ada celen. As i said ini ialah tour pertama Liverpool FC ke Malaysia so takkan aku xmau pi? heyheyhey!

3.first time masuk stadium tengok bola
hey baca tajuk tu sampai habis oke. Aku pernah masuk stadium ingat aku malang sangat ka. Bahkan dulu rumah aku kat Langkawi berdepan dengan stadium saja. pendek kata stadium tu tempat aku berak ja. Malangnya bagi aku, urusan aku masuk stadium cumalah untuk bermain wau atau terpaksa menghadiri majlis hari sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri . first time aku masuk stadium tu tentulah ketika hari sukan sekolah rendah. malangnya bagi aku masuk stadium untuk menonton perlawanan bolasepak profesional ataupun semi-pro tak pernah berlaku dalam kamus hidup aku. pendek kata, anggaplah menonton perlawanan Liverpool ialah urusan profesional aku yang pertama dengan stadium. first time masuk stadium ialah sebab aku nonton perlawanan Liverpool.kan oke macam tu. macam anak dara la mestilah bagi dara dia kat lelaki yang dicintai sebelum kena berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga yang berkumis bercelaru kan? keji gila contoh aku.

4.Liverpool FC

16Julai ni ada satu kelab yang akan datang berkunjung ke negara kita dan kelab itu ialah Liverpool FC. Dan sebagai fans Liverpool aku wajib pergi. Ini Liverpool lah yang kita tengah cakapkan ni! heyheyhey!

lastly, harapan saya ialah
Aku harap Caroline Wazniacki join rakyat Malaysia terutama fans Liverpool untuk menggegar stadium! yeahh!

No comments:

Post a Comment

Followers