Thursday, August 11, 2011

operation P.H.O.T.O.S.H.O.P.E

oh dehem sudah 4 hari aku hidup tanpa printer. dan bagi aku, bila tanpa printer, tanpalah scanner dan fotokopi. ohh tiada fotokopi masih boleh dibenarkan lagi tapi tiada scanner bagi aku macam berjalan tanpa menggunakan tangan. boleh sampai ke tempat yang dituju tapi dalam perjalanan tu mengalami kepayahan dan ketidakseimbangan yang amat perit.

printer tiadak jugak membuatkan syahwat menurun untuk mengapdet blog dan sebagai seorang pemuda yang selalu berangan ramai follower, tak apdet blog ni seperti tak makan nasik dengan tangan. masih boleh makan dengan sudu tapi xfeel sangatlah. tak boleh nak cubit atah patahkan tulang-tulang ayam untuk hirup darah beku dalam tulang dia. pendek kata hidup aku tak bahagia lagi.

untungnya aku belajar ilmu grafik komputer sem ni so takpayahla aku nak ubah hasil tangan aku menjadi digital lagi. alternatif yang baik. searching punya searching aku terjumpak sebijik aktiviti seni berkaitan fotoshope. aktiviti ni amat menarik kerana bertajuk vector image. aku pun taktau nak terang camna lagi sebab lutut dah krem buat esaimen. so, disebab dah malas nak menulis di tengah malam cenggini apakata kita layan vector image yang aku buat ini. art mission start...! follow~



perkara berkaitan dengan seni ni saja aku gedik-gedik akan buat satu akronim bagi memenarikkan entri dan menimbulkan seni-seni yang biasa agar menjadi luarbiasa. aku tau vector image ni biasa sahaja bagi yang dah biasa, tapi sebab aku ni rookie yang baru kenal konsep layer dalam fotoshope, aku amat gairah akan seni vector ini dan buktinya dapat dilihat kalau skrol mouse ke bawah, nampak pikture-pikture yang berwarna-warni. banyak dan setiap satu memakan masa lebih lama daripada menunggu Centya and co. datang ke kelas. uhh? mustahil aku meluangkn msa yang paling kurang pon 30minit untuk setiap satu gambar di bawah kalau aku tak ghairah.

operasi P.H.O.T.O.S.H.O.P.E ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu jenis yang paling banyak; lakaran muka, karikatur dan yang paling baru aku buat tadi, parodi poster. paling banyak ialah lakaran muka kerana jenis inilah yang aku belajar mula2 dengan tutorial asal. so selain tengok hasil karya mari kita berkenalan dengan mangsa-mangsa seni photoshope. they said photoshope can do anything right?



ini ialah nurul nabihah berasal dari kota Jeniang, Kedah. jenuh dia menegaskan kepada daku kemajuan Jeniang; bagaimana jeniang kini sudah mempunyai menara berkembar shell dan stesen LRT di dalam Kota Jeniang. sebab Jeniang tu is way to hulu and aku jarang sampai kat sana so aku percaya. after all aku ni kekasih yang baik.pergh jiwang nabil kott kott!



memperkenalkan syed superlate. beliau ialah salah satu watak dalam journey to the east of anfield aritu dan beliau sukakan kelewatan. hemmm...mebi tak cintakan kelwatan tapi amat berbakat dalam bidang itu. sepatutnya aku letak gambar dia kat bawah sekali sebab honestly ini ialah gambar yang paling last dilukis selepas poster parody tapi aku is way too malas untuk kopi paste gambar ni kat bawah. wuu...



hamirul bin othman ialah pelajar sekolah yang sedang belajar membaca dan mengira di kuala lumpur. dengar macam lekeh tapi itulah kenyataannya. dia akan keluar negara nanti dan fuuta-fuuta diluar sana mana paham bahasa melayu so dia sedang gigih memahamkan dirinya dalam bahasa asing. dulu masa dalam journey to the east of anfield aku ada lepak kat kondonya yang menyediakan kolam dan pelampung yang amat friendly. dengan adanya hasil kerja aku dalam bentuk mukanya ini diharap beliau dapat menjual psp yang beliau jumpak kepadaku dengan harga lelong.



ini awek aku nombor dua. ia digelar 'nurul nabihah yang membuat isyarat peace'. itu ja caption dia.



syahir bin apatah lupa tapi dia ne dulu bekas penghulu batch aku. digelar superman kerana tubuh sasanya dan digelar juga bawang kerana iras macam muka orang yang sama macam bawang. jauh kerelevannya tapi still masih boleh diterima.



ini ialah member rapat aku yang sering membatalkan perancangan kami bersama kerana ingin bertapa di dalam longkang. dulu dia eksiden jatuh longkang dan hensetnya hilang. tapi itu ialah yang dia cerita tapi kami sekawan sepakat mengesyaki dia menyembunyikan hakikat bahawa dia sedang meneruskan pengajian batinnya dengan bertapa di tempat yang tidak ramai orang ingin pergi. harap-harap dia tahu dia telah kantoi dan bersifat lebih ikhlas lepas ni.



ini pula ialah karya yang memparodikan rumet aku. ofkosla terdapat rahsia yang takleh aku tulis kt sini tapi aku yakin, aku yang dimasa hadapan bila belek-belek balik entri lamai cmni akan tau ceria sebenar disebalik image ni.

sebenarnya aku tak mau cerita tapi rasanya elok juga kalau aku..hemm...dah dah jom ke image seterusnya..



ini nabil kott kott. semangatnya sentiasa ditonjolkan dalam setiap status jiwang di pesbuk. kami syak dia keracunan jagung di UPM but who know? right?


ini ialah aidilfitri namanya sempena lahir di bulan mulia syawal dan dia pernah terbabit dalam ekspedisi pangkor yang lepas. lepas image ni siap dia duk asyik buat perangai anak kucing suh aku tmbah taik lalat kat pipinya yang agak jelas tapi aku tertinggal.lupa nak lukeh. sebab rasa tak berbaloi nak letak titik hitam di kanvas so aku hentam saja tak mahu buat.



seorang ahli sihir telah terlepas dari negara Pasir Mas Berdengung..beliau mengaktifkan sihir pada para gadis di facebook dan sekarang ialah menjadi tugas Hairy Potter (potter berbulu) untuk menyelamatkan gadis-gadis itu. keadaan bertambah gering bila ahli sihir yang terlepas itu mempunyai rahsia besar di dalam seluarnya..apakah rahasia terbesar itu? nantikan kisah ini di pawagam 32 ogos ini !

yayaya mungkin image ni macam bahan dari blog pakrodi.blogspot tapi aku amat puas hati dengan hasilnya. 'cemerlang!' bak kata omputih.


dan ini...ini...

ginab ketika kajian tentang apa yang ada di otak ginab dilakukan.banyak lagi sampel eksperimen kajian kami tapi biarlah ginab sahaja yang jadi wakil.



*ohh kawan-kawan ampunkan dosaku cuma aku bangga kamu disisiku. hehe jiwang nabil kott kott.


-mission accomplished-

No comments:

Post a Comment

Followers