aku baru mendapat nyawa sejumlah RM5 tadi dengan secara tiba-tiba. demi untuk mengelakkan gejala khurafat dan tuduhan membabi-buta, mari kita bermain permainan detektif. persoalannya, siapakah yang menopap aku tadi?
suspek pertama: kawan aku beruk..ehh..maksud aku Arep
the reason aku jadikan beliau suspek utama ialah beliau dan aku ialah kawan y jenis menopap satu sama lain jika masa terdesak kerana menganggap masing2 ialah santa klaus dan cupid yang perlu membantu kanak-kanak malang tiada nyawa kerana apabila tiada kredit, maka akan bergaduh dengan awek. jadi, bagi mengelakkan salah seorang dari kami singgel sementara seorang lagi leka berzina secara maya, kami pun mengamalkan kehidupan saling menopap.
suspektion ini dibantu dengan semalam aku kol dia sampai habeh kredit bagi menceritakan keboringan kerana aku PMS dengan awek. tambah2 lagi, lima minit sebelum aku mendapat topap ini, beliau mengatakan mahu mandi dan pergi topap kerana diri telah hampir kehabisan nyawa tinggal hanya sebanyak 0.73sen seingat aku.
maka lojiklah dia menjadi suspek pertama.
suspek kedua: rumet aku Khairul
beliau ialah suspek utama kejadian topap kerana minggu lepas aku suruh dia topap RM3 tapi kedai yang dia p itu kehabisan ked RM3 maka dia menopap aku RM5 kerana dia rasa time tu aku memang terdesak tiada nyawa. tapi malangnya kredit itu tidak masuk maka RM5 aku burned begitu sahaja. aku sedih manakala beliau rasa bersalah maka aku dapat menapau RM1 daripadanya serta-merta. amin.
teori aku ialah topap y dia beli minggu lepas masuk pada minggu ini atas dasar pakcik kedai itu mengamalkan dasar kerja 'tangguhkan kerja hari ni kepada 7hari kemudian' dengan gigih dan tekun.
suspek ketiga: si bodoh
kerana mungkin tersilap menulis numbor, maka duitnya itu terbang ke sim kad aku. namun teori ini tidak kuat kerana posibilitinya sedikit. tapi masih boleh berlaku. jangan risau, aku juga pernah mengalami masalah yang sama tapi tidaklah sampai seperti Syed kawan aku lagi sorang yang selepas mengalami masalah silap tulis nombor sendiri di dalam buku topap itu, beliau pergi semula ke kedai itu untuk mengambil numbor y terhasil daripada kecuaian sendiri dan menaip mesej 'woi bagi balik duit aku!'
luckily aku tak dapat mesej mcm tu selepas RM5 ini sampai maka aku xsaspek Syed yang menopap aku.haha..
No comments:
Post a Comment