bercerita mengenai beruk itu, beliau pada mulanya ingin menjadi seorang cashier di sebuah klinik namun atas dasar rambut panjang melebihi paras bahaya, permohonan beliau ditertawakan. apatah lagi beliau tidak mempunyai vagina seperti yang diingini oleh pemilik klinik terbabit. Mengenangkan cerita hero cerita korea yang gigih ditertawakan dalam usaha mencari kerja, beliau meneruskan usaha ke kedai Digi pulak (penulis lupa apa nama kedai itu tapi kedai itu ada patern2 mcm nilah; mnjual dan mnyediakan perkhidmatan kmunikasi). Namun sekali lagi beliau dihina dan dikeji kerana gagal lahir dengan satu set payudara di dada. rasist!
akhirnya beliau akur dengan takdir dan mula menerima kerja pelayan restauran dengan berhemah. sebagai seorang udang yang berpengalaman dalam industri makanan dan minuman ini, penulis ingin menyampaikan sedikit amaran kepada bakal pelayan restauran ini untuk menjauhi pelanggan-pelanggan yang berpotensi mengurangkan gaji rm20+ yang akan diperoleh secara halal setiap hari. meaning bila depa mai ofis kita, cepat2 berlakon nk buang tahi dan berikan pen serta kertas kepada rakan setugas kita. zass!!
1. jenis berlagak anak tokey balak
pelanggan jenis ini juga diklasifikasikan sebagai jenis berlagak kaya dan berimpian macam telah membayar makanan dan duit perkhidmatan. impian macam ni kadang2 hadir apabila mereka selalu makan di hotel dan tetiba gaji kena potong atau balak-balak mereka habis ditebuk tupai, maka terpaksa makan di tempat y murah. namun, walaupun mereka datang dengan meninggalkan kad kredit di rumah, mereka tidak meninggalkan pula perangai berlagak kaya itu. maka banyaklah y disuruhnya mereka. seperti mengambil tisu, sos, menempah makanan d kedai lain, mengelap meja dengan warranti pasti bersih selama setahun,mencukur misai, mencuci punggung dan macam2 lagi.
2.datang secara berkumpulan
manusia ialah makhluk sosial. mereka mampu menunjukkan imej sebenar apabila datang bersama kawan dalam jumlah yang besar seperti pengundi hantu. kuantiti membuatkan mereka lupa daratan dan pelayan yang sedang tercangak dihujung meja ingin menunggu order. dalam sekumpulan orang itu, terutamanya kumpulan remaja, hanya beberapa orang (2 orang berdasarkan pengalaman penulis) sahaja yang menumpukan perhatian kepada pelayan manakala yang lain sibuk menceritakan hal2 lain. sudahlah ramai, lepas tu asyik menukar minuman pulak. lebih pedih bila kita tanya 'nak makan apa abang?', dia balas 'nak makan apa ek?' kat kita balik. aik, aku ka yang nk minum? pelanggan jenis ini aku berikan A dalam subjek menyusahkan orang. maka bila mereka datang, wajiblah kita berlari pura2 sembahyang di surau belakang
3.menerima pesanan banyak dan berlagak ingat semua
aku ada kenangan pahit mengenai pelanggan berciri mcam ni maka aku xmau terangkan..semua penerangan terdapat pada komik strip di bawah..
4.jenis tak tahu nama makanan yang nak dimakan
'dik..akak nak air teh..tambah limau sikit ja..tapi tak mau susu..pastu buh air suam..jangan letak ais..gula sikit-sikit aje..buh dalam cawan kecil tau..'
itu air teh '0' limau suam kurang manis la b***h
5.berlagak pengkritik makanan
hakni memang pelanggan yang menyusahkan. penulis dulu bekerja di warung makanan di pinggir kota Alor Setar dan pelanggan jenis ini memang ramai terutamanya warga tua yang veteran dalam bidang melepak di warung kopi sambil menghina kerajaan. minuman yang selalu mendapat kritikan ialah teh tarik. Piau, masin, cayaq, ceroi semuanya itu ialah istilah yang digunakan dalam mengkritik teh tarik buatan si pembuat air. si pembuat air selamat, aku pulak yang kena kritik. kalau kritikan membangun takpala jugak. ni kritikan menghina seperti 'aku kalau makan ayaq camni berak cayaq jugakla' atau 'teh taghik cayaq macam nih ayaq prit aku lagi sedap..kahakkahahkahak!' gelak tawa warga-warga tua pon bersahut-sahutan.
waddehetch?
6.pelanggan was-was
mula-mula mintak nasi goreng pataya, pastu ubah nasik goreng biasa, kemudian ubah nasik goreng luar biasa...x cukup dengan itu, bila aku sedang lap meja kosong, dia panggil aku..'dik, nasik terakhir yang akak pesan dah buat ke? kalau belum akak nak tukar ke mee hailam..ehehe..'
p***i hang!
7. pelanggan seksi nampak lurah dendam
macamana nak bekerja dan ingat pesanan kalau Elly Tran datang duduk baik punya kat meja makan? hah??
No comments:
Post a Comment