Friday, May 20, 2011

kenapa lelaki menjadi plastik depan perempuan

mungkin tajuk diatas kedengaran pelik. ada ka kes lelaki tetiba berubah menjadi plastik depan makhluk bernama perempuan dalam genus homo sapiens ini? aku juga aneh dengan tajuk ini (mustahil !!) tetapi bagi menyedapkan hati aku, aku membuat sedikit pemerhatian dan rujukan berdasarkan pengalaman terhadap fenomena lelaki plastik ini.

demit jangan tanya banyak takkan hampa suma x pernah terserempak dengan lelaki plastik depan perempuan camni? ataupun kena lalu depan cermin baru terjumpak (in other word memang hampa la jenih yang aku dok sembang ni). ada tak kawan yang dulu kemain cakap kita jangan kapel, kapel ni membawa padah terhadap persahabatan kita yang suci murni ini. tetiba esok tu air liur masih basah lagi dah angau kat perempuan sekian-sekian sehingga perempuan tu suruh kita berjoget lambok tarian kedah tua pon sanggup ikut.ikut sorang2 takpa jugak nih suma sekali kerabat keluarga sahabat dia pon kena ikut menari like shit tu..haha..atau pernah x anda berkenalan dengan lelaki yang skil bolanya kalau messi tengok pon kecut telur kata orang kedah tapi bila ada perlawanan yang dihadiri oleh awek-awek beliau menjadi seperti kantung telur yang baru nak belajar bergerak-gerak. OMG i hate this type of shid haha..kengkadang hepi jugak tengok gelagat mereka namun bila kita sekali kena tempias, for ekzempel kalau mereka xmampu bermain terer macam biasa seperti biasa dan menyebabkan satu team kalah dan tempang, mana x geram?

persoalannya bukanlah apa jenis plastik yang lelaki itu tiba-tiba berubah menjadi ini? plastik sampah? most likely..lelaki plastik depan perempuan boleh menjadi sampah secara sekelip mata tak hairanlah apapun latarbelakang lelaki itu sebelum ini. plastik kitar semula? plastik kondom? apabenda tu? kondom made from plastik ka? persoalan sebenar ialah kenapa benda ni berlaku? what is this shid happen??

1.berasa diperhatikan
setiap lelaki ada perasaan perasan macho atau dalam omputihnya 'feel macho'. untuk mendekatkan lagi example ini dengan para pembaca aku bagi contoh mudah. pagi tu kita bangun dari tidur dan pergi gosok gigi. OMG machonya aku kalau buat rambut cenggini..cengggini' terus perasaan ini terdetik dalam hati. And by the word 'terdetik' aku mean with or without any consciousness. kalau without kesedaran diri tu maknanya bukan hampa xsedarkan diri muka macam rim bas sekolah perasaan macho tapi bermaksud perasaan perasan macho itu lahir dari hormon testis yang banyak dalam badan. tahniah, anda menjadi seorang lelaki *thumbs up!

OMG aku tak menerangkan lagi tajuk ni shid! oke tenang-tenang. berasa diri diperhatikan ni memang biasa berlaku. aku pon mengaku aku ada perasaan ini lancau macamana nak buang benda buruk ni dari badan? bila disuruh membuat persembahan kita rasa mata semua orang tertumpu pada kita sahaja padahal tugas kita cumalah menjadi bunga matahari yang menggoyang kerandut di belakang haram tak penting pon. sebab tulah most human nak jadi pembuat props ketika ada apa-apa persembahan kebudayaan kerana takut diri diperhatikan.

cikgu aku once said that,'kita terapkan kat diri kita bahawa kita ni biasa saja, bukan ada superpower superhuman pon so buatlah macam orang biasa buat', amboi senangnya cikgu cakap. walaupun betul apa yang dikatakannya itu tapi maybe tu payah sikit sebab aku ni bukanlah jenis yang self-motivating macam cikgu aku tu haha. Kenny Dalglish pon pernah cakap (tiada niat nak racist bolasepak),' if you play well, we'll take you. just play for yourself, if you play good enough, theres no reason we could throw you away'. hakni dia cakap kat bebudak akademi dia dan aku amik berat apa yang dia cakap sebab ini baru betui. just be ourself ! senang ka? still susah kot..haha

2.nak mencari jodoh

ni ja yang lelaki tau. perempuan taktaula rasa camna tentang hal ni. aku ada perasan perempuan yang macam plastik depan laki sebab simptom-simptomnya fit dengan simptom sang lelaki bila menjadi plastik. apa simptomnya? ia termasuklah seperti kerap menyentuh pipi, memandang jauh kehadapan menjauhi audiens dan menggaru hidung haha teliti tak aku?tapi sebab tak tahu cerita sebenar dalam diri mereka, maka aku tak berani nak kata apa nati kena hamun.

gejala lelaki memikat perempuan ini memang gejala yang ortodoks walaupun ramai orang beranggapan sekarang ni perempuan pon boleh buat apa yang lelaki buat seperti mengajak pasangan berzina, tapi stil ada segelintir perempuan yang masih mengharapkan surat tawaran daripada pihak seberang untuk masuk ke alam penuh noda. dan mostly happen in eastern culture yang para perempuannya mementingkan keselamatan, kesopanan, kesantunan budi bahasa dan kerja sekolah siap sebelum dateline.

maka dengan itu, sebagai organisma yang sudah terbiasa dengan persekitaran urat mengurat dari jauh ini, adalah seorang atau dua yang membuat anggapan perempuan akan tertarik dengan lelaki yang menyerlah sikit. maka dari situlah lahir lelaki bajet macho. shid aku paling tensen lelaki jenis ini. ada dua jenis lelaki plastik; lelaki yang menjadi lemah gemalai depan perempuan dan lelaki yang tetiba menjadi watak apeks dalam momuniti lelaki untuk memikat perempuan. apa benda yang aku cakap nih??

okay this thing happen in animal's realm too. bila tiba musim mengawan, para bison akan berlawan sesama sendiri bagi menunjukkan kehebatan. ini naluri semulajadi dan berlaku antara bison yang berkawan baik juga. kalau dulu hubungan amat akrab sampai golongan bison yang lebih senior menuduh mereka sebagai pasangan gay, apabila tiba musim mengawan percaya atau tak kerana penangan pheromones mereka mampu berbunuhan. berbunuhan mungkin tak terjadi dalam dunia manusia secara normalnya, tapi bermusuhan ada banyak kes.
bison tengah berzina

3.terpengaruh dengan cerita korea


ciss aku point terus kat cerita korea sebab aku tak bleh tahan ngan cita tu haha..sori tapi bila difikirkan balik, most lelaki terpengaruh dengan cerita cenggini. hero kemain kena tough, sasa, puting keras, 6paxs di perut, kalau boleh nak yang tau berpedang, mengontrol tenaga dalaman di tangan ataupun mempunyai musang sembilan ekor di perut. kualiti hero yang diterapkan dalam industri filem ini telah membuatkan golongan lelaki bersangka keji bahawa perempuan akan terpikat dengan lelaki yang berkebolehan dalam semua bidang dan kalau kaya dan boleh berlagak dengan mercedes memang lagi naik saham.

tapi betul ka perempuan? aku rasa tak kot sebab bukanlah kekayaan dan kehenseman yang membantu hubungan perkahwinan perghh ayat klise daripada Dr. Rozmey tapi itulah kenyataan. mebi ada jenis perempuan yang memang aim harta dan rupa lelaki semata-mata untuk berbangga dan riak di depan sahabat girlsnya yang pakwe cuma sekadar bermuka cerpelai sahaja dan dompet pon takde apatah lagi duit.

4.membanggakan awek
ini berlaku pada pasangan kapel sahaja kerana kalau x declare sebagai kapel macamana yang perempuan nak berbangga dengan girls2 yang lain bahawa yang skor gol tadi tu pakwe dia? hal ini berlaku dalam pengalaman sebenar penulis bersama rakan-rakannya di sekolah menengah tempohari semasa dalam aktivit bola tuju, bola baling tah apabenda tah namanya.

let say ada seorang lelaki ini bernama Iss (bukan nama sebenar) sedang menganggotai perlawanan bola _____(isikan tempat kosong mengikut hawa nafsu masing2). ditepi pitch ada golongan awek-awek yang sibuk bersembang dan bergosip haram tak tengok game pon tapi itu tak kisah kerana Iss tau dalam golongan-golongan yang tak tengok game itu ada seorang perempuan yang duk usya dia ja dari awai wisel tiup sampai habis perlawanan. perempuan tu ofkosla awek dia mana ada manusia lain nak usya lelaki serapat itu haha. maka dengan naluri 'aku akan tunjukkan kejantanan aku didepan awek' maka Iss (bukan nama sebenar) pon bermain macam hero pasukan padahal tuju bola haram xkena pon. tak apa, yang penting gaya dan rupa. kebetulan hari itu hujan renyai-renyai membuatkan rambut Iss(bukan nama sebenar) yang sebelum ini afro macam ahli Alleycats kegemaran menjadi lurus dan basah-basah seksi sehingga sekali pandang seperti melihat kelibat Beckham sedang bermain hujan. ketika brek pon dibuat slow-motion bagi menampakkan efek air menitis keluar dari rambutnya dan menunjukkan 'reymoih' yang macho. 'reymoih' tu ayat kedah maybe kalau bahasa bakunya mungkin jambul atau rambut lebihan kat depan kepala. lelaki yang ada reymoih ni kebanyakannya ialah lelaki yang dalam usaha mencari awek pertama atau kedua dan seterusnya. bagi kes Iss(bukan nama sebenar) pula, menyimpan reymoih ialah bagi menyamai rambut Torres kegemarannya (sekarang xgemar lagi..fucking judas).


pendek kata, walaupon kalah di peringkat suku akhir, niat Iss(bukan nama sebenar) menghiburkan aweknya tercapai kerana selepas perlawanan beliau mendapat mesej ' i love you very much! >_<' daripada aweknya itu membuatkan beliau demam sehari. oke, mungkin demam kerana main hujan. selepas itu mesti aweknya akan berbangga-bangga dan beriak-riak atas kemachoan dan kegantengan teman lelakinya itu uhh manisnya hubungan cinta zaman sekolah!

see the point? i can't. demmit.


No comments:

Post a Comment

Followers