Thursday, May 26, 2011

tentatif program: cuti akhir sem2

ianya dah bermula..
esok cuti yaao...~!

banyak benda aku nak buat
sebab aku dah rancang nak buat benda tu
akan aku tuliskan kat blog bagi mencucuk punggung hati rumet aku
dan Ginab si loserhead tadi men game kena rogol ngan aku 7-4 haha

jom sahabat-sahabat
mari enjoy !

1.futsal tiap-tiap petang dan malam
gadis bola:tiffany

2.terebey burung dan mengai ikan di sungai dan sawah

3.Pulau Dua di Sik (so do Tasik Pedu)

4.Padang Besaq dan Wang Kelian

5.Merempit dan merempit

6.Brekfes di kedai mamak

7. Pesta liar di rumah-rumah terpilih

8. Pool

9. Fossball di Pacific

10.Pulau Pangkor

tapi 1st event...



final Champions League 2010-2011
Barcelona vs Manchester United
event approved

cuti ni..semuanya berkaitan dengan seronok, seronok dan seronok...
dan pastikan cuti ini tidak diwarnai dengan tahi mata

jangan tidur !


jangan tidur !

jangan tidur!


jangan!
kroihh! kroihh !




HAPPY HOLIDAY :)
bye~

Sunday, May 22, 2011

destinasi Perak

sebenarnya peristiwa ini telah lama berlaku hampir 5bulan yang lepas namun bagi mengelakkan memori hilang dalam otak sengaja dipos sebagai entri. lagipun memori ini menarik apa untuk dketengahkan sebagai alat mencucuk punggung hati member-member yang tak pergi.


kam a.k.a kambing sedang memeriksa zakar selepas membaham
bertan2 nasik lemak mentaloon (zakar kucing maksud aku)

Selepas puas mengajak, hanya 6 orang sahaja yang sanggup berkorban masa peribadi berzina dengan dinding jamban rumah lantas berjanji sehidup semati untuk menyambut jemputan bekas guru Matematik kesayangan semua pelajar Miss Hasrina Bt. Masaud (sekarang puan/madam). perjalanan dimulakan dengan pemandu pelancong pada hari ini iaitu Leman sahaja nama diberi. Ringkas dan mudah namun bulu janggut beliau amat semak seperti bulu rambut albert einstein.

nama dia leman. dia suka makan sotong.dia pemalu

perjalanan dirancang dalam kepalotak ialah pukul 9pagi waktu tempatan namun kerana masing2 memegang teguh pada janji melayu maka perjalanan menjadi lambat selama beberapa tahun sebagai haiperbolanya. kelambatan ditambah lagi dengan proses tersilap rumah tatkala mencari rumah seorang member yang dipanggil Kilang sebagai nama am dan cacing sebagai nama pornstar. untuk menambah elemen kata nama khas dalam gelaran itu, maka wajarlah dieja sebagai Ca-ching seperti bunyi syiling jatuh ke lantai. perlukah aku beritahu sebab dia digelar ca-ching ialah kerana gaya rambutnya ialah bermotifkan haiwan itu? ahh..tak perlulah. teruskan bercerita.

perjalanan mengambil masa selama beberapa jam tanpa dokumen rasmi maka aku bedal dalam 4jam dengan dibantu kepakaran Leman mendrift Chevroletenya sehingga berasap tayar. luckily, Leman ialah si sotong yang mampu mengenali jalanraya di Perak dengan baik kerana beliau rajin belajar di UiTM Lumut kalau xsalah penulis. For your information Lumut dengan Pangkor hubungannya sama dengan hubungan sulit antara Kuala Kedah dan Langkawi. berseberangan sahaja.

berdasarkan rancangan, kami perlu sampai awal di majlis kenduri cikgu kerana memang kami ialah sejenis pelajar yang selalu awal dalam kelas. bagi menunjukkan nilai murni ini sedikitpun tidak terjejas di hadapan cikgu Has yang dah lama bersara sebagai cikgu itu, maka kami amat eager untuk sampai awal. namun demikian, perjalanan terhenti seketika kerana seluruh isi kereta muntah terbau aroma punggung Tam si perut yang khabarnya telah mengemut punggungnya sejak dari awal perjalanan lagi bangsat sungguh. Perut yang tak payah dijelaskan kenapa dia dipanggil Perut diberik keistimewaan duduk didepan kerana saiznya tidak mampu bertoleransi dengan kami dan kelebaran Cevrolet demit. nikmat itu nyata tidak mampu disyukuri oleh the perut from Gelam kerana mengazab penumpang lain dengan bau tahinya.

jajaja~

oke, aku mengaku kami tak berhenti kerana bahan kimia daripada perut mamat dalam gambar diatas tapi kami ada jugak berhenti untuk bertanya where the hell is rumah cikgu Has sampai skang pon xjumpak. GPS kami hanya berupa peta kenduri kahwin dan tau2lah peta kenduri kawen mana ada irregular shape semuanya berbentuk kepetakan buat dengan perisian Paint takpun Windows Powerpoint sahaja.

namun, akhirnya kami sampai pada kira-kira pukul 2petang di rumah teacher Has. ada diberitau tak teacher Has ni ialah guru matematik kami semua 6orang dan sekarang bekerja Putrajaya kot.

dimajlis itu, kami sempat berjumpa dengan golongan guru yang pernah terjalin hubungan guru-pelajar dengan kami seperti
teacher Shafiza Shaharom; member pengantin dulu2

cikgu Ariffin Mohammad; pen. pengetua dulu2

khabarnya ada seorang lagi member pengantin dulu-dulu yang malangnya baru ja balik sejurus kami sampai iaitu Cikgu Midah otai Add Math. cikgu lain tak pula dicerata'in kerana masing-masing sibuk mengepau gula-gula kahwin beraneka bentuk daripada budak-budak pelayan.
bergambar bersama pengantin. yang pempuan tu Teacher Has la..hehe

guestbook pon kami conteng dengan
formula matematik

selepas menebas berpoket2 gula-gula, kami meneruskan perjalanan ke Lumut untuk ke Pulau Pangkor berdasarkan arahan dan nasihat cikgu Ariffin. nasib baiklah beliau sudi menyaran kerana sebelum ini kami takut tidak mampu mencium tanah pangkor kerana pukul 3.30 petang masih menjilat gula-gula kahwin lagi. Leman perangai macam tahi dah tau jalan saja buat2 taktau.

akhirnya, kami sampai ke Pangkor dengan clueless seperti rusa masuk kampung. persekitaran jeti Lumut amat cantik dan meriah langsung tak ada Lumut seperti yang dimengakui oleh namanya itu.

Bewak a.k.a teletabis dengan pemandu kereta Leman

kami terjumpa booth untuk pelancong menempah hotel disatu sudut mana tah dan berdasarkan mulut abang itu, hotel dan sebarang rumah yang ada katil sudah penuh dan memang mustahil untuk pergi sana dengan perasaan yakin ada tempat tidur. Namun. berdasarkan semangat "allz is well" yang dipelajari daripada cerita 3 idiots, kami redah juga dengan plan B iaitu berkhemah secara imaginasi di tepi pantai.

maka dengan tiket RM10 kami pon menyerahkan jiwa dan raga kami kepada kapten feri terbabit. konsep perkhidmatan feri disana ialah penuh-saja-jalan. nasib baiklah sekarang waktu cuti maka sekejap saja feri dah penuh. meriah sungguh suasana hari itu.

Ca-ching dan bewak dalam versi kamera berkualiti najis

sesampai sahaja disana, kami berenam amat terkejut dengan keindahan Pulau Pangkor ini. maka dengan itu lahirlah carutan dan kata-kata kotor seperti 'nak haram sungguh lawa!' atau 'babi keparat cantik sial tempat ni!' bagi menggambarkan kekagetan masing-masing. cuma penulis sahaja yang masih selamat daripada tempias arus pemodenan dan mengucapkan syukur keatas nikmat yang dikurniakanNya kepada Malaysia tanah airku ini haha ni blog aku ofkosla aku puji diri sendiri. apapun, tempat ini memang cantik dan sesuai untuk dibuat destinasi bulan madu yang bajet untuk pasangan yang merancang untuk kahwin lari. kalau buat grand-grand nanti sengkek ekonomi isteri pertama perasan pulak kan?

sesampai sahaja di sana, masing-masing menetapkan impian untuk mencari hotel-hotel yang kosong untuk mengadakan parti liar pada malam nanti. mana boleh parti liar tepi pantai. pagi-pagi buta kabarnya air pasang nanti kalau parti tepi pantai bangun-bangun nampak dolphin pulak.
pinked van; antara pengangkutan disini
selain motor dan gerek sewa

selepas puas menghina van berwarna pink macam pondan ini, kami pon pergi menuju ke Pantai Teluk Nipah. destinasi ini sebenarnya dicadangkan oleh abang teksi progesterone ini kerana pada hematnya, pantai Teluk Nipah ialah yang paling feymes untuk backpackers macam kami. selain itu, dia sempat jugak menyelitkan humor kami akan tidur tepi pantai dengan khemah imagenari malam ini. hina sungguh pendapatnya bertambah-tambah hina lagi bila dia ialah penyokong Man United team syaiton yang direjam haha.

rombongan kami sekali lagi mengucapkan kata-kata kotor sebaik turun daripada van apabila melihat spesies burung yang dipercayai enggang sedang rilek baik punya dekat dahan pokok paling rendah sambil disuapkan roti oleh para pelancong. kali ini penulis turut terungkapkan kata-kata kotor (nauzubillahiminzalik!) kerana seumur hidupku tak pernah sekali aku lihat burung sejinak ini.
comel,manja dan langsung tak risau dirogol oleh manusia :)

selepas puas melihat gelagat burung itu, kami pon lantas pergi meneruskan pencarian hotel. terima kasih atas pengalaman Ca-ching yang sering mencandat janda di Pendang tanpa jemu, beliau dapat menemui satu bilik kosong dengan harga murah lagi tu daripada seorang perempuan yang disyaki bakal menjadi janda Ca-ching jugak lepas ni. demit pempuan tu sebenarnya aku tanya dah ada bilik kosong ke tak dia kata takda. apasal jawapannya lain pulak bila Ca-ching yang tanya. apa makan budak ni.

apapun, dengan harga RM95 semalam (sorry nama chalet aku lupa) kami bergegas naik ke bilik untuk menyalin boxer demi mandi di pantai. pehh sungguh tidak sabar rasa dihati untuk mencuba ombak Pangkor. sebelum ni asyik ombak Langkawi ja. bagi penduduk tegar Alor Setar seperti Kambing, Bewak, Leman, Perut dan Ca-ching lagi malang sebab Pantai Merdeka ombaknya tak bernafsu. kengkadang tu rasa macam perempuan kehabisan syahwat pulak.

pukul 6 tepat kami turun pantai dan one word; SUPERB. ombaknya amat besar dan bergulung namun masih selamat bagi manusia macam penulis yang tidak tahu berenang ini. kenangan yang tak mungkin aku lupakan ialah bila ombak itu melambung aku dan menghempaskan aku ke lantai pantai. serta merta rasa macam kena hawin ngan Stone Cold tapi dalam versi manja. langsung tak sakit bahkan ketagih pula. agaknya aktiviti persetubuhan buat pertama kali rasanya macam ni tak? oh ya soalan ini ditujukan untuk Ca-ching.

gambar ombak dan pantai ofkosla tak ada sapa nak ingat kat kamera lagi bila tengah asyik bersenggama dengan ombak yang best cenggini. petang tu kami mandi sampai puas dengan ombak yang agak ganas dan kadang-kadang terlebih ganas pulak.

selepas puas mandi, kami balik ke bilik, semayang maghrib bagi yang mampu dan turun semula untuk menjamah makanan di kedai makan. Omagod harga makanan disini agak mahal dan lari bajet jugaklah tentang makanan. dahla lambat siap namun kami disejukkan dengan bayu laut yang bertiup dari Selat Melaka.

selepas makan tanpa kenyang, kami berjalan disepanjang pantai. pantai ini dihiasi dengan gerai-gerai cenderahati dan cenderamata ala pasar malam namun makanan ringan amat kurang. yang banyak cuma baju dan key-chain sumpah aku xbeli. kemudian kami melepak di pantai sambil melompat-lompat seperti kera kena belacan walaupun bewak kononnya hendak memancing. semangat bawak joran turun ke pantai tapi last-last dia jugakla yang paling semangat melompat haha.
pose manja sambil memegang batang _______(isikan
tempat kosong mengikut hawa nafsu masing-masing)

aktiviti kera kena belacan

selepas penat melompat, kami melepak di gerai burger sebelum balik ke chalet untuk tidur. sayang dengan malam yang masih muda, penulis bermain bola dengan Ca-ching dan Perut.

kemudian, selepas menyedari entri kali ini amat panjang macam negro, penulis mengambil keputusan untuk berhenti. bagi sesiapa yang berminat untuk ke Pangkor maka pergilah apa tunggu lagi. Boracay island, Hawaii, Acheh mungkin terkenal di mata dunia namun Malaysia ini juga begitu indah, pergilah keluar melancong. semart tak ayat promote aku? :)

Friday, May 20, 2011

kenapa lelaki menjadi plastik depan perempuan

mungkin tajuk diatas kedengaran pelik. ada ka kes lelaki tetiba berubah menjadi plastik depan makhluk bernama perempuan dalam genus homo sapiens ini? aku juga aneh dengan tajuk ini (mustahil !!) tetapi bagi menyedapkan hati aku, aku membuat sedikit pemerhatian dan rujukan berdasarkan pengalaman terhadap fenomena lelaki plastik ini.

demit jangan tanya banyak takkan hampa suma x pernah terserempak dengan lelaki plastik depan perempuan camni? ataupun kena lalu depan cermin baru terjumpak (in other word memang hampa la jenih yang aku dok sembang ni). ada tak kawan yang dulu kemain cakap kita jangan kapel, kapel ni membawa padah terhadap persahabatan kita yang suci murni ini. tetiba esok tu air liur masih basah lagi dah angau kat perempuan sekian-sekian sehingga perempuan tu suruh kita berjoget lambok tarian kedah tua pon sanggup ikut.ikut sorang2 takpa jugak nih suma sekali kerabat keluarga sahabat dia pon kena ikut menari like shit tu..haha..atau pernah x anda berkenalan dengan lelaki yang skil bolanya kalau messi tengok pon kecut telur kata orang kedah tapi bila ada perlawanan yang dihadiri oleh awek-awek beliau menjadi seperti kantung telur yang baru nak belajar bergerak-gerak. OMG i hate this type of shid haha..kengkadang hepi jugak tengok gelagat mereka namun bila kita sekali kena tempias, for ekzempel kalau mereka xmampu bermain terer macam biasa seperti biasa dan menyebabkan satu team kalah dan tempang, mana x geram?

persoalannya bukanlah apa jenis plastik yang lelaki itu tiba-tiba berubah menjadi ini? plastik sampah? most likely..lelaki plastik depan perempuan boleh menjadi sampah secara sekelip mata tak hairanlah apapun latarbelakang lelaki itu sebelum ini. plastik kitar semula? plastik kondom? apabenda tu? kondom made from plastik ka? persoalan sebenar ialah kenapa benda ni berlaku? what is this shid happen??

1.berasa diperhatikan
setiap lelaki ada perasaan perasan macho atau dalam omputihnya 'feel macho'. untuk mendekatkan lagi example ini dengan para pembaca aku bagi contoh mudah. pagi tu kita bangun dari tidur dan pergi gosok gigi. OMG machonya aku kalau buat rambut cenggini..cengggini' terus perasaan ini terdetik dalam hati. And by the word 'terdetik' aku mean with or without any consciousness. kalau without kesedaran diri tu maknanya bukan hampa xsedarkan diri muka macam rim bas sekolah perasaan macho tapi bermaksud perasaan perasan macho itu lahir dari hormon testis yang banyak dalam badan. tahniah, anda menjadi seorang lelaki *thumbs up!

OMG aku tak menerangkan lagi tajuk ni shid! oke tenang-tenang. berasa diri diperhatikan ni memang biasa berlaku. aku pon mengaku aku ada perasaan ini lancau macamana nak buang benda buruk ni dari badan? bila disuruh membuat persembahan kita rasa mata semua orang tertumpu pada kita sahaja padahal tugas kita cumalah menjadi bunga matahari yang menggoyang kerandut di belakang haram tak penting pon. sebab tulah most human nak jadi pembuat props ketika ada apa-apa persembahan kebudayaan kerana takut diri diperhatikan.

cikgu aku once said that,'kita terapkan kat diri kita bahawa kita ni biasa saja, bukan ada superpower superhuman pon so buatlah macam orang biasa buat', amboi senangnya cikgu cakap. walaupun betul apa yang dikatakannya itu tapi maybe tu payah sikit sebab aku ni bukanlah jenis yang self-motivating macam cikgu aku tu haha. Kenny Dalglish pon pernah cakap (tiada niat nak racist bolasepak),' if you play well, we'll take you. just play for yourself, if you play good enough, theres no reason we could throw you away'. hakni dia cakap kat bebudak akademi dia dan aku amik berat apa yang dia cakap sebab ini baru betui. just be ourself ! senang ka? still susah kot..haha

2.nak mencari jodoh

ni ja yang lelaki tau. perempuan taktaula rasa camna tentang hal ni. aku ada perasan perempuan yang macam plastik depan laki sebab simptom-simptomnya fit dengan simptom sang lelaki bila menjadi plastik. apa simptomnya? ia termasuklah seperti kerap menyentuh pipi, memandang jauh kehadapan menjauhi audiens dan menggaru hidung haha teliti tak aku?tapi sebab tak tahu cerita sebenar dalam diri mereka, maka aku tak berani nak kata apa nati kena hamun.

gejala lelaki memikat perempuan ini memang gejala yang ortodoks walaupun ramai orang beranggapan sekarang ni perempuan pon boleh buat apa yang lelaki buat seperti mengajak pasangan berzina, tapi stil ada segelintir perempuan yang masih mengharapkan surat tawaran daripada pihak seberang untuk masuk ke alam penuh noda. dan mostly happen in eastern culture yang para perempuannya mementingkan keselamatan, kesopanan, kesantunan budi bahasa dan kerja sekolah siap sebelum dateline.

maka dengan itu, sebagai organisma yang sudah terbiasa dengan persekitaran urat mengurat dari jauh ini, adalah seorang atau dua yang membuat anggapan perempuan akan tertarik dengan lelaki yang menyerlah sikit. maka dari situlah lahir lelaki bajet macho. shid aku paling tensen lelaki jenis ini. ada dua jenis lelaki plastik; lelaki yang menjadi lemah gemalai depan perempuan dan lelaki yang tetiba menjadi watak apeks dalam momuniti lelaki untuk memikat perempuan. apa benda yang aku cakap nih??

okay this thing happen in animal's realm too. bila tiba musim mengawan, para bison akan berlawan sesama sendiri bagi menunjukkan kehebatan. ini naluri semulajadi dan berlaku antara bison yang berkawan baik juga. kalau dulu hubungan amat akrab sampai golongan bison yang lebih senior menuduh mereka sebagai pasangan gay, apabila tiba musim mengawan percaya atau tak kerana penangan pheromones mereka mampu berbunuhan. berbunuhan mungkin tak terjadi dalam dunia manusia secara normalnya, tapi bermusuhan ada banyak kes.
bison tengah berzina

3.terpengaruh dengan cerita korea


ciss aku point terus kat cerita korea sebab aku tak bleh tahan ngan cita tu haha..sori tapi bila difikirkan balik, most lelaki terpengaruh dengan cerita cenggini. hero kemain kena tough, sasa, puting keras, 6paxs di perut, kalau boleh nak yang tau berpedang, mengontrol tenaga dalaman di tangan ataupun mempunyai musang sembilan ekor di perut. kualiti hero yang diterapkan dalam industri filem ini telah membuatkan golongan lelaki bersangka keji bahawa perempuan akan terpikat dengan lelaki yang berkebolehan dalam semua bidang dan kalau kaya dan boleh berlagak dengan mercedes memang lagi naik saham.

tapi betul ka perempuan? aku rasa tak kot sebab bukanlah kekayaan dan kehenseman yang membantu hubungan perkahwinan perghh ayat klise daripada Dr. Rozmey tapi itulah kenyataan. mebi ada jenis perempuan yang memang aim harta dan rupa lelaki semata-mata untuk berbangga dan riak di depan sahabat girlsnya yang pakwe cuma sekadar bermuka cerpelai sahaja dan dompet pon takde apatah lagi duit.

4.membanggakan awek
ini berlaku pada pasangan kapel sahaja kerana kalau x declare sebagai kapel macamana yang perempuan nak berbangga dengan girls2 yang lain bahawa yang skor gol tadi tu pakwe dia? hal ini berlaku dalam pengalaman sebenar penulis bersama rakan-rakannya di sekolah menengah tempohari semasa dalam aktivit bola tuju, bola baling tah apabenda tah namanya.

let say ada seorang lelaki ini bernama Iss (bukan nama sebenar) sedang menganggotai perlawanan bola _____(isikan tempat kosong mengikut hawa nafsu masing2). ditepi pitch ada golongan awek-awek yang sibuk bersembang dan bergosip haram tak tengok game pon tapi itu tak kisah kerana Iss tau dalam golongan-golongan yang tak tengok game itu ada seorang perempuan yang duk usya dia ja dari awai wisel tiup sampai habis perlawanan. perempuan tu ofkosla awek dia mana ada manusia lain nak usya lelaki serapat itu haha. maka dengan naluri 'aku akan tunjukkan kejantanan aku didepan awek' maka Iss (bukan nama sebenar) pon bermain macam hero pasukan padahal tuju bola haram xkena pon. tak apa, yang penting gaya dan rupa. kebetulan hari itu hujan renyai-renyai membuatkan rambut Iss(bukan nama sebenar) yang sebelum ini afro macam ahli Alleycats kegemaran menjadi lurus dan basah-basah seksi sehingga sekali pandang seperti melihat kelibat Beckham sedang bermain hujan. ketika brek pon dibuat slow-motion bagi menampakkan efek air menitis keluar dari rambutnya dan menunjukkan 'reymoih' yang macho. 'reymoih' tu ayat kedah maybe kalau bahasa bakunya mungkin jambul atau rambut lebihan kat depan kepala. lelaki yang ada reymoih ni kebanyakannya ialah lelaki yang dalam usaha mencari awek pertama atau kedua dan seterusnya. bagi kes Iss(bukan nama sebenar) pula, menyimpan reymoih ialah bagi menyamai rambut Torres kegemarannya (sekarang xgemar lagi..fucking judas).


pendek kata, walaupon kalah di peringkat suku akhir, niat Iss(bukan nama sebenar) menghiburkan aweknya tercapai kerana selepas perlawanan beliau mendapat mesej ' i love you very much! >_<' daripada aweknya itu membuatkan beliau demam sehari. oke, mungkin demam kerana main hujan. selepas itu mesti aweknya akan berbangga-bangga dan beriak-riak atas kemachoan dan kegantengan teman lelakinya itu uhh manisnya hubungan cinta zaman sekolah!

see the point? i can't. demmit.


Tuesday, May 17, 2011

kenangan manis sekolah menengah

aku menunggu mesej daripada seseorang..penat aku tunggu..pergaduhan memang biasa antara kami tapi kali ini entah kenapa berlarutan lama..aku anggap ini pergaduhan besar..sudah lama henponku tidak kejang kerana menerima mesej2 cinta daripadanya..


satu-satunya cara aku nak menghilangkan rindu ialah dengan berangan apa yang nak buat kat pangkor nanti. Aku masih belum rancang nak buat apa tapi yang pasti aku nak mencandat sotong for the first time sebab sumur hidupku ini masih belum pernah pegang candat apatah lagi mencandat..(mungkin pernah tapi sebab tak tahu macamana rupa candat yang sebenarnya so aku anggap tak pernah pegang tapi yang pasti mencandat aku belum pernah)..apa yang aku tau ialah sotong tertarik dengan cahaya lampu yang besar kecerahannya maka aku kena bawak toslaik nanti..aku pon mula berangan membeli toslaik di pangkor walaupun x ada banyak duit..heh..

berdoalah kalian agar aku tak dapat sotong ini nanti

before that pesanan kepada arep nati kita pi mencandat sotong noh..depa kata musim yang sesuai ialah antara may-september..tak payah usya kalendar pon tau 6jun nati berada diantara may dan disember..lucky! :)

sedang aku berangan, tetiba henpon aku kejang..brrr, brrr..

'ahh..si dia !!' getus hati kecilku...ayat aku karang khas macam dalam novel cinta.

lepas aku bukak inbox mesej tu, hati aku berasa sungguh sakit dan pedih ibarat dikorek2 lubang sampaikan aku rasa kalau iman aku kurang sikit daripada time kejadian memang aku nak pergi hamun Howard Webb kenapa bagi penalti masa game Liverpool vs Spurs aritu padahal jelas-jelas kaki beliau jatuh dari luar kotak penalti bodoh punya botak. Berbalik pada cerita utama aku..

bukanlah mesej yang aku tunggu-tunggu yang masuk..tapi sebaliknya ialah mesej..

'..anda bosan? ingin melihat gambar hangat saya berbikini dalam bilik? hantarkan ON bla bla bla aku pon dah lupa'

the point is, ketika mendapat mesej tu aku langsung tak terasa ghairah nak balas ON BETIK atau ON PUTING kemana-mana nombor sebaliknya aku teringat satu peristiwa, fenomena yang ada kaitan dengan benda mesej ni..kenangan manis kat middle-school aku dulu..haha

ceritanya bermula cenggini...jeng jeng jeng

sebelum ni aku bersekolah menengah kat MRSM Pendang, kedah. Kedah kat mana toksah dok tanya sebab ''u haven't seen MRSM till you've seen Pendang''


berbalik kepada kenangan aku.... pada ketika aku tingkatan 5, time dah mencapai fasa ultimate-powerfull-super senior suruh junior panggil aku Fernando Torres pon depa akur haha..time tu aku berada sebilik dengan rumet aku yang bernama Meor, ferum 2 oxide dan ba sumanya ialah nama panggilan dan aku dah linkkan untuk sapa2 yang berminat untuk berkenalan dengan mereka maka kliklah pada nama manja masing-masing. berkenalan dengan mereka ini amat menarik namun kepada yang bawah umur sila berjaga-jaga dan pastikan diawasi oleh penjaga masing-masing ketika berchatting dengan mereka kerana kebolehan mereka berubah menjadi penjenayah saiber amatlah pantas.

sebelum tu, sapa yang dah klik pada nama mereka angkat tangan! nampak apa?kahkah..oke aku saja paham lawak ni

berbalik kepada ceritera aku...

pada ketika itu, gejala indiket menghantar mesej-mesej gairah gatal konon aku perempuan yang tak boleh pakai baju dalam tapi sebenarnya hanyalah bertujuan untuk menyesatkan golongan kurang iman semata-mata amatlah berleluasa. sehinggakan abang kacak meor seringkali geram kerana tidak boleh konsentret main game ular dalam henphone N3310-nya itu (yang rekod kali terakhir aku tahu ialah 3000++ kot) kerana gangguan mesej2 itu..

baidewei, skarang dah berapa high-skor hang meor?

aku harap aku selesai menyatakan intro kenangan aku kerana intro ini amatlah diperlukan untuk menceritakan kenaangan bermakna ini.

peristiwa berlaku ketika aku sedang berehat-rehat di kantor ku sambil melukis periodic table of element di dinding bilik bagi tujuan pengayaan ilmu..tetiba henset aku kejang kerana menerima mesej daripada sapa aku tak tahu..kerana hari itu ialah sabtu petang pukul 3.30 maka mustahil mesej daripada mata air kerana selalunya sekarang mamanya datang membawa laksa kegemaran mana ada masa nak hantar mesej kat aku..

'anda gersang? inginkan keseronokan? ingin melihat video Ilyas(bukan nama sebenar) berbikini di tengah gurun? jika ya sila balas YES ke nombor ini' this is shid!

hahaha..sumpah aku gelak kuat time ni..ilyas(bukan nama sebenar) for your information ialah seorang member aku yang digelar penari padang pasir atau pornstar arab kerana saat-saat manis ketika beliau mandi telah dirakam oleh pranker yang amat bernafsu tak baik. itu belum cerita hal ketika beliau didenda kantoi prep petang dengan hanya sehelai tuala menutupi kerandut beliau kahkah minta maaf ilyas(bukan nama sebenar).


namun begitu, walaupun ditimpa malang berganda tentang kehidupan seksualnya, ilyas(bukan nama sebenar) ialah seorang pemuda kacak yang metroseksual rambut cacak macam albert enstein dan spek bergaya jenama crocodile kalau nak berkenalan pergilah ke fesbuknya..dagunya pula amat mancung sehingga kami secara berjemaah mengesyaki beliau berdarah kacukan Mesir Purba if you know what i mean..

notice the 'dagu-mancung' gene


untuk tujuan prank, menganjing, melepas boring, meng'apply' penumbuk manja dari si mangsa ilyas habibi(bukan nama sebenar), si abang kacak meor mengambil henpon aku tanpa aku perasan, menukar namanya dalam phonebook aku dengan nama '08334' iaitu nombor penghantar mesej kurang senonoh tadi. ini untuk menimbulkan suasana 'real' seperti aku betul-betul mendapat mesej ghairah Mohd Ilyas(bukan nama sebenar) itu daripada syarikat-syarikat berdaftar.

kalau tak buat macamni nanti timbul perkataan 'you have received a text message from meorjongos' pulak.. aku mengaku pada awalnya aku memang rasa macam dapat mesej yang suci murni tanpa niat mengenakan sahabat handai kerana nombor 08334 itu tapi selepas melihat meor yang melepak tepi katil aku ketawa shishishishihsihsishi maka aku tahulah ini kerja beliau. musnah harapan aku nak lihat video kuning sahabat aku haha.


selepas itu, prank jenis ini mula tersebar dan meriah dengan pelbagai inovasi nakal sahabat-sahabat bermangsakan mangsa yang lain pula seperti tupai, kondom, pisang dan bawang namun semuanya masih berkonsepkan tema yang sama. prank gosipped-gay bersenggama pon ada nauzubillahiminzalik. istilah gosipped-gay tu betul tak?

apapun, itulah kenangan aku tentang mesej ghairah yang berkonsepkan surat layang ini. kekurangan sendiket ini ialah mereka tak tahu henpon aku ni jenis petak-petak kelabu-hitam-kalau-save-blue-pon-nampak-nombor-69-sahaja..tunggulah aku beli henphone lebih canggih baru hantar tapi kalau aku dah kawin time tu konsider ja dah terlambat hahhah :)












Saturday, May 14, 2011

8 perkara mengenai Batu Pahat, Johor

Batu Pahat adalah sebuah daerah di negara bahagian Johor, Malaysia. Ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, barat laut Pontian dan selatan Segamat dan kabupaten Ledang baru. Ibu kota kabupaten adalah Penggaram Bandar, Batu Pahat.Batu Pahat terletak pada posisi 1 ° 51'N 102 ° 56'E. Ini adalah 239 km dari Kuala Lumpur. bandar yang terdekat berikutnya adalah Muar yang 50 km barat laut dari Batu Pahat. Bandar Kluang terletak sekitar 52 km ke timur laut. Johor Baru terletak kira-kira 70 hingga 100 km ke arah selatan timur bandar. Daerah itu sendiri bersempadan dengan Kabupaten Segamat dan Ledang ke utara, Kluang ke timur, Muar ke barat dan bersempadan di sebelah tenggara dengan daerah Pontian. Pantai Selat Melaka terletak di selatan.

begitulah intro aku yang ditranslet oleh gugel transleter dari page Wikipedia/batu pahat. terdapat perkataan kabuputen yang aku syak ialah mewakili kata 'daerah'.

aku baru sampai di kota ini lebih kurang setahun yang lepas dan terdetik seketika untuk mengutarakan ciri2 pekan ini. tak kenal maka tak cinta dan bagi aku setahun ialah tempoh pengenalan yang boleh tahan lama tahu tak. so, aku menakrifkan diri aku sebagai seorang yang dah kenal batu pahat serba sedikit. ayuh berkenalan dengan kota selatan ini mengikut perspektif sang aku.


1.Kilang perindustrian

Kilang di batu pahat memang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. sebab tulah aku letak dia nombor satu dalam list ni. Masalahnya kilang2 ini akan mmbuat satu bunyi bising gilakhinzir tatkala malam hari. Kengkadang aku kesian kat kawan aku, si loserhead Ginab y apabila beliau baru saja nk mengalami saat ejakulasi pramatang terima kasih kepada model manis Elly, tetapi terpaksa mmbatalkan hasratnya itu selepas terkejut mendengar irama kurang harmoni itu.

Selain mengganggu keharmonian aktiviti sang arnab itu, ia juga kengkadang mengganggu aktiviti murni aku tatkala bangun malam gara-gara nafsu membuak untuk study. Pehh berintegritinya diri aku.

Di kesempatan ini aku nak bertanya kepada siapa2 y bertanggungjawab meletakkan maktab aku ni betul2 ditengah kawasan kilang?

Apasal kau buat macam tu hah? Dahla secara geografinya nampak macam maktab aku ni dirogol bergilir2 oleh anakonda jantan ( imagine maktab aku ialah anakonda betina)..pastu dengan bunyi bising dan bau tengik, memang membunuh aku punya nafsu study. Dahla aku kena deal dengan bau stokin rumet aku lagi..haha..

??


2.Jalanraya ke3 paling maut di malaysia

Fakta ini ialah dari mulut warden2 aku yang amat budiman dan kerana itu, moleklah kiranya aku gambarkan mereka sebagai walrus dan penjaga piramid Anubis. Mereka ini amat dedikasi dan bertoleransi serta bertanggungjawab ( nampak sangat ayat bodek selepas mengeji..haha).

Aku takkan leka menyatakan apa yang mereka katakan tentang jalanraya di depan maktab aku ni..yang menghubungkan sini dan pekan batu pahat amat berbahaya. Kereta berderau seperti Maikel Sumaker layaknya, menekan pedal minyak seperti dia sorang aja ada dalam kereta itu, padahal ada lagi istri2 tersayang kat belakang tu. Konon nak menunjuk kat istri kekuatan batin dialah tu. Tolonglah aku nak pergi kedai Mak Jah di seberang pun rasa macam nak pergi liang lahad.


3.Bau tahi p***t

sebenarnya bau ni kena letak dibawah list nmber 1.kilang di atas kerana lazimnya bau tahi ini datangnya dari kilang2 itulah. entah apa yang kilang2 tu proses di dalamnya sampai mengeluarkan bau busuk nak arwah. hal ini amat membahayakan aku tatkala lalu di depan kilang terbabit dengan motor pinjam dari senior, terpaksa bau benda hamis camtu. malang gila kalau aku eksiden lantas jatuh terhumban berpelukandengan jalanraya. udahla motor xda roktek (bukan moto saya kerajaan, moto pinjam dari senior..saya baik, bayar roktek selalu:) )


4.Org minyak

siriesly, sekadar gambar hiasan

ini kes terbaru dari kes lama. dulu orang mencuri xperasan sangat. sekarang ni, apabila polis masih gemar kena kencing dengan golongan pencuri ini gara2 selalu gagal dalam setiap operasi walaupon membuat rondaan selalu, maka timbullah ura2 mengatakan pencuri ini mengamalkan aktiviti merogol 40 anak dara sunti, iaitu untuk mengkomplitkan ilmu menjadi orang minyak. aku malas nak explen lebih kerana topik ini mempunyai perkataan 'minyak' yang amat sensitif baik dalam dunia politik mahupun dunia despatch.

bagaimanapun, orang minyak di batu pahat ialah dari spesies yang dah lulus dalam ujian itu dan sekarang sudah beredar ke market, mencuri dan meloloskan diri dari polis seolah2 meloloskan diri dari polis ialah hobinya yang paling digemari.

tapi sebelum itu,,pesanan untuk orang minyak terbabit

pehh..skang ni dahla susah nak cari dara..kau balun sampai 40 kau tak tinggal kat aku sorang ka?


5.Laksa penang ‘failed version’

makanan ada banyak jenis. dalam banyak2 itu ada makanan yang diberi nama laksa. konsep dia macam mee yang dimakan bersama kuah laksa. kuah laksa tu pulak ada banyak jenis dan berbeza melalui nilai artistiknya yakni proses atau cara membuatnya. dari jenis inilah laksa dikelaskan dengan nama2 tertentu. ada laksa kuah lemak, laksa gelam, laksa kuala kedah dan laksa penang. pehh intro macam laksa tu makanan nadir pulak. adalah dikatakan laksa itu makanan feveret perempuan2 asli kedah tua !!

disebalik ke'gah'an nama dan makanan itu, terdapat juga kekurangan dan kalau orang kedah kata ke'slack'an dalam industri membuat laksa di batu pahat. laksa buatan batu pahat, memang epik (aku xtau samada suma pekedai laksa berkongsi resepi fail y sama tapi dari dua kedai yang aku beli, kedua2nya fail). kuahnya mengandungi paras uranium dan ensteinium (aku sebat ja ni) yang tinggi dan bila makan, bahan kimia itu akan merebak ke badan dan menyebabkan air peluh dan air mazi berbau asam gelugur rebus. asam gelugur memang berfungsi sebagai penyedap makanan tapi bau dia amatlah terbabas dari bau2 minyak wangi.

entah kenapa aku snap gambar ni..cari2 dalam archive ada pulak..sedap sikit aku hamun..haha

udahla menganiaya sistem biologi badan, namanya juga diletakkan sebagai 'Laksa Penang'..kau masak macam Abu Jahal kau mengaku laksa penang. fail.


6.Mee racun

the so called mee-racun (samun dari blog mana tah, credit)

enough with the hamun dan kejian aku, mari masuk ke dunia indah pula. hari ini aku memperkenalkan satu makanan unik dari Batu Pahat yang bergelar Mee Racun. mee racun ialah makanan seiras mee kuah dari Kedah tapi mengandungi bahan kimia Capsaicin yang tinggi dan apabila dimakan menimbulkan 'burning sensation' yang dikatakan oleh golongan rakyat batu pahat sebagai 'poisoned sensation'. menjelaskan namanya Mee Racun.

berdasarkan tahap kepedasan yang disamakan dengan possesi keracunan makanan, aku mengagak dalam pinggan ini mengandungi kandungan cabai yang banyak tak hengat dan itulah jawapan kepada soalan Khairul rumet aku..'kenapa benda ni pedas gilababi hah?? (sambil menangis2 kepedasan..kesian orang kelantan yang baham benda manis saja seumur hidupnya)


7.Skirt pendek

Batu Pahat majoriti penduduknya ialah berambut lurus, bermuka putih dan berdarah Cina.nak aku cerita lebih lagi? pervert. selain itu terdapat juga minah2 vietnam yang bekerja di kilang2 yang juga suka pakai seksi seksa tapi masih gagal menggerakkan ekor depan lelaki (kecuali rumet aku) kerana mukanya jauh berbeza dari muka Elly. tapi apa bezanya hah? genetik sama juga dari King Chulalongkorn Pompram (sebat jugak).. entahlah. yang pasti skirt mereka itu hanyalah serendah 1-2 mikrometer.

Baidewei,, awek melayu batu pahat memang off the list . maaf


8.Suasana oversea

perjalanan aku untuk membeli buku pelajaran di Popular ialah macam ni.

dalam bas aku duduk di sebelah lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok..selepas aku turun, aku singgah kr ATM berdekatan untuk mengeluarkan duit. cucuk kad,keluar mani (typo). disitu aku menunggu sekumpulan lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok yang masih tidak faham bagaimana mesin itu berfungsi. taksub maybe. selepas seorang daripada lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok itu selesai kagum dengan mesin itu yang tidak henti2 mengeluarkan duit, datang seorang lagi lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok berbekalkan muka tidak bersalah kerana potong queue aku..shit PTI. serta merta aku tuduh dia PTI tanpa tangguh lagi. selepas selesai menunggu, aku pergi makan di kedai makan. dimeja sebelah aku terdapat sekumpulan lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok sedang mengerumuni henpon sahabatnya..taksub lagi mebi. selepas otak aku hampir kejang kerana mata aku amat rajin menghantar imej lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok, aku bergegas ke popular, membeli buku itu cabut kendian balik daripada ekosistem yang penuh dengan lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok.

malam itu aku tidur bermimpikan lelaki berkumis, muka iras bambang pemangkas dan bergaya lelaki lambok.

waddashid is this shid?? !

jejaka oversea (sekadar gambar hiasan)

Tuesday, May 10, 2011

liverpool: just enjoying our football's world

Sudah 2 malam berlalu selepas game bersejarah untuk carragher ini berlaku maka dengan itu xperlulah aku menerangkn lagi kenapa kputusannya terjadi sedemikian rupa. Haha

The 666th appearance; Carragher

Man of the match bagi game ini secara luarbiasanya jatuh kepada suarez kerana kegilaannya walaupon most of the goals dijaringkan oleh Maxi dengan hatrik keduanya daripada tiga perlawanan. Ternyata Maxi amat tahu dengan tepat alamat pintu gol sehingga bola amat rajin mencium jaring apabila ditendang olehnya.

Secara overall aku amat mahu menangis dengan keindahan Liverpool. Kerana dlm game terbabit, kmera sempat ter’snap’ gerak geri suarez yang bergurau dengan Meireles y sebelum itu gagal mnanduk bola. Gurauan itu kendian diikuti senyuman dari kedua pemain itu. Selain itu, Lucas juga kelihatan seperti bermain-main dikala waktu petang di laman belakang rumah kerana apabila miss shot, beliau mnjelirkan lidah tanpa membuat muka PMS y lazimnya pmain EPL lain buat bila miss shot atau miss past. Sumpah aku jarang tngok fenomena ini dalam EPL y amat tense dan mendera batin ini. Kenyataan bhw pemain2 enjoy their football dan fans enjoy our watch amat mengingatkan aku ttg the legendary Boot Room. Wlaupon aku xwujud time zman kgemilangn Boot Room itu, aku tahu konsep dan kelegendariannya.

Liverpool kini dah bersatu dan ini amat mnggembirakan aku. Mereka berkata dlm hubungan emosi, pergaduhan dan nasib malang ialah punca kita berpisah, tapi jika kita berjaya overcome halangan itu, kita akan mnjadi lebih rapat. Dan itulah y terjadi dgn liverpool. Bermula dgn tngga ke-19 liga dan sekarang kita masih berpeluang untuk mnggugat the top 4. Xcukup dgn jumlah nombor y banyak dalam liga, kita diduga dgn kehadiran manager y hnya ‘bermain untuk tidak mahu kalah’ which is definitely not our way. Kita dihina oleh owner sendiri dgn melabel peminat ialah pncemaran bunyi dan kendian, hero pujaan, anak emas kita mengkhianat selepas bebrapa mnggu menggesa kita untuk terus bersatu d bawah Liverpool. Dalam tempoh itu, penghinaan dri fans kelab lain toksah kiralah..memang mendera jiwa.

the king

Sumanya berubah dan King Kenny ialah ‘revolutioner’nya. Thanks to him, kita masih berada pada taraf kualiti y kita berhak berada walaupun tnpa kejayaan untuk mmbuktikannya.

Kedatangan Suarez banyak membantu kebangkitan Liverpool

Kita masih Liverpool y digeruni dan sama di mata semua peminat bolasepak walaupun kita bakal kehilangan status juara EPL y digeruni. Kita mngkin hilang status tersebut, tpi kita menang semula keyakinan dan kemahsyukan bermain bolasepak.

Dlam lagu keluarga Liverpool, ada lirik

“Dont afraid of the dark, coz at the end of the storm, there’s a golden sky”

Yes! definitely, there’s the golden sky at the end.

Sunday, May 8, 2011

mode detektif: siapakah yang menopap celcom aku?

aku baru mendapat nyawa sejumlah RM5 tadi dengan secara tiba-tiba. demi untuk mengelakkan gejala khurafat dan tuduhan membabi-buta, mari kita bermain permainan detektif. persoalannya, siapakah yang menopap aku tadi?

suspek pertama: kawan aku beruk..ehh..maksud aku Arep

the reason aku jadikan beliau suspek utama ialah beliau dan aku ialah kawan y jenis menopap satu sama lain jika masa terdesak kerana menganggap masing2 ialah santa klaus dan cupid yang perlu membantu kanak-kanak malang tiada nyawa kerana apabila tiada kredit, maka akan bergaduh dengan awek. jadi, bagi mengelakkan salah seorang dari kami singgel sementara seorang lagi leka berzina secara maya, kami pun mengamalkan kehidupan saling menopap.

suspektion ini dibantu dengan semalam aku kol dia sampai habeh kredit bagi menceritakan keboringan kerana aku PMS dengan awek. tambah2 lagi, lima minit sebelum aku mendapat topap ini, beliau mengatakan mahu mandi dan pergi topap kerana diri telah hampir kehabisan nyawa tinggal hanya sebanyak 0.73sen seingat aku.

maka lojiklah dia menjadi suspek pertama.

suspek kedua: rumet aku Khairul

beliau ialah suspek utama kejadian topap kerana minggu lepas aku suruh dia topap RM3 tapi kedai yang dia p itu kehabisan ked RM3 maka dia menopap aku RM5 kerana dia rasa time tu aku memang terdesak tiada nyawa. tapi malangnya kredit itu tidak masuk maka RM5 aku burned begitu sahaja. aku sedih manakala beliau rasa bersalah maka aku dapat menapau RM1 daripadanya serta-merta. amin.

teori aku ialah topap y dia beli minggu lepas masuk pada minggu ini atas dasar pakcik kedai itu mengamalkan dasar kerja 'tangguhkan kerja hari ni kepada 7hari kemudian' dengan gigih dan tekun.

suspek ketiga: si bodoh
kerana mungkin tersilap menulis numbor, maka duitnya itu terbang ke sim kad aku. namun teori ini tidak kuat kerana posibilitinya sedikit. tapi masih boleh berlaku. jangan risau, aku juga pernah mengalami masalah yang sama tapi tidaklah sampai seperti Syed kawan aku lagi sorang yang selepas mengalami masalah silap tulis nombor sendiri di dalam buku topap itu, beliau pergi semula ke kedai itu untuk mengambil numbor y terhasil daripada kecuaian sendiri dan menaip mesej 'woi bagi balik duit aku!'

luckily aku tak dapat mesej mcm tu selepas RM5 ini sampai maka aku xsaspek Syed yang menopap aku.haha..

7 jenis pelanggan yang waiters patut benci

entri ini didekasikan khas kepada sahabat penulis y bernama arep, manusia bermuka adam johnson tpi berperangai loyar beruk dan kepada sesiapa sahaja y bercita2 untuk menjadikan diri sendiri sebagai pelayan restauran yang berdedikasi samada sebagai part-timer atau sepenuh masa.

bercerita mengenai beruk itu, beliau pada mulanya ingin menjadi seorang cashier di sebuah klinik namun atas dasar rambut panjang melebihi paras bahaya, permohonan beliau ditertawakan. apatah lagi beliau tidak mempunyai vagina seperti yang diingini oleh pemilik klinik terbabit. Mengenangkan cerita hero cerita korea yang gigih ditertawakan dalam usaha mencari kerja, beliau meneruskan usaha ke kedai Digi pulak (penulis lupa apa nama kedai itu tapi kedai itu ada patern2 mcm nilah; mnjual dan mnyediakan perkhidmatan kmunikasi). Namun sekali lagi beliau dihina dan dikeji kerana gagal lahir dengan satu set payudara di dada. rasist!

akhirnya beliau akur dengan takdir dan mula menerima kerja pelayan restauran dengan berhemah. sebagai seorang udang yang berpengalaman dalam industri makanan dan minuman ini, penulis ingin menyampaikan sedikit amaran kepada bakal pelayan restauran ini untuk menjauhi pelanggan-pelanggan yang berpotensi mengurangkan gaji rm20+ yang akan diperoleh secara halal setiap hari. meaning bila depa mai ofis kita, cepat2 berlakon nk buang tahi dan berikan pen serta kertas kepada rakan setugas kita. zass!!

1. jenis berlagak anak tokey balak
pelanggan jenis ini juga diklasifikasikan sebagai jenis berlagak kaya dan berimpian macam telah membayar makanan dan duit perkhidmatan. impian macam ni kadang2 hadir apabila mereka selalu makan di hotel dan tetiba gaji kena potong atau balak-balak mereka habis ditebuk tupai, maka terpaksa makan di tempat y murah. namun, walaupun mereka datang dengan meninggalkan kad kredit di rumah, mereka tidak meninggalkan pula perangai berlagak kaya itu. maka banyaklah y disuruhnya mereka. seperti mengambil tisu, sos, menempah makanan d kedai lain, mengelap meja dengan warranti pasti bersih selama setahun,mencukur misai, mencuci punggung dan macam2 lagi.

2.datang secara berkumpulan
manusia ialah makhluk sosial. mereka mampu menunjukkan imej sebenar apabila datang bersama kawan dalam jumlah yang besar seperti pengundi hantu. kuantiti membuatkan mereka lupa daratan dan pelayan yang sedang tercangak dihujung meja ingin menunggu order. dalam sekumpulan orang itu, terutamanya kumpulan remaja, hanya beberapa orang (2 orang berdasarkan pengalaman penulis) sahaja yang menumpukan perhatian kepada pelayan manakala yang lain sibuk menceritakan hal2 lain. sudahlah ramai, lepas tu asyik menukar minuman pulak. lebih pedih bila kita tanya 'nak makan apa abang?', dia balas 'nak makan apa ek?' kat kita balik. aik, aku ka yang nk minum? pelanggan jenis ini aku berikan A dalam subjek menyusahkan orang. maka bila mereka datang, wajiblah kita berlari pura2 sembahyang di surau belakang

3.menerima pesanan banyak dan berlagak ingat semua
aku ada kenangan pahit mengenai pelanggan berciri mcam ni maka aku xmau terangkan..semua penerangan terdapat pada komik strip di bawah..

4.jenis tak tahu nama makanan yang nak dimakan
'dik..akak nak air teh..tambah limau sikit ja..tapi tak mau susu..pastu buh air suam..jangan letak ais..gula sikit-sikit aje..buh dalam cawan kecil tau..'


itu air teh '0' limau suam kurang manis la b***h

5.berlagak pengkritik makanan
hakni memang pelanggan yang menyusahkan. penulis dulu bekerja di warung makanan di pinggir kota Alor Setar dan pelanggan jenis ini memang ramai terutamanya warga tua yang veteran dalam bidang melepak di warung kopi sambil menghina kerajaan. minuman yang selalu mendapat kritikan ialah teh tarik. Piau, masin, cayaq, ceroi semuanya itu ialah istilah yang digunakan dalam mengkritik teh tarik buatan si pembuat air. si pembuat air selamat, aku pulak yang kena kritik. kalau kritikan membangun takpala jugak. ni kritikan menghina seperti 'aku kalau makan ayaq camni berak cayaq jugakla' atau 'teh taghik cayaq macam nih ayaq prit aku lagi sedap..kahakkahahkahak!' gelak tawa warga-warga tua pon bersahut-sahutan.

waddehetch?

6.pelanggan was-was
mula-mula mintak nasi goreng pataya, pastu ubah nasik goreng biasa, kemudian ubah nasik goreng luar biasa...x cukup dengan itu, bila aku sedang lap meja kosong, dia panggil aku..'dik, nasik terakhir yang akak pesan dah buat ke? kalau belum akak nak tukar ke mee hailam..ehehe..'

p***i hang!

7. pelanggan seksi nampak lurah dendam
macamana nak bekerja dan ingat pesanan kalau Elly Tran datang duduk baik punya kat meja makan? hah??

kau pernah??!




Followers