Friday, September 30, 2011

wajah wajah superhero obes

aku sedang membaca wikipedia secara membuta tuli. lalu terlintas kat page obesiti. oke tipu sebenarnya aku hanya duduk melamun kat atas katil sambil membayangkan diri ialah superman.

kenapa?

sebab terima kasih kepada ginab yang memperkenalkan semula cita dragon ball kat aku. lama giler tak tengok citer tu bak ang. last time tengok mungkin darjah 5 dulu2. tahun dah lupa sory ya. ingat lagi aku dulu-dulu kemain terkinja kinja bila sampai hari sabtu pagi. dan pagi esoknya ahad, terasa macam nak ponteng kelas atau nak pindah keluar dari kedah sebab kelas terbelaga dengan masa tayangan cita tu.

tapi tadi lepas tengok balik cita dragon ball terbabit, pehh malunya aku kat aku yang budak-budak dulu.cita tak waras camtu pun minat. bergaduh kali pertama sure kalah, pastu berlatih serba sikit then bila lawan balik;menang. kalau takpun kalah game first, mintak power skit kat member-member then,seperti mndapat cheat code, son goku bangun lantas dengan senang ja tumbuk perut penjahat sampai hancur. jabai pa camtu. emo aku tengok.nnggh

berbalik kepada cita asal, selepas membayangkan aku leh produce power sekret kat tangan macam gelombang kamehame, secara tiba-tiba imajinasi nakal aku terkeluar. heyhey apa lagi yang akan keluar dari minda seorang lelaki yang sedang melamun atas katil kalau bukan imajinasi nakal?hah?

tapi imajinasi nakal aku ni bukan berorientasikan perkara lucah sebaliknya terbayang macamana kalau ginab yang jadi superhero tu. lalu terpacul idea superhero obes.

well, superhero juga manusia, or at least..dicipta oleh manusia. then sebagai seorang manusia mesti kena menghadapi masalah yang lazim manusia hadapi seperti selalu kalah bila main game, slalu gagal mendapat jodoh atau berdasarkan tajuk ni; selalu makan tak kira masa sampai perut dah boleh jadi tempat letak gitar.

tapi, macamana eh superhero obes?

1.SUPERMAN



2. BATMAN


3. SPIDERMAN


4.THE GREEN LANTERN


5. ULTRAMAN (my favourite childhood hero)

Monday, September 26, 2011

Imegenary friend dan anda

Imaginary friends ialah kawan imaginasi. Sepereti biasa, saya akan meminta bantuan encik Wikipedia untuk menerangkan lebih lanjut tentang imagenary friend ini.

'Kawan-kawan khayalan dan sahabat khayalan adalah satu fenomena psikologi dan sosial di mana persahabatan atau hubungan interpersonal yang lain mengambil tempat dalam imaginasi dan bukannya realiti fizikal luaran'

-dipetik dari wikipedia dan dialih bahasa secara cincai oleh google translate.

Berdasarkan pemahaman yang spontan melalui pembacaan dari laman wikipedia terbabit, kita dapat menganggap bahawa kehadiran imaginary friends ini ialah amat normal terhadap kanak-kanak.

Banyak jugak kepentingan imaginary friend terhadap kanak-kanak seperti bertindak sebagai kawan atau mentor. Untuk yang dewasa ada jugak tapi mungkin sebagai partner untuk aktiviti yang lebih nakal. huh?.

Aku jugak ada imaginary friend tapi tu dulu semasa zaman kanak-kanak. Dulu dulu pon aku masih ingat lagi karekter dan karekteristik mereka. 'mereka'? Yes indeed..kawan imaginasi yang aku selalu lepak-lepak dulu ada tiga orang..namun ia tak bermakna aku sukakan gangbang. ??!

Mereka berkata, sikap dan imagination yang kita bayangkan bersama imaginary friend itu ialah menggambarkan situasi psikologi kita pada ketika itu. Seseorang yang masih ada imaginary friend walaupun akar bulu ketiak dah tumbuh atau lebih tepat lagi, berumur atas 4 tahun dijangka mendapati masalah dengan keadaan psikologi mereka. Namun itu hanyalah jangkaan, kerana kengkawan imaginary friend aku masih ada ketika aku darjah 5 sekolah rendah walaupun masih xda akar bulu ketiak but still, aku okay ja. Tak layan laman web gay time orang lain riadah. huhhuh?!.
Berdasarkan fitnah dan imaginasi aku, sifat dan perwatakan kawan imaginasi mencerminkan peribadi imagionist itu sendiri. Eh. macam ayat kat perenggan atas. Badewei, imagionist ialah loghat kedah so jangan sesekali guna dalam karangan sekolah.

Pendek kata, apakah jenis imaginary friend yang biasa kita ada? Kenalpasti imaginary friend anda dalam senarai ini dan renung-renungkan.

1.Jenis bossy
Watak imaginasi jenis ini menampilkan seorang manusia atau watak bebas seperti teletubbies atau beruang yang berperangai suka mengarah. Biasanya muncul apabila seseorang itu berada tertekan dan takut melakukan sesuatu. Maka muncullah bayangan di minda yang menghamun dan mencerca kita agar menjadi lebih kuat. Jika pendekatan yang dia lakukan ialah amat berkesan, maka kita memang ialah jenis orang yang kena marah dahulu baru nak buat kerja. Luckily aku tiada kawan imaginasi jenis ini. yesyes!

2.Seksi
untuk mengelakkan dosa besar sebab mengedar gambar seksi, pelukis mengalih perhatian pemerhati
dengan meletakkan taik hidung sendiri di dalam lukisannya (rujuk anak panah). taik hidung real tu! 100% barangan asli


Watak jenis ini selalunya membabitkan golongan berhormon lebih dari kadar yang sepatutnya dan sentiasa horny 4jam.20jam lagi tak horny kerana sedang meraba Ginab atau melihat koleksi gambar seksi Ilyas Habibi. Walaupun masa 4jam tidak digunakan untuk meraba, imaginasi yang membabitkan watak seksi akan muncul diminda dan apabila keadaan itu berlaku, maka berlakulah senaman-senaman nakal. Imaginasi jenis ini biasanya ada dekat orang dewasa dan kalau anda masih budak-budak ketika mempunyai gejala ini, syabas diucapkan.

3.Friendly
Kawan imaginasi yang friendly mencerminkan peribadi imagionist yang sukakan suasana riang ria dan harmoni. Tapi, hati-hati kerana kalau terlalu friendly ia akan bermakna imagionist itu jenis yang tidak tahu nak buat kawan yang real di dunia real. Tapi okelah jugak tu daripada bila tak tau nak buat kawan di dunia real, dia pergi bukak laman web gay time lepak sorang-sorang pulak.huhhuh?!


4.Berkuasa supernatural
Ini ialah komon atau common di dunia kanak-kanak yang dilimpahi dengan imaginasi tidak lojik. Aku juga pernah berimaginasi pergi ke dunia lain dan berjumpa dengan haiwan iras digimon yang berkuasa mistikal, boleh berlawan gusti dan menembak sinar ultra-spesel yang ajaib. Tak cukup dengan itu terdapat juga musuh-musuh yang datang melawan. Yelah kalau takda musuh nak tembak cahaya itu kat sapa. Imaginasi yang aku imaginkan itu more to siri kartun digimon dan memang ketika itu aku minat digimon. Cuma aku integretkan sikit dengan power dari siri dragonball bagi nampak lebih kool. Aku dah lupa digimon yang aku dapat time tu tapi penjahatnya aku ingat. Bebayang-mon. (bukan imaginasi aku tapi ialah member sekolah aku. aku ingat sebab cara nak lukis dia yang unik).
klik untuk tumbesaran


5.Loser
Kawan imaginasi yang loser ini selalunya menjadi mangsa api kemarahan dan dendam kita. Contohnya ketika sedang bahagia mencaci lukisan member, tiba-tiba member tersebut mencaci kembali lukisan kita, kita serta merta merajuk membabi buta dan terus PMS rasa terhina. Nak marah balik takut kena buttslap maka oleh itu keluarlah watak imaginasi yang selalu kita marah time tiba keadaan macamni. Watak itu lazimnya mempunyai rupa yang loser dan tidak meyakinkan.
macamana muka macam ni boleh selamat daripada di kamehameha kan?

Namun untuk kes kritikal,mukanya boleh jadi muka orang yang kita geramkan atau mungkin orang yang lebih hebat dari kita. Kan bahagia kalau kita boleh kalahkan lelaki supercool dalam kelas? In imagination, anything is possible yaoww. Jadi jika anda ada kes kritikal macamni, maka sahla anda seorang loser yang kritikal. Ada?


6.Ala kaunselor
Watak imaginis jenis ini ialah watak yang suka bagi kita galakan secara baik dan berhemah. Berbeza dengan watak nombor 1 dalam list ini, ia akan hadir dengan slow motion kepada kita dan dengan suara seseksi yusuf taiyoob membisikkan kata-kata semangat kepada kita bila kita gagal nak siapkan kerja rumah, gagal mengemas bilik dengan baik, gagal mengeja perkataan 'chinese' dengan betul atau gagal mengekalkan status 'in a relationship' di fesbuk lebih daripada seminggu. Imagionist jenis ini lazimnya mempunyai hati yang lembut dan mudah terluka, so dia tak memerlukan seseorang untuk mengherdik dalam memberi nasihat.



Aku secara peribadinya ada member imaginasi di list yang ke3,4 dan 2 secara bergilir-gilir. Tapi tak bermakna aku sukakan gangbang secara bergilir-gilir. huhhuh?! lagi

Sunday, September 25, 2011

we've been better...but we are stil ordinary

beberapa malam yang lepas, aku sedang menonton game antara Liverpool-Waloverhampton kat tibi d asrama. masuk game terbabit, sudah 4 game aku tak ulas atau letak sebagai entri. ada orang kata kalau liverpool kalah maka blog takkan diupdate. mebi betul jugak.sapa nak cerita benda sedih kat tempat membangga diri macam blogspot ni? perff..mustahil!

tapi, sebagai seorang udangmerah yang sejati, aku mengumpul kekuatan yang aku dapat dari kemenangan tipis dari kelab sederhana Wolverhampton atau nama pendeknya Wolve untuk bercerita serba sedikit tentang kelab bolasepak termegah di England dan dunia ini. ia juga digelar The Reds for your informasion.

first game yang aku tertinggalkan ialah ketika melawan Bolton. huii game tu memang tersemat dalam ingatan apatah lagi time tu aku balik kampung. apakah yang lebih indah dalam aktibiti menengok bola selain daripada kedai mamak Yasmeen dan sahabat handai dari serata negeri kedah bersama? malam tu aku menengok bola bersama zikr dan syed. tapi syed macam biasalah dengan bakat superlate beliau time henderson buh gol baru nak mai. nasib bek pas tu dia belanja KFC. ahaai

selepas game yang gilang-gemilang itu kerana liverpool menang 3-1 (1 gol sebab si tua carra terlupa dirinya sudah tua) maka pada esoknya terdengarlah berita Liverpool bangkit dari jaman kejatuhan. totallay bangkit. pujian dari pundit-pundit bolasepak mula kedengaran. aku juga tidak ketinggalan untuk mendakwa bahawa King Kenny betul telah mengembalikan jaman gemilang Liverpool. rasa macam dunia aku yang punya.

seminggu kendian, ketika aku dalam fasa berkhidmat untuk negara, liverpool telah tewas 1-0 di atas setok atau nama betuinya Stoke. Setok ni kelab biasa-biasa sahaja, memang boleh makan punya tapi ntah knapa luck tak berapa nak ada. sambil angkat nombor, aku memesej member meminta ulasan setiap babak perlawanan dan dari ulasan dia yang serba carut tu aku dapat agak suarez memang lemah bila one on one ngan keeper. macam yang dia tnjuk kat Bolton aritu. kalau dak dah 4 gol kot. dan satu lagi ialah Liverpool kurang penyerang yang bernas. eniwei liverpool ditakdirkan kalah 0-1 gol pun penalti sebab sekali lagi Carra tak berapa nak ingat dia dah tua. menarik seluar pihak lawan pula.

selepas game terbabit, ada satu lagi game iaitu melawan totenhem.
bunuh! bunuh!

bullshit. kat situ Liverpool kalah 4-0, mungkin bleh di anggap kena rogol jugaklah. adam ngan sktrel masing2 ditunjuk jalan keluar oleh ref sebab asyik nak menyapu kaki pihak lawan dan sebab bilangan player macam cukup2 untuk main futsal ja..maka kputusan pun macam men futsal jugaklah. 4-0 ambik hang.

perlawanan selingan carling cup menentang brighton yang menampilkan Bellamy, free-transfered player yang lebih bernas dari Andy Carroll pun macam biasa2 ja lepas carragher menghadiahkan penalti sekali lagi kepada pihak lawan. dia ni mungkin dah tak lama kot. perlawanan itu biasa2 tapi Bellamy memukau dengan jaringannya hasil gandingan beliau sendiri dan suarez. ini menunjukkan beliau lebih baik berganding dengan Suarez berbanding suarez-Carroll.

tapi no one can predik what the King predik. game akhir sekali (melawan wolve) tetap menunjukkan Carroll dalam kesebelasan utama. lepas tau line up tu terus ramai aku dan member berdosa kerana mencarut. Bellamy masih kena simpan dan las 20 minutes kot gerrard masuk...menggantikan Suarez! bukan Carrol.. apa kebabinya kata aku dalam hati. walaupun Carrol main agak baik malam tu, tapi sebagai striker kelab terkemuka dunia, dia perlu menjaringkan gol. main bagus x penting. disaat Man U ada Rooney dan Chelsea ada Torres, Man C ada Aguero dan Arsenal ada Persie, Denmark ada Peter Gade dan Malaysia ada Lee chong Wei, liverpool tak bleh harap kat Suarez sahaja kerana dia tu keja nak gentel bola saja. ada masa jadi dan ada masa tak. dahla cepat penat.

nngghh..

akhirnya aku menyimpulkan kita (liverpool dan kop) adalah kelab yang walaupun dah banyak meningkat tapi masih biasa. apatah lagi lepas usya game Man U vs Chelsea. ads sikit berbeza. walaupun kehadiran Sir Henry dan Kenny ada membawa perubahan tapi still masih tak boleh nak cabar kejuaraan lagi. setakat rebut tempat p champions league balik bolehla. kebenaran memang perit nak telan tapi sedap jugak kadang-kadang.

apapun aku masih merah di d hati. selagi lagu you'll never walk alone mampu membuat aku sebak di dada dan bangga di hati, aku akan tetap menyokong ini kelab. yeahh bebeh!

jalan!

Saturday, September 24, 2011

second from disaster

sebelum aku sampai di Johor dari cuti aritu, si Ginab telah mengalami sebuah kemalangan yang aneh hasil daripada menaiki motor bersama seorang lagi member dia. aneh kerana pada esoknya bila aku sampai di bilik dia..aku tanya dia

aku: woi gemuk hang eksiden ka?teruk tak? mana lukanya?

ginab: ada tu..(smbil mnunjukkan kakinya)


hairan aku tang mana pulak luka yang dia dapat. haram tak ada luka mahupun sedikit goresan. yang ada cumalah kelibat lemak dan kolestrol yang biasa saja kalau dinampak kat tubuh beliau. aku memang hairan gila tapi sebab kemalangan yang tidak melukakan itu beliau mendapat 1 MC berharga yang kalau aku, aku guna dengan baik dan berhemah.

seperti tidak pergi putrajaya....atau tidak pergi menyambut kemerdekaan di putrajaya atau lain2 yang berkaitan dengan putrajayalah...ahai...

oleh sebab DNA detektif konan masih ada sikit dalam diri aku, maka bila dengar kemalangan yang aneh, misterius dan mistik ni mestilah aku rasa tak puas hati sebab tak tahu apasebab kemalangan dia nih.

atas inisiatif dan pengaruh rancangan telibisien Second From Disaster yang slalu aku tngok kat Nat Geo, maka aku rasa patut jugak misteri kemalangan itu dikupas dan dibentangkan untuk tatapan umum. seperti siri telibisien itu jugak. ahai

tapi sebab aku rasa macam lukisan lebih bersifat universal dan mudah dipahami oleh rakyat berbilang loghat dan laras bahasa, maka aku nak melukis teori2 yang mungkin benar di sebalik mitik kemalangan ini.


Misteri kemalangan 1
hubungan cinta antara penunggang dan pembonceng sudah tidak asing lagi bagi aku dan gosip antara mereka sering kedengaran tak kira masa makan, masa tidur atau masa main gitar. maka ini ialah teori konkrit penyebab kemalangan kedua sahabat yang mungkin secara rahsia; intim ini.

jika gosip itu bukan semata mata kabar angin maka adakah teori Ginab melafazkan cinta kepada penunggang motosikel itu benar?


atau mungkin kita perlukan teori yang lebih berani, berpendirian dan lebih kontroversi lagi seperti...



ergghh...grossnya! aku berpendapat walaupun ini cuma hanya teori sahaja tpi agak2lah kan..

Followers