Saturday, June 25, 2011

R.I.P the ADAMS



aku ingat lagi kenangan kita berdua yang takkan mungkin aku lupakan. petang tu aku dan kengkawan dah merancang untuk bermain futsol. itu memang agenda klise kami yang akan dijalankan kalau tiada apa-apa event best; main futsol.

futsol ni tak perlu diterangkan lagi ialah permainan ala bolasepak tapi dimainkan dibawah bumbung dengan padang yang lebih kecil. disitu tiada rumput jadi kelibat kambing lembu atau mana-mana binatang peragut yang lain tidak akan kelihatan.

permainan futsol lazimnya disetting dengan mana-mana team kalau geng aku xcukup orang dan petang tu game telah disetkan untuk berlawan dengan member kepada member nabil atau dengan nama manjanya tam. tam pada ketika peristiwa berlaku masih lagi tam yang biasa, bukan tam yang gemar makan jagung seperti sekarang. namun, diketika kemuncak perlawanan, yakni pukul 4.45(5petang kami lawan), tam membuat masalah dengan mengatakan dia perlu mengambil cerita gadis bergoyang atas katil di City Plaza (tempat feymes budak2 gothic alor setar) manakala aku pulak baru nak beli kasut.hehe.

so kami berpecah. dan aku berkenalan dengan the adams brother.
dengan RM23, beliau sah menjadi kasut futsol aku.

but, why in earth aku choose worrior as kasut futsol? meh aku jawab soalan berbahasa rojak tu.worrior secara klisenya digambarkan sebagai kasut budak2 sekolah y ranggi dan gemar melondehkan seluar keparas lutut apabila kencing. pendek kata, worrior bukanlah untuk budak noob macam aku. aku ada blog jadi aku noob (urban legend). tapi ada ciri-ciri worriors y ada pada kasut itu tapi xdak pada kasut lain.

aku beli, aku corakkan mengikut nafsu. cantik nafsu aku

1.murah
celaka betul aku tengok kasut-kasut kat adidas store semuanya lebih RM70++. sepasang kasut sahaja dah boleh buat aku ulang-alik masuk tandas awam berbayar RM0.30 dari awal tandas tu beroperasi sampai tutup tanpa dimarahi oleh pengawal keselamatan. aku juga tak perlu berfikir panjang untuk membeli tisu makcik tu sebab aku yakin RM70++ tu memang cukup. dibandingkan dengan RM23 kasut worrior ni, memang melangit. by the way kenapa aku rasa dulu masa sekolah menengah kasut ni macam mahal sial. adakah aku dah kaya? :)

2.status
seperti jenama underwear dikaitkan dengan status lelaki, kasut futsol juga memainkan peranan penting dalam imej seorang pemain bola yang gigih macam aku. bagi pemain kelas tinggi, kasut adidas,nike dan puma menjadi pilihan utama. tapi bagi kelas sederhana macam aku worrior sudah memadai. ADIBAS juga boleh jalan asalkan melindungi kaki. bagi yang kelas bawahan, tak pakai kasut atau sekadar selipar 'facebook' sahaja. dulu aku bawahan sekarang dah nak upgred skit. sesiapa yang suka berada di kelas atasan bersedialah menerima cemuhan kalau main teruk macam Ngog ataupun lebih celaka lagi. Jap, ada ka yang lebih celaka? Ada. Chelsea's torres.haha.


3.keselesaan
ramai berkata kasut lebih mahal lebih baik kerana lebih selesa. aku tak boleh nak kata apa-apa sebab aku tak pernah pakai kasut mahal. kasut yang paling mahal aku ada ialah but topper RM50
pakai sekali pasut hilang. sekarang aku lebih low profile dalam padang. sebenarnya kasut ni xla selesa sangat pada 1st time pakai sebab masih keras. bak kata orang putih, 'ada dara lagi'. tapi lepas lama-lama pakai, aku rasa selesa. tiada lagi kemutan yang dirasakan dikaki. malangnya kasut jenis ini tak tahan lama. bak kata orang putih lagi, 'cepat lober'. angkat tangan kalau ada yang berfikiran lucah.

by those 3 reasons, i am sure that i have made a great decision by choosing worrior as my sports shoes. euhh..macam UPSR section C pulak.haha

disebabkan aku makin terbabas dari pangkal jalan, aku segera menginsafi diri. dibawah aku sertakan gambar-gambar terakhir dari the adams brother. yang kanan tu namanya adam sebab dia lebih banyak berjasa. yang sebelah lagi adik adams.


adams ada tatu,'liverpool's way' manakala adiknya
bertatu,'its not just a badge,its family crest'.
keduanya peminat liverpool fc macam aku.

rajah menunjukkan jenazah the adams brother
selepas terkorban dalam medan perang.
aku sedih gila time ni :(

apapun, rest in peace the adams brother. i miss you~

Followers