Tuesday, February 7, 2012

pasar malam story


aritu depa ajak aku pergi tengok wayang dan bergumbira..sempena wang saraan kerajaan dah masuk ni..hui masyuk gak 3k masuk sekaligus dalam bank. maka tumbuhla gejet-gejet mahal dari member sekeliling. aku pon ada.. O yeahaha!

tapi sebab aku ada tu lah, yang buat aku berwaspada dengan dompet aku. so aku menolak ajakan mereka menengok wayang dan bergumbira.


aku pergi pasar malam instead.



kat sana memang aku dah aim, aku nak beli multi-boxer. bukan sekadar boxer biasa. boxer yang cukup sifat utk dipakai untuk main futsal. maknanya tutup aurat jugakla semasa aku menerajang bola. orang lain cakap short, atau 3 quarter tapi aku ckap multi boxer. at least dalam dunia aku seniri.

selain tu, aku jugak nak beli stokin ngan seluar slek untuk menutup telur tatkala pergi kuliah. And dalam perkataan seluar slek lah cerita ini bermula.


bagi aku sebarang jenis seluar slek pon oke asalkan kaler hitam dan xmenarik minat pegawai polis dan HEP yang bertugas. murah lagi bagus. pasar malam murah. so pasar malam punya lagi bagus.


masa memilih tu aku terserempak dengan seluar yang punyai ciri macam aku 'imagine'kan so aku pon nak trylah.tapi memandangkan aku pada ketika itu memakai suar half jean maka agak tak relevan jugakla nak try.

then aku try cara ni..




menurut petua orang tua kalau kita nak tau semada suar tu seswai ngan kita ke tak, maka kita kena amik dari hujung pnggang ke hujung pinggan then belit kat leher..kalau padan maka padanla.


kaannn?

berdasarkan pengalaman, orang tua-tua ni kengkadang takleh caya jugak so aku pon mintak la pertolongan pekedai tu. memandangkan dia ada pegang tali ukur tu. pita ukur kot.

dialog dia lbeh kurang cmni ahh

aku: brader ni agak2 padan x ngn saya?
brader tu: ko saiz brapa
aku: (ingat-ingat lupa) saiz 30

brader tu ukur then cakap accent johor

'padan ni.muat muat je shial'


shite! padahal aku saiz 29. aku baru teringat. sumpah lupa. pinggang atlet memang slalu berubah saiz. then aku pon cakap

'tak padan ni brader saya saiz 29 bukan 30.silap tadi.sori'



'29 pon padan jugak..29, 30, 31 suma masuk ja shial' brader tu cakap kat aku.

'oo oke takpelah camtu..saya amik selai'.



samting yang bes kat pasar malam ni kita bleh mintak murah. mana ada orang mintak kurang kat adidas stor. so aku pon try la ejas,tapi..


pehh buatan itali..ingat aku percaya.aku pandai kot.harhar
apapun aku beli jugak suar tu.



dehm aku rasa memang aku bijak time tu. pengguna bestari. udahla jimat malam tu.makan nasik ayam murah. berjaya mengelakkan diri dari tiket wayang yang sia-sia dan dapat beli suar murah.setokin murah.dem..orang cakap kebijakan pengguna tu dinilai dari kadar duit yang dia hilang vs bilangan item yang dia dapat...mungkin penghujung sem ni aku dah bleh beli banglo kot.ngiahaha




then kat bilik, time aku try seluar tu
.....

'29, 30, 31 suma masuk ja shial'


aku tak patut percaya kata-kata abang tu




Wednesday, January 18, 2012

Perjalanan tergempar chewaah

japgi aku akan hijack sebuah plan atau perancangan yang
paling drastik untuk cuti raya cina ini..
pulang ke kedah melalui pelbagai persimpangan
kedrastikan plan ni ialah kerana aku lambat menyedari tarikh cuti raya cina
dan lambat membuat keputusan nak balik ke taknak
at last ada sorang member yang stranger ajak aku balik.
disokong oleh seorang member yang aneh yang tunggu di Perak.

sebab tiket nak pergi Perak telah habeh bila aku cari semalam,
makanya aku kena pergi Kajang dulu untuk naik dari situ,
sambil menghirup air ketika menyelam,
kerana member yang stranger tu umah dia kat Kajang.
maka moleklah kiranya kami berdua bersama2 dalam perjalanan ke Perak

oleh sebab tiket Kajang dah habeh, maka aku terpaksa beli tiket ke Kuala Lumpur.
lebih tepat lagi perhentian salak selatan.
tempat historikal taun lepas.

kendian esok, jumaatnya itu kami akan ke Perak
mungkin singgah ke Tambun atau mana2 pusat peranginan bagi menepati tema CUTI.

seronok tulis pasal percutian dan pengembaraan backpacking ni sebab it's so like me
wuarhaha

(xdak lukisan..xsempat scan..rugi memang rugi)

Saturday, November 26, 2011

Breaking dawn part 1



ini bukanlah review filem ni.. so jangan seram. Ini cerita hebat aku yang patut dijadikan pedoman buat semua lelaki.

semalam aku sedang memesej awek aku. dia tengah

majuk atas sebab tertentu dan nak dijadikan cerita, secara kebetulan aku berjaya pujuk. taktau macamana aku berjaya tapi aku berjayalah.

kemudian keluaq ayat ni...

''teringin nak tengok twilight..tapi xdak teman ...''

mula-mula aku nak balas '' pergilah tgk ngn akak..dia dah balik kan..'' FYI kakak dia tengah ada temuduga kat KL so bila dah habis, dikhabarkan akan balik semalam.

then, aku pon

dia nak tengok TWILIGHT ngn aku. mampus.
so aku pon

''best ka twilight?...''

research mendapati mengelakkan diri daripada masalah akan membuatkan kita tidak mendapat masalah. so, instead of cuba memanjangkan tajuk kearah dengan siapa dia akan pergi tengok wayang, kita adjust perbincangan kepada kualiti filem terbabit. nanti mungkin akan kearah tajuk-tajuk filem lain yang keluar recently.

one word for me..
''Genius''

tapi sebelum tu...


''there there''

Wednesday, November 16, 2011

how can i forget?; permainan jaman sekola rendah

Selepas beberapa 6 tahun menghabiskan masa di bangku sekolah rendah, baru aku terpikir kenangan yang mani di sana. semua ada sapa yang xda kenangan manis di sekolah rendah. kenangan manis memang sonok diceritakan. tsktsktsk. well salah satu daripada kenangan manis itu ialah tentang permainan. dunia kanak-kanak mana leh lepas dari bermain. kanak-kanak bermain untuk belajar. penah tengok kanak-kanak kucing bermain gusti tak? its kinda thing like that.


1.Sumo
Tersembur air liur tak bila baca perkataan sumo? kalau anda tidak, mngkin orang lain. aku sebagai budak2 bermain sumo memang nadir. sebenarnya ni sekali ja aku main ngn member2 kelas time lepas UPSR dan time skali tu lah telinga kena piat ngn ustad. permainan ni bermula dengan rasa bosan melukis petak ting-ting di lantai. So, instead of petak ting-ting why not kita lukis sebiji bulatan dan brkungfu di dalamnya. ...baru ada unsur lelaki dan keganasan ye tak? dan kena denda dgn ustad pon menambahkan selera untuk menjadikannya kenangan terindah. i mean, sapa penah lupa pengalaman kena denda dengan cikgu time skolah rendah?


2.Lumba bot
Acapkali hujan, kami gembira. hujan lebat di pagi hari dan reda di waktu rehat memang perfect bagi kami. dalam kelas tidur, loceng rehat berbunyi terus lari ke longkang besar belakang kantin, atau belakang padang. and of kosla sebelum tu pergi makan dulu. nasik lemak+sirap. oke camna nak men benda lumba bot ni. dia ada dua keadaan. time hujan dan tak hujan.
kalau time tak hujan, lukisan boleh menerangkan. kalau time hujan, caption di lukisan dapat menerangkannya jugak.

kalau hari hujan,takyah tahan air wat empangan dah
aliran air memang laju. letak ja bot kalian
.


3.gusti pemadam dan kad tepuk
Gusti pemadan ialah istilah sukati aku sempena istilah sebenar aku xtau.mungkin lawan pemadam atau WWE (World Wrestling Eraser) bley tahan.ahaa. manakala untuk kad tepuk pulak ialah game agak feymes pempuan pon main. dalam masjid pon budak-budak men. kalau rsa nak terkentut tu kentutlah time ni sebab bunyi kad ditepuk sama lebih kurang xlari satu hertz pon dengan bunyi kentut. info kat blogspot xleh dipercayai bulat-bulat aku habaq awai-awai.



aku gabung dua game ni skaligus sebab aku x reti dan x minat game cmni.tpi nak wat cmna aku penah tgk mmber aku men so aku kena tulis nanti macam menghina kenangan indah x besla. kenapa x minat? ada suara-suara ghaib tanya aku.

sebab rule dia sukar.

cara nak main kad tepuk

dalam bidang kad tepuk, aku xreti menepuk sbenarnya. dan aku gemar sakit tangan. tangan bagi aku ialah aset penting untuk berkarya, bukan sbagai korban mncari keseronokan. sebab tu aku scuk dalam men bola tampar, gusti lengan dan lima sepuluh.

BTW, apa tu lima spuluh? ni

denda dia samada jentik penumbuk kita (ikut bilangan nmbor yang kita pilih)
atau starlight (tibai guna jari tengah.kesakitan 8.999 skala Ritcher)



4. Polis sentri
polis sentri memerlukan 6 atau lebih pemain bagi mendapatkan kelojikan yang baik. mana lojik polis dua orang, pencuri dua orang main polis sentri sawan ka apa. at least bagi ramai skit barula nampak macam pncuri tu ada satu sendiket mengedarkan pemadam atau pembaris haram di seluruh sekolah. dan ofkoslah polis sentri yang aku nak citakan ni hebat dan legend. men satu kelas apadahal? oke takla sampai satu kelas tolak pempuan dan penjilat punggung gadis, tinggal yang pure budak-budak still xtau perempuan tu bleh di ajak berpeluk secara haram. minda budak-budak..suci murni telus. dan paling heaven bila kawasan operasi pencuri dan polis yang kena cover ialah membabitkan seluruh sekolah. satu bangunan dah kagum ni satu sekolah.

pada adik2 yang nak men game ni melibatkan kawasan seluah satu sekolah, taktik terbaik ialah masuk bilik guru. sure polis xcari. janganlah bebal masuk bilik guru sembunyi bawah kain cikgu Saodah nanti kena tampar. bilik guru tu tempat paling bahaya dan menurut tokoh peperangan terkenal Dinasti Chin, Amirul Faiz Kott,

''tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat''.

masuk bilik guru berlakon macam ada urusan. kalau xbaik ngan cikgu pergila meja kosong pastu tepuk dahi buat-buat macam cikgu Kamariah yang hampa nak jumpak tu xdak kat tempat dia. pergi merokok barangkali.

nice tak taktik abang?



5.pistol ais
Suka bila teringat game ni. actualy bukan game pon saja boring-boring lepas minum sirap ais taktau nak watpa ngan ais tu.. ...kita ...kalau orang kedah kata pepak kalau bahasa standard mngkin baham ais jadi serpihan kecil dan letak dalam straw, sumpitkan kt leher kawan. leher bahagian paling lemah manusia dan suka bila tengok reaksi mangsa. benda ni aku baru belajar time dah nak habeh jaman persekolahan so xsempat nak wat evolusi peperangan menggunakan senjata ni tapi ohsem lah men benda ni.



6. perang
Perang slalu terjadi kalau ada benda yang kita leh lontarkan kat member. mula membabitkan rakan sebelah meja. sebelum zaman pemerintahan cikgu Atikah yang menggunakan dasar penis-vagina-penis, guru kelas kami menggunakan dasar yang lebih halal iaitu penis-penis,,vagina-vagina. (merujuk kepada susunan kelas).

---

masa zaman penis-penis, vagina-vagina tu peluang terjadi perang memang besar sebab kalau boring, kita ambil kertas, renyuk2 pastu buang kat dahi member sebelah. ofkosla dia bagi respon yang sama budak-budak mana mau mengalah dan dari itu, terjangkit kat penis di sebelah,sebelah dan sebelah. secara otomatis adalah dua grup yang berpengkalan di depan kelas dan belakang kelas.


MAIN!!


kalau lagi drastik, inovasi dilakukan. pistol getah. sakit ouh benda ni. no lie. kalau kena, merah.



7.rantai makanan
Ini kenangan paling bes aku sebab boring ngn polis sentri biasa, kami oter skit game tersebut jadi lagi menarik. berdasarkan pengajian Sains darjah 5 atau 6 aku x brapa nak ingat dah, ada satu tajuk rantai makanan. kalau takda maafkan aku tapi aku yakin ada cikgu Zuraimi penah ajar aku. dia suka ajar benda off-silibes skit tapi oke apa benda tu kan. aku jadi lagi pandai dari silibes-based student. lol silbes-based student.

Berbalik pada ayat rantai makanan, ia merujuk kepada game bes yang kami men secara separa-wajib tiapkali tiba waktu rehat. men dia camni



masalah yang tak sempat kami selesaikan ialah las skali ada dua 'haiwan' yang takleh berinteraksi secara intra-spesies. kau makan aku aku makan kau sapa yang nak lari dulu? kepada adik2 yang nak men benda ni menlah tapi ending dia pikir seniri sebab kami tak sempat habiskan ending dia. mana bleh ending dia ada dua pemenang kan? children just cant accept that. dont be so lame.


8.lastly, permainan yang sempat kami men int the bring of bell ringing, ialah lumba lari sapa sampai kelas lambat dodo. memang wajib. tak separa lagi dah. kat mana pun kami berada kalau time loceng habis rehat berbunyi, suma lari. game ni diideakan oleh cikgu Zuraimi tatkala menerangkan kenapa burung dodo pupus, sebab lembab dan lemah takleh terbang pastu dia cakap lagi.

'pasni kalau ada member kamu yang lambat jangan duk panggil dia dodo pulak noh'

kami jawab, 'baik cikguuuu''..

MANA BOLEH!


dan game ni selalu dimenangi oleh Akhiruddin. sebab tu kami panggil dia dodo.ahaa


ada lagi game seperti sumo, idea diambil dari komik doraemon tapi aku taktau cmna nak men. belum sempat men dah kena rampas barang-barang tu oleh cikgu Atikah. apapun jaman sekola rendah memang bes dengan ada geng aku sebagai penyeri hidup uniform putih dan seluar blu-blek nurudin albakri, akhiruddin ahmad, aslan ibrahim, hazrul hafiz hamzah, zaiful irfan dan ramai lagi. oh maii..

Friday, September 30, 2011

wajah wajah superhero obes

aku sedang membaca wikipedia secara membuta tuli. lalu terlintas kat page obesiti. oke tipu sebenarnya aku hanya duduk melamun kat atas katil sambil membayangkan diri ialah superman.

kenapa?

sebab terima kasih kepada ginab yang memperkenalkan semula cita dragon ball kat aku. lama giler tak tengok citer tu bak ang. last time tengok mungkin darjah 5 dulu2. tahun dah lupa sory ya. ingat lagi aku dulu-dulu kemain terkinja kinja bila sampai hari sabtu pagi. dan pagi esoknya ahad, terasa macam nak ponteng kelas atau nak pindah keluar dari kedah sebab kelas terbelaga dengan masa tayangan cita tu.

tapi tadi lepas tengok balik cita dragon ball terbabit, pehh malunya aku kat aku yang budak-budak dulu.cita tak waras camtu pun minat. bergaduh kali pertama sure kalah, pastu berlatih serba sikit then bila lawan balik;menang. kalau takpun kalah game first, mintak power skit kat member-member then,seperti mndapat cheat code, son goku bangun lantas dengan senang ja tumbuk perut penjahat sampai hancur. jabai pa camtu. emo aku tengok.nnggh

berbalik kepada cita asal, selepas membayangkan aku leh produce power sekret kat tangan macam gelombang kamehame, secara tiba-tiba imajinasi nakal aku terkeluar. heyhey apa lagi yang akan keluar dari minda seorang lelaki yang sedang melamun atas katil kalau bukan imajinasi nakal?hah?

tapi imajinasi nakal aku ni bukan berorientasikan perkara lucah sebaliknya terbayang macamana kalau ginab yang jadi superhero tu. lalu terpacul idea superhero obes.

well, superhero juga manusia, or at least..dicipta oleh manusia. then sebagai seorang manusia mesti kena menghadapi masalah yang lazim manusia hadapi seperti selalu kalah bila main game, slalu gagal mendapat jodoh atau berdasarkan tajuk ni; selalu makan tak kira masa sampai perut dah boleh jadi tempat letak gitar.

tapi, macamana eh superhero obes?

1.SUPERMAN



2. BATMAN


3. SPIDERMAN


4.THE GREEN LANTERN


5. ULTRAMAN (my favourite childhood hero)

Monday, September 26, 2011

Imegenary friend dan anda

Imaginary friends ialah kawan imaginasi. Sepereti biasa, saya akan meminta bantuan encik Wikipedia untuk menerangkan lebih lanjut tentang imagenary friend ini.

'Kawan-kawan khayalan dan sahabat khayalan adalah satu fenomena psikologi dan sosial di mana persahabatan atau hubungan interpersonal yang lain mengambil tempat dalam imaginasi dan bukannya realiti fizikal luaran'

-dipetik dari wikipedia dan dialih bahasa secara cincai oleh google translate.

Berdasarkan pemahaman yang spontan melalui pembacaan dari laman wikipedia terbabit, kita dapat menganggap bahawa kehadiran imaginary friends ini ialah amat normal terhadap kanak-kanak.

Banyak jugak kepentingan imaginary friend terhadap kanak-kanak seperti bertindak sebagai kawan atau mentor. Untuk yang dewasa ada jugak tapi mungkin sebagai partner untuk aktiviti yang lebih nakal. huh?.

Aku jugak ada imaginary friend tapi tu dulu semasa zaman kanak-kanak. Dulu dulu pon aku masih ingat lagi karekter dan karekteristik mereka. 'mereka'? Yes indeed..kawan imaginasi yang aku selalu lepak-lepak dulu ada tiga orang..namun ia tak bermakna aku sukakan gangbang. ??!

Mereka berkata, sikap dan imagination yang kita bayangkan bersama imaginary friend itu ialah menggambarkan situasi psikologi kita pada ketika itu. Seseorang yang masih ada imaginary friend walaupun akar bulu ketiak dah tumbuh atau lebih tepat lagi, berumur atas 4 tahun dijangka mendapati masalah dengan keadaan psikologi mereka. Namun itu hanyalah jangkaan, kerana kengkawan imaginary friend aku masih ada ketika aku darjah 5 sekolah rendah walaupun masih xda akar bulu ketiak but still, aku okay ja. Tak layan laman web gay time orang lain riadah. huhhuh?!.
Berdasarkan fitnah dan imaginasi aku, sifat dan perwatakan kawan imaginasi mencerminkan peribadi imagionist itu sendiri. Eh. macam ayat kat perenggan atas. Badewei, imagionist ialah loghat kedah so jangan sesekali guna dalam karangan sekolah.

Pendek kata, apakah jenis imaginary friend yang biasa kita ada? Kenalpasti imaginary friend anda dalam senarai ini dan renung-renungkan.

1.Jenis bossy
Watak imaginasi jenis ini menampilkan seorang manusia atau watak bebas seperti teletubbies atau beruang yang berperangai suka mengarah. Biasanya muncul apabila seseorang itu berada tertekan dan takut melakukan sesuatu. Maka muncullah bayangan di minda yang menghamun dan mencerca kita agar menjadi lebih kuat. Jika pendekatan yang dia lakukan ialah amat berkesan, maka kita memang ialah jenis orang yang kena marah dahulu baru nak buat kerja. Luckily aku tiada kawan imaginasi jenis ini. yesyes!

2.Seksi
untuk mengelakkan dosa besar sebab mengedar gambar seksi, pelukis mengalih perhatian pemerhati
dengan meletakkan taik hidung sendiri di dalam lukisannya (rujuk anak panah). taik hidung real tu! 100% barangan asli


Watak jenis ini selalunya membabitkan golongan berhormon lebih dari kadar yang sepatutnya dan sentiasa horny 4jam.20jam lagi tak horny kerana sedang meraba Ginab atau melihat koleksi gambar seksi Ilyas Habibi. Walaupun masa 4jam tidak digunakan untuk meraba, imaginasi yang membabitkan watak seksi akan muncul diminda dan apabila keadaan itu berlaku, maka berlakulah senaman-senaman nakal. Imaginasi jenis ini biasanya ada dekat orang dewasa dan kalau anda masih budak-budak ketika mempunyai gejala ini, syabas diucapkan.

3.Friendly
Kawan imaginasi yang friendly mencerminkan peribadi imagionist yang sukakan suasana riang ria dan harmoni. Tapi, hati-hati kerana kalau terlalu friendly ia akan bermakna imagionist itu jenis yang tidak tahu nak buat kawan yang real di dunia real. Tapi okelah jugak tu daripada bila tak tau nak buat kawan di dunia real, dia pergi bukak laman web gay time lepak sorang-sorang pulak.huhhuh?!


4.Berkuasa supernatural
Ini ialah komon atau common di dunia kanak-kanak yang dilimpahi dengan imaginasi tidak lojik. Aku juga pernah berimaginasi pergi ke dunia lain dan berjumpa dengan haiwan iras digimon yang berkuasa mistikal, boleh berlawan gusti dan menembak sinar ultra-spesel yang ajaib. Tak cukup dengan itu terdapat juga musuh-musuh yang datang melawan. Yelah kalau takda musuh nak tembak cahaya itu kat sapa. Imaginasi yang aku imaginkan itu more to siri kartun digimon dan memang ketika itu aku minat digimon. Cuma aku integretkan sikit dengan power dari siri dragonball bagi nampak lebih kool. Aku dah lupa digimon yang aku dapat time tu tapi penjahatnya aku ingat. Bebayang-mon. (bukan imaginasi aku tapi ialah member sekolah aku. aku ingat sebab cara nak lukis dia yang unik).
klik untuk tumbesaran


5.Loser
Kawan imaginasi yang loser ini selalunya menjadi mangsa api kemarahan dan dendam kita. Contohnya ketika sedang bahagia mencaci lukisan member, tiba-tiba member tersebut mencaci kembali lukisan kita, kita serta merta merajuk membabi buta dan terus PMS rasa terhina. Nak marah balik takut kena buttslap maka oleh itu keluarlah watak imaginasi yang selalu kita marah time tiba keadaan macamni. Watak itu lazimnya mempunyai rupa yang loser dan tidak meyakinkan.
macamana muka macam ni boleh selamat daripada di kamehameha kan?

Namun untuk kes kritikal,mukanya boleh jadi muka orang yang kita geramkan atau mungkin orang yang lebih hebat dari kita. Kan bahagia kalau kita boleh kalahkan lelaki supercool dalam kelas? In imagination, anything is possible yaoww. Jadi jika anda ada kes kritikal macamni, maka sahla anda seorang loser yang kritikal. Ada?


6.Ala kaunselor
Watak imaginis jenis ini ialah watak yang suka bagi kita galakan secara baik dan berhemah. Berbeza dengan watak nombor 1 dalam list ini, ia akan hadir dengan slow motion kepada kita dan dengan suara seseksi yusuf taiyoob membisikkan kata-kata semangat kepada kita bila kita gagal nak siapkan kerja rumah, gagal mengemas bilik dengan baik, gagal mengeja perkataan 'chinese' dengan betul atau gagal mengekalkan status 'in a relationship' di fesbuk lebih daripada seminggu. Imagionist jenis ini lazimnya mempunyai hati yang lembut dan mudah terluka, so dia tak memerlukan seseorang untuk mengherdik dalam memberi nasihat.



Aku secara peribadinya ada member imaginasi di list yang ke3,4 dan 2 secara bergilir-gilir. Tapi tak bermakna aku sukakan gangbang secara bergilir-gilir. huhhuh?! lagi

Sunday, September 25, 2011

we've been better...but we are stil ordinary

beberapa malam yang lepas, aku sedang menonton game antara Liverpool-Waloverhampton kat tibi d asrama. masuk game terbabit, sudah 4 game aku tak ulas atau letak sebagai entri. ada orang kata kalau liverpool kalah maka blog takkan diupdate. mebi betul jugak.sapa nak cerita benda sedih kat tempat membangga diri macam blogspot ni? perff..mustahil!

tapi, sebagai seorang udangmerah yang sejati, aku mengumpul kekuatan yang aku dapat dari kemenangan tipis dari kelab sederhana Wolverhampton atau nama pendeknya Wolve untuk bercerita serba sedikit tentang kelab bolasepak termegah di England dan dunia ini. ia juga digelar The Reds for your informasion.

first game yang aku tertinggalkan ialah ketika melawan Bolton. huii game tu memang tersemat dalam ingatan apatah lagi time tu aku balik kampung. apakah yang lebih indah dalam aktibiti menengok bola selain daripada kedai mamak Yasmeen dan sahabat handai dari serata negeri kedah bersama? malam tu aku menengok bola bersama zikr dan syed. tapi syed macam biasalah dengan bakat superlate beliau time henderson buh gol baru nak mai. nasib bek pas tu dia belanja KFC. ahaai

selepas game yang gilang-gemilang itu kerana liverpool menang 3-1 (1 gol sebab si tua carra terlupa dirinya sudah tua) maka pada esoknya terdengarlah berita Liverpool bangkit dari jaman kejatuhan. totallay bangkit. pujian dari pundit-pundit bolasepak mula kedengaran. aku juga tidak ketinggalan untuk mendakwa bahawa King Kenny betul telah mengembalikan jaman gemilang Liverpool. rasa macam dunia aku yang punya.

seminggu kendian, ketika aku dalam fasa berkhidmat untuk negara, liverpool telah tewas 1-0 di atas setok atau nama betuinya Stoke. Setok ni kelab biasa-biasa sahaja, memang boleh makan punya tapi ntah knapa luck tak berapa nak ada. sambil angkat nombor, aku memesej member meminta ulasan setiap babak perlawanan dan dari ulasan dia yang serba carut tu aku dapat agak suarez memang lemah bila one on one ngan keeper. macam yang dia tnjuk kat Bolton aritu. kalau dak dah 4 gol kot. dan satu lagi ialah Liverpool kurang penyerang yang bernas. eniwei liverpool ditakdirkan kalah 0-1 gol pun penalti sebab sekali lagi Carra tak berapa nak ingat dia dah tua. menarik seluar pihak lawan pula.

selepas game terbabit, ada satu lagi game iaitu melawan totenhem.
bunuh! bunuh!

bullshit. kat situ Liverpool kalah 4-0, mungkin bleh di anggap kena rogol jugaklah. adam ngan sktrel masing2 ditunjuk jalan keluar oleh ref sebab asyik nak menyapu kaki pihak lawan dan sebab bilangan player macam cukup2 untuk main futsal ja..maka kputusan pun macam men futsal jugaklah. 4-0 ambik hang.

perlawanan selingan carling cup menentang brighton yang menampilkan Bellamy, free-transfered player yang lebih bernas dari Andy Carroll pun macam biasa2 ja lepas carragher menghadiahkan penalti sekali lagi kepada pihak lawan. dia ni mungkin dah tak lama kot. perlawanan itu biasa2 tapi Bellamy memukau dengan jaringannya hasil gandingan beliau sendiri dan suarez. ini menunjukkan beliau lebih baik berganding dengan Suarez berbanding suarez-Carroll.

tapi no one can predik what the King predik. game akhir sekali (melawan wolve) tetap menunjukkan Carroll dalam kesebelasan utama. lepas tau line up tu terus ramai aku dan member berdosa kerana mencarut. Bellamy masih kena simpan dan las 20 minutes kot gerrard masuk...menggantikan Suarez! bukan Carrol.. apa kebabinya kata aku dalam hati. walaupun Carrol main agak baik malam tu, tapi sebagai striker kelab terkemuka dunia, dia perlu menjaringkan gol. main bagus x penting. disaat Man U ada Rooney dan Chelsea ada Torres, Man C ada Aguero dan Arsenal ada Persie, Denmark ada Peter Gade dan Malaysia ada Lee chong Wei, liverpool tak bleh harap kat Suarez sahaja kerana dia tu keja nak gentel bola saja. ada masa jadi dan ada masa tak. dahla cepat penat.

nngghh..

akhirnya aku menyimpulkan kita (liverpool dan kop) adalah kelab yang walaupun dah banyak meningkat tapi masih biasa. apatah lagi lepas usya game Man U vs Chelsea. ads sikit berbeza. walaupun kehadiran Sir Henry dan Kenny ada membawa perubahan tapi still masih tak boleh nak cabar kejuaraan lagi. setakat rebut tempat p champions league balik bolehla. kebenaran memang perit nak telan tapi sedap jugak kadang-kadang.

apapun aku masih merah di d hati. selagi lagu you'll never walk alone mampu membuat aku sebak di dada dan bangga di hati, aku akan tetap menyokong ini kelab. yeahh bebeh!

jalan!

Followers